Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk menyiasat sebuah viseo iklan bebaur lucah yang kini tular di media sosial.
Menurut Ketua Aktivis, Datuk Nadzim Johar, meskipun pada masa kini golongan muda mungkin mudah terdedah terhadap bahan seumpamanya yang boeh didapati di internet, tetapi ia seharusnya dipantau oleh pihak berkuasa sebagai langkah pencegahan.
“Zaman sekarang penerimaan mengenai produk atau iklan tersebut mungkin berbeza berbanding dulu. Tetapi sebagai menghormati budaya timur dan sensitiviti masyarakat Malaysia, ia tidak sesuai untuk dipaparkan secara umum kerana boleh ditonton oleh generasi muda.
“Sehubungan itu, kita minta SKMM siasat video ini, dan meneliti dari segi kesesuaiannya. Kita berharap SKMM dapat menangani perkara ini dengan segera,” katanya yang dipetik dari laporan mStar Online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai iklan yang mempromosikan produk yang kononnya dapat membantu membesarkan alat sulit lelaki yang dilakonkan dua pelakon sebagai suami isteri.
Video iklan yang berdurasi 1 minit dan 22 saat itu dikatakan memaparkan adegan dan audio yang membawa konotasi yang tidak sesuai ditonton dan diperdengarkan lapisan umum.
Nadzim berkata, selain meneliti kesesuaian iklan tersebut oleh SKMM, satu garis panduan perlu diwujudkan berdasarkan sudut agama, budaya dan sosial
“Saya berpendapat perlu ada garis panduan dari sudut agama, sosial dan budaya mengenai apa-apa iklan yang hendak dibuat. Asasnya ia harus menepati jangkaan masyarakat secara baik dan tidak keterlaluan sehingga memberi kesan buruk,” katanya.
Sumber: Siakapkeli
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2x1WT3Y
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2fDdvrh
via MerahHatiCintaku.blogspot.com