Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi cara menjana pendapatan ke dua dengan membaca dan menulis.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Tak lama dulu Abang ngopi dengan kawan sekolah menengah di Paramount Coffee House di Putrajaya katanya kepunyaan Ustaz Ebiet Lew. Dia cerita ada kawan dia nak pinjam duit RM200K utntuk mula bisnis baru. Bila ditanya berapa modal keseluruhan bisnis, jawab kawan lebih kurang RM200K. Makna dia nak pinjam 100 % lah kan. Kawan tu janji nak bayar balik RM400K dalam tempoh beberapa bulan. Bila ditanya apa jadi kalau bisnis rugi dengan yakin kawan tu kata bisnis itu tak akan rugi.
Kawan sekolah Abang beritahu Abang kalau bisnis dia RM200K nak pinjam RM50K boleh lagi difikirkan, ini nak pinjam 100% dan nak beri pulangan 100%. Kita pulak yang nak menanggung risiko 100% kalau rugi. Nak bisnis bagus tapi mesti ada usaha modal dari diri sendiri baru kesungguhan tu lain macam. Kalau modal orang lain akhir cerita memang bergaduh dah kawan yang pinjam duit akan hilang entah kemana.
Mesti ramai ada pengalaman samada memberi pinjam atau meminta pinjam untuk bisnis. Ceritalah sikit buat pengajaran yg baca.
Rosmaria Bakhari : Nak buat housing loan pun bank bagi 90% je supaya kita sendiri akan rasa rugi kalau default payment.
Ismail Kelana : Itulah Duit Abang Amir…dah macam-macam dalam dunia ni saya tengok saya rasakan pahitnya nak tau manusia tu baik amanah tak urusan Duit tapi kebanyakan Manusia gagal sikit sahaja yang betul-betul Amanah dan Baik urusan Duit.
Mir Izwan Azhari : Sipeminjam mesti kena ada komitmen sendiri baru bisnes ada thrill ada cabaran. Setakat pinjam dengan partners kemungkinan tiada ‘rasa’ beban, cuba pinjam dengan institusi kewangan silap-silap tak boleh tidur jika bisnes tak jadi, saya setuju dengan Tuan Haji Amir Hassan at least kita bagi pinjam 20% -30% sahaja out off 200k.
Amir Hassan : ada pakar bisnis kata kalau tak ada duit nak buat bisnis guna duit orang lain tapi maksud pakar tu supaya kita pulangkan balik apa yang diaorg invest dan dengan keuntungan kawan kita boleh invest lebih banyak lagi. Tapi diaorg tengok sort term je dapat duit kabur.
Mir Izwan Azhari : duit punca putus persahabatan
Amir Hassan : Putus persaudaraan pun ada
Che Sue Izzeyda : Sebaiknya tak perlu bagi sebanyak tu sebab tiada jaminan untuk peroleh kembali modal yang dah dilaburkan. Biasa orang macam ni kurang amanah dan kebanyakkannya mungkir janji yang telah dibuat.
Amir Hassan : Ada yang amanah tapi sikit sangat. Yang amanah ni memang diaorg akan sukses
Che Sue Izzeyda : betul tu.. tapi kebanyakkannya tak amanah, mulut pula manis berbicara.
Azlan Jaafar : Itu lah lumrah nya boss. Dorg datang bawak idea je, duit pakai orang lain punya. Tak bagi kita rasa bersalah takut tak tau nak tolong orang susah. Bagi, kompom tak pulang balik. Pastu block phone no kita, unfriend kat fb, lari masa terjumpa. Kawan biasa dah perkara ni. Sekarang ni pun ada ni sorang dua yang camni kawan tengah hadap. Dia hanya ada strategi nak pinjam. Strategi bayar balik memang tak de.
Amir Hassan : paling sedih biasanya yang buat kawan-kawa rapat yang diberi super kepercayaan.
Azlan Jaafar : ya betul. Tiba-tiba rapat dengan kita siap penampilan islamik lagi. Rupanya ada udang sebalik batu. Bila kita start percaya je mula la dia masuk jarum and the rest is history kata org putih hahahahaa
Ini sebahagian kisah kawan-kawan yang berniaga dengan modal kawan-kawan lepas tu tidak amanah. Mungkin kawan-kawan ada pengalaman yang nak dikongsikan, silakan.
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2QaglRI
via Denaihati.com