Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ibadah qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Dalil pensyariatannya sabit dengan alQuran dalam surah al-Kauthar ayat 2 dan surah al-Hajj ayat 36. Hukumnya adalah sunat yang sangat dituntut (sunat muakkadah).
Amalan qurban menjadi satu ibadah tahunan bagi masyarakat Islam khususnya di Malaysia yang melakukan penyembelihan qurban sama ada dilakukan di masjid, surau, balai raya, padang awam, taman perumahan atau rumah persendirian. Pelbagai cara dan kaedah dilakukan oleh masyarakat awam dalam melaksanakan penyembelihan qurban.
Hikmah Ibadah Qurban
Ibadah qurban disyariatkan sebagai tanda bersyukur terhadap Allah SWT atas segala nikmat-Nya yang berbagai-bagai dan juga atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun. Ia juga bertujuan menjadi kifarat bagi pelakunya sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan, ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan, di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan juga mereka yang lain.
Dalam pelaksanaan ibadah qurban ini, selain ia diuruskan secara individu, ada syarikat atau agensi pengurusan qurban menawarkan perkhidmatan mengurus qurban sebagai satu perniagaan kepada mereka yang memerlukan. Cara ini termasuk urusan atas talian yang dianggap lebih cepat dan senang tanpa melalui proses ‘turun padang’ untuk melaksanakan ibadah qurban.
Hukum melaksanakan Qurban
Qurban bermaksud nama bagi sesuatu yang diqurbankan, atau nama bagi ternakan yang disembelih pada Aidil Adha. Qurban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan taqarrub kepada Allah SWT pada masa-masa tertentu. Ia juga diertikan sebagai ternakan an’am yang disembelih pada Hari Nahar dengan tujuan taqarrub kepada Allah SWT.
Menurut pandangan jumhur ulama, hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat muakkadah bagi individu yang berkemampuan. Pandangan ulama mazhab Shafi‘i adalah sunat ‘ain bagi setiap orang sekali dalam seumur hidup. Menurut pandangan yang masyhur di kalangan ulama mazhab Maliki adalah makruh meninggalkannya bagi mereka yang mampu. Manakala bagi mereka yang berniat untuk melakukan qurban nazar maka hukum melaksanakannya adalah wajib.
Qurban kambing Mekah
Ada sesetengah orang menganggap ibadah korban ini hanya untuk orang yang berharta atau kaya raya. Sebenarnya ibadah korban ni terlalu banyak rahsia tersembunyi yang kita tidak akan tahu jika kita tidak pernah melakukannya. Dengan mengeluarkan duit kita sendiri, hasil titik peluh kita sendiri untuk ibadah ini.
Terbukti umat Islam yang sentiasa ambil bahagian dalam qurban tidaklah miskin malah bertambah melimpah ruah rezeki mereka. Buangkan perasaan tidak ada duit maka tak nak buat ibadah qurban kerana sebenarnya ibadah qurban adalah pembuka pintu kepada rezeki yang tidak disangka-sangka.
Pada tahun ini, sekali lagi pihak Denaihati akan menguruskan tempahan qurban kambing yang akan dilaksanakan di Tanah Suci Mekah. Ustaz Maulana Effendi selaku wakil Denaihati akan berada di lokasi sembelihan untuk menguruskan sembelihan dan tempahan qurban Kambing Mekah.
Harga yang ditawarkan pada tahun ini adalah hanya RM550 seekor untuk yang ingin melaksanakannya dengan mewakilkan pihak Denaihati Resourses untuk menguruskannya. Saban tahun lebih 1000 ekor yang ditempah dan ini menunjukkan kepercayaan bertahun-tahun untuk urusan qurban kambing di Mekah.
Siapa yang tidak mahu membuat ibadah dan kebaikan di tanah suci Mekah?
Inilah peluang yang hadir di hadapan anda sekarang untuk mendapat pahala berganda-ganda dengan Qurban Kambing Mekah ini. Usahakanlah untuk melakukannya walau seekor untuk diri anda atau keluarga pada tahun ini. Tempah segera Qurban Kambing Mekah.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2LJD0p7
via Denaihati.com