Thursday, 28 September 2017

[VIDEO] Remaja Menyesal Pukul Ibunya Yang Tular Di Media Sosial Baru-Baru Ini


“AMPUNKAN Abang Long mak, abah. Abang Long menyesal…,” kata Muhammad Shukrey Mohammad Nasir,15, yang videonya memukul ibunya beberapa kali menggunakan tangan tular di laman sosial kelmarin.

Rakaman video itu memaparkan remaja terbabit memakai pakaian sekolah dengan keadaan butang baju terbuka serta seluar terlondeh itu memukul sambil memaksa ibunya untuk memberikan wang.

Video berdurasi 42 saat itu menerima pelbagai reaksi netizen di laman sosial selepas tersebar. Ada yang mengecam tindakan tersebut sebagai tidak patut.

Bagaimanapun, remaja itu lebih banyak mendiamkan diri dan ibunya memaklumkan anaknya itu mengalami sedikit masalah pembelajaran dan pemikirannya terganggu sejak malam semalam selepas memberi keterangan kepada pihak polis.

Susulan kejadian berkenaan polis turut mengambil keterangan daripada remaja itu dan menjalankan ujian air kencing susulan perlakuannya dalam video yang tersebar, namun remaja berkenaan disahkan bebas daripada pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, ujian air kencing sudah dilakukan terhadap remaja berkenaan ketika dia hadir bersama ibunya di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk memberi keterangan.

Katanya, rakaman insiden remaja itu memukul ibunya menjadi tular lalu dikecam oleh masyarakat dan siasatan lanjut berhubung insiden ini sedang dijalankan.


Sumber: HMetro


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wl4czn
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2xDwqqC
via MerahHatiCintaku.blogspot.com