Thursday, 28 September 2017

Realiti Madrasah Tahfiz dan Sekolah Agama Swasta Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai komen di entri “Tips ringkas untuk sukses pada tahun 1439H“. Panas kisah Madrasah Tahfiz terbakar. Sebuah asrama penginapan pelajar perempuan Maahad Tahfiz Yayasan Sofa di Rembau terbakar awal pagi tadi. Kebakaran di pusat tahfiz ini berlaku tidak berapa lama selepas kejadian sama di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat Ujung, Kuala Lumpur pada 14 Sept lalu yang mengorbankan 21 orang pelajar dan dua orang guru.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Teringat semasa kami kembara Turki ketika singgah di sebuah Madrasah Tahfiz Suleymaniyyah di Konya Turki. Madrasah tersebut ada 10 blok dimana setiap blok kalau tak silap empat tingkat. Kami singgah sebab nak ziarah beberapa orang pelajar Malaysia yang belajar di sini.

Antara kisah menarik yang dikongsikan oleh mudir madrasah Sulaimaniyyah sepanjang lawatan kami adalah :

  1. Ada seorang dermawan yang sering lalu di hadapan madrasah tersebut telah menginfaqkan duit sebanyak 2 juta dan kemudian dia tak pernah datang lagi. Ramai lagi dermawan yang akan memberi duit dan mewakafkan bagunan untuk mengembangkan pengajian tahfiz dan alim di seluruh Turki. Ada beribu-ribu tahfiz yang bina menggunakan duit wakaf dan infaq di Turki.
  2. Hujung minggu ibu bapa dan warga sekeliling madrasah tahfiz akan datang beri khidmat samada membersihkan kawasan, cat bagunan, periksa pendawaian, memasak dan sebagainya.
  3. Ibu bapa dan penduduk sekeliling adalah pengerak Madrasah manakala tugas ustaz dan ustazah fokus pada mengajar dan mendidik anak-anak.

Hakikatnya sekolah agama dan madarasah tahfiz swasta Malaysia

  1. Ibu bapa yang bawa kereta mewah sekali pun akan berkira nak bayar yuran sekolah. Mahal sangat katanya dan ada yang tertunggak berbulan-bulan dan apabila madrasah gantung pengajian anak, katanya kejam. Ramai juga ibu bapa hantar anak ke Madrasah tapi lansung tak ambil tahu apa yang berlaku, apa masalah, apa keperluan madrasah, bila berlaku masalah tak cukup kertas nak komplen. Tak kurang ramai juga ibubapa yang sibuk dengan kerja dan bisnis, membuang anak-anak nakal mereka di Madrasah untuk dididik oleh ustaz dan ustazah.
  2. Tak ramai Orang awam yang tidak ada kena mengena dengan madrasah nak hulur bantuan tenaga, masa dan duit berbanding yang kaki komplen. Hari-hari baca status duit dalam kocek kita bukan duit kita, duit kita sebenar yang diinfaq kepada kebaikan tapi seperti curah air atas daun keladi. Itulah akhir zaman mungkin. Tak payah pergi Turki tengok sahaja sekolah swasta bukan Islam di Malaysia sudah sangat jauh bezanya. Tabung derma mereka bukan ribu-ribu tapi berjuta ringgit.

Pernah tak kita ziarah madrasah tahfiz yang dekat dengan kawasan rumah kita dan bertanya keperluan mereka walaupun anak kita tak belajar disitu?

Pelajar MTS di Alanya Turki

Buka madrasah Tahfiz

Ramai kawan-kawan ustaz yang wassap dan jumpa Abang minta usahakan dana untuk buka madrasah tahfiz baru. Mereka tahu Abang ada ramai kenalan kawan-kawan yang berjaya dalam bisnis yang boleh bantu mereka. Abang selalu nasihat pada ustaz-ustaz yang nak buka madrasah tahfiz baru ini, nak buka madrasah tak susah. Tapi daripada pengalaman Abang bercampur dan berkawan dengan mudir dan tuan punya madrasah madrasah, bukan mudah nak urus madrasah dalam tempoh bertahun-tahun. Paling mencabar adalah menguruskan masa depan anak-anak yang menyerahkan masa depan pada kita, ianya bukan sekadar khatam hafiz 30 juzuk tetapi kemana arah tujuan mereka selepas itu.

Madarasah juga bukan sekadar buka dan terima pelajar sahaja tetapi ianya lebih jauh daripada itu. Keselamatan, kemudahan, kesihatan, sistem Pelajaran, kemana anak-anak ini pergi setelah tamat dan sebaginya. Ramai di kalangan ustaz yang baru pulang belajar dari luar negara berminat membuka madrasah tanpa perancangan yang terperinci.

Memang benar anak-anak tahfiz adalah anak-anak Syurga tetapi tidak boleh diurus secara sembrono sehingga membahayakan nyawa mereka. Abang belajar banyak dari organisasi besar Yayasan Sulaimaniyyah Turki yang mempunyai berpuluh ribu madrasah tahfiz di 149 negara yang sangat bersistematik. Jadi kenapa kita tidak boleh mempunyai SOP untuk membuka madrasah tahfiz baru, kalau ada pasti ianya akan dapat meningkatkan nama baik Islam di kalangan bukan Islam seperti Madarasah Tahfiz Sulaimaniyyah di Afrika Selatan yang mendapat kepercayaan orang bukan Islam memasukkan anak mereka di sini.

Ini pemerhatian Abang sejak bertahun-tahun melalui pengalaman berkawan dengan pengusaha sekolah agama dan madrasah tahfiz swasta serta melawat madrasah di Indonesia, China, Kemboja, Afrikan Selatan, Turki dan beberapa negara lagi.

Pengalaman orang lain pasti berbeza.

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan http://ift.tt/2wXo7IY
via Denaihati.com