Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Duit oh duit.
Itulah yang sentiasa dicari, diburu, dan difikirkan oleh majoriti manusia. Duit memang bukan segalanya tetapi kita kena pandai menilai dan menghargai. Bila dah susah baru tahu nilai sebenarnya. Takkan menunggu waktu susah baru kita nak bertindak nak mencari duit.
Kali ini, nak dikongsikan pengalaman beberapa hari dalam kehidupan harian yang mungkin hampir sama dengan orang lain.
Setiap pagi akan ke Kajang dahulu dan kemudian ke lokasi kerja. Isian minyak petrol RM50 perlu dilakukan dan juga sempat menggapai Combo Mesra sarapan pagi di Petronas yang berharga RM4.70. Tidak gunakan wang tunai, hanya berikan kad debit di kaunter, tekan nombor pin dan selesai.
Barang dapur sampai depan pintu rumah
Sarapan pun selesai, kita pun dapat membuat kerja seharian sambil melihat dan membaca berita terkini tentang dunia. Kisah di media sosial sudah pastinya menjadi tarikan dan sentiasa ada yang viral khususnya di Malaysia. Video parodi, kisah tajuk headline serta tidak kurang juga ada kisah politik dan ekonomi dunia.
Setiap minggu atau bulan, sudah pastinya kita perlu membeli barangan dapur untuk memasak mahupun barangan keperluan di rumah. Beras, susu formula, lampin pakai buang, ikan, sayur, perencah dan 1001 lagi macam barangan itu dibeli oleh ramai orang setiap hari.
Sekarang sudah tidak perlu sibukkan diri dan bersesak untuk membeli barangan tersebut kerana ada Happy Fresh. Sudah 7 kali gunakannya untuk membeli barang-barang dan semua barang yang dipesan dibayar secara talian dan dihantar ke depan pintu rumah. Yang menarik sekali adakalanya promosi diskaun sehingga 20% untuk belian. Jimat tak?
Khidmat bersihkan rumah daripada eRezeki
Sama sahaja dengan belian di Mydin, Cold Storage atau Tesco jika di Putrajaya ini. Itulah seronoknya gunakan aplikasi di smartphone dan jimat duit dengan Happy Fresh.
Dah masuk waktu petang pula, isteri beritahu nak minta khidmat bersihkan rumah, mencuci kipas, dan membuang habuk. Mudah sahaja, semuanya sudah di dalam kepala dan di hujung jari. MaidEasy kan ada. Satu servis yang dijelmakan daripada eRezeki, MaGIC, MDEC dan Axiata.
Cuci tandas, buang sawang, lap tingkap, menyapu, mengemop, pindah rumah, menggosok baju dan anda boleh pilih seorang atau dua orang selama dua jam atau empat jam untuk servis tersebut. Bayaran sudah dibuat secara dalam talian kadi debit atau kad kredit. Kita hanya sediakan bahan-bahan untuk kerja mencuci tersebut.
Mudah? Jimat tenaga? Isteri pun tak letih. Gunakan khidmat Maid Easy.
Gandakan duit bila belanjakan duit
Masuk waktu petang pula, tak sempat nak memasak dan teringat apa pula nak makan di waktu malam untuk keluarga. Telefon anak, dia kata apa-apa sahaja untuk makan. Hidup mesti dipermudahkan. Kita guna aplikasi Boost.
Apa yang seronoknya aplikasi ini? Muat turun Boost dengan Code hisp3eq untuk mendapat lebih nilai untuk anda!
Boost ini ada reward dan cashback. Contohnya tambah nilai prepaid RM30, dapat pula dikembalikan RM3. Shake reward 50 sen. Untung tak?
Nak beli nasi ayam? Ayam Nandos? Beli barang di KK Mart 24 jam dan Mydin? Gunakan saja aplikasi Boost sebagai eWallet. Aplikasi Boost ini semakin mendapat sambutan hangat di kalangan peniaga bukan sahaja pengguna kerana ia menyelesaikan beberapa masalah seperti menyediakan baki wang kecil dan mengurangkan risiko rompakan wang tunai.
Selamat tinggal kad gores parkir
Jadi, kelihatan rutin harian berjalan tanpa menggunakan tunai. Parkir di kompleks membeli belah sudah banyak menggunakan kad touch & go dan Visa Paywave. Bayar kompaun parkir pun boleh dan katakan selamat tinggal kepada kad gores parkir.
Aplikasi Flexi Parking dan Smart Selangor Parking juga sudah lama digunakan dan ternya ia mudah dan efisyen. Bagi parkir di Kuala Lumpur, boleh gunakan di dalam aplikasi Boost. Kertas untuk cetakan kad gores parkir dapat dijimatkan dan pengguna dapat parkir mengikut kadar masa yang diperlukan.
Sekali lagi tanpa wang tunai, hanya membuat pindahan melalui perbankan atas talian atau kad kredit.
BIG PAY wajib dimiliki setiap orang
Hujung minggu atau cuti sekolah yang panjang, pastinya ada yang inginkan keluar mengembara atau bercuti bersama keluarga. Tidak kira di dalam atau di luar negara, pasti kita inginkan sesuatu yang bermakna dan menggembirakan.
Gunakan BIG PAY . Nak percuma RM10, masukkan sahaja refferal code GRGAK2G8Y1 semasa pendaftaran dan kad akan dihantar ke alamat anda. Aktifkan dan selamat mengguna dengan points yang dapat nanti.
Rancang percutian anda hendak tidur di hotel mana dengan diskaun sehingga 70% di Denai Travel Discount. Gunakan kad BIG PAY tadi untuk bayaran dan juga istimewa untuk yang menggunakan penerbangan Air Asia.
Anda akan menerima faedah AirAsia secara eksklusif apabila anda menggunakan kad BigPay dengan AirAsia seperti:
i: RM0.00 yuran pemprosesan pembayaran
ii: Diskaun pada bagasi daftar masuk dan makanan dalam penerbangan pra-tempahan
iii: Akses awal eksklusif untuk jualan AirAsia dan banyak lagi!
Pastikan untuk membeli melalui laman web atau aplikasi mudah alih AirAsia untuk mendapatkan diskaun.
Teknologi duit pada masa depan?
Itulah serba sedikit pengalaman daripada sebahagian kehidupan harian dan daripada billion manusia yang ada di dunia ini. Berapa banyak transaksi tanpa tunai berlaku dalam sehari dan berapa banyak perkara dapat dipermudahkan. Mungkin ada kawasan-kawasan yang masih belum terdedah dengan lebaran cashless ini namun tidak lama lagi pasti akan laluinya.
Contoh mudah jika dulu hitam ibu jari kita jika nak keluarkan wang secara manual atau buku, tetapi sekarang hanya menggunakan ‘biometric devices’ untuk melaksanakannya. Begitu juga dengan kemajuan teknologi yang lain yang melibatkan arus kemodenan, cukup mudah dan sudah seharusnya ciri-ciri keselamatan perlu diutamakan.
Oh ya, di dalam beg duit tu perlulah juga simpan wang tunai buat masa sekarang sebab belum meluas penggunakan tanpa tunai. Bagi anda yang ingin atau telah mencuba, berapa hari anda boleh menjalani kehidupan tanpa wang tunai fizikal?
Pengurusan wang sangat penting perlu belajar kerana ramai yang boleh kerja kuat kumpul duit dan habiskan begitu sahaja. Memang menarik zaman sekarang sudah maju dan moden. Tim Denaihati juga sedang merancang dan membangunkan satu projek yang akan dilaksanakan pada tahun 2019 bagi kemudahan manusia di dunia ini. Semoga akan terus sukses dan memberikan manfaat kepada seramai ummat.
Seterusnya adakah kita akan gunakan Teknologi Dunia Masa Hadapan?
from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2NGTXwY
via Denaihati.com