Wednesday, 31 October 2018

Debit kad BigPay fasiliti macam kredit kad

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi peluang mengurus kewangan di hujungan jari.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Kepada seorang pengembara tak kisah dalam negara atau luar negara kad debit atau kad kredit sangat penting untuk mengurangkan membawa duit tunai yang terdedah kepada kecurian. Sebagi contoh kes yang berlaku pada diri Abang ketika kehilangan pasport dan kad debit di London seperti yang diceritakan dalam entri “pengalaman hilang dokumen di London“. Kos kerugian sangat minima kerana majoriti belanja menggunakan kad debit dan kad kredit.

Masalahnya majoriti fasiliti debit kad yang dikeluarkan oleh bank Malaysia fungsinya sangat terhad. Biasanya kad debit Malaysia hanya untuk belanja dan witdraw ATm sahaja. Kepada yang biasa mengunakan kad debit pasti dapat bezakan debit kad kita tak sama dengan debit kad yang dikeluarkan oleh bank-bank di Singapore dan Indonesia. Di sana debit kad debit mereka mempunyai fasiliti sama macam kredit kad.

Baru-baru ini Abang apply satu jenama debit kad keluaran syarikat Malaysia. Masa travel ke Europe dan Hong Kong baru-baru ini Abang guna debit kad ini. Memang terbaik sebab fasiliti macam kredit kad boleh withdraw duit disemua ATM yang ada logo mastercard, boleh kumpul points yang boleh digunakan untuk beli tiket kapal terbang, tidak perlu bayar fee apabila beli tiket pesawat Airasia secara online dan mudah nak buat bayaran online contohnya buat booking hotel di Agoda dan Booking.com.

Ada satu lagi fasiliti yang menarik iaitu boleh trasfer duit dengan cepat tanpa kena yuran. Contohnya kepada ibu bapa yang ada anak belajar jauh di universiti atau kolej, boleh buat kan satu kad ni untuk mereka. Dalam aplikasi debit kad ini ada button untuk anak request duit belanja yang dia perlukan. Ayah boleh kirim melalui apps tersebut jumlah duit yang anak request tak sampai 5 saat dah sampai. Ada dua cara anak nak guna duit yang dikirimkan itu boleh guna kad untuk bayar di mana-mana Outlet yang terima mastercard atau boleh withdraw kat mana-mana ATM yang ada logo Mastercard. Maknanya anak tak ada akaun bank pun tak masalah.

BIG PAY wajib dimiliki setiap orang

Pada 15/1/2018 Bigpay Malaysia Sdn Bhd anak syarikat Airasia telah melancarkan aplikasi e-Wallet kewangan bersama kad debit BigPay yang bekerjasama dengan Mastercard. Pengguna akan mendapat pengecualian yuran 2% untuk pengeluaran ATM di seluruh dunia dan pengecualian 2% untuk pembelian tiket pesawat Airasia secara online. BigPay telah mendapat kelulusan dari Bank Negara Malaysia. Limit perbelanjaan adalah mengikut jumlah duit yang kita top up ke dalam akaun tersebut.

Pengguna BipPay juga akan menerima faedah AirAsia secara eksklusif apabila anda menggunakan kad BigPay dengan AirAsia seperti:

i: RM0.00 yuran pemprosesan pembayaran
ii: Diskaun pada bagasi daftar masuk dan makanan dalam penerbangan pra-tempahan
iii: Akses awal eksklusif untuk jualan AirAsia dan banyak lagi!

Pastikan untuk membeli melalui laman web atau aplikasi mudah alih AirAsia untuk mendapatkan diskaun.

Cara apply kad debit BigPay

  1. Download aplikasi e-Wallet di smartphone anda samada pengguna android atau apple. Nak download klik link ini http://bigpay.link/referrals. Masukan kod referral GRGAK2G8Y1 apabila di minta.
  2. Masukan dokumen seperti yang diminta dan tunggu dokumen di verify dalam tempoh beberapa hari.
  3. Setelah dokumen di verify buat bayaran RM20 dan tunggu kad dikirimkan ke rumah dalam tempoh beberapa hari.
  4. Aktifkan kad apabila sudah menerima kad.
  5. Kad boleh digunakan dengan top up mengikut jumlah yang ingin kita masukkan.
  6. Bila kad dah aktif sila semak link referral di aplikasi yang kita boleh gunakan untuk perkenalkan pada kawan-kawan. Setiap akaun baru yang diaktifkan menggunakan link referral kita akan di bayar sebanyak RM10 sebagai komisen.

Apa itu BigPay

Berikut wassap yang disediakan oleh BigPay apabila kita kirimkan pada kawan-kawan.

I’m using BigPay and it’s amazing!

It’s a powerful app that tracks your expenses and lets you manage your money in real time More than a boring e-wallet, BigPay comes with a striking blue card that you can use anywhere in the world!

When you travel, you only pay the actual exchange rate (same or better than XE). Plus, you save money on AirAsia flights and earn BIG Points.

Sign up now – it’s completely free. Use my referral code and we’ll both get RM10 when you sign up!

My referral code:
GRGAK2G8Y1

http://bigpay.link/referrals

This is going to be big

Kepada yang tak ada kad kredit sebab susah nak apply tapi ingin menggunakan kad maka apply lah kad debit BigPay. Abang yakin kad debit ini akan menjadi sangat penting kegunaannya kerana ianya teknologi kewangan terbaru e-wallet tanpa perlu ada akaun bank yang hanya perlu diuruskan menggunakan aplikasi dari smartphone. Ini yang dikatakan dunia kewangan di hujung jari.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2DjeTJU
via Denaihati.com