Tuesday, 24 September 2019

Proton lancarkan logo baru, slogan “Inspiring Connection”

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Proton hari ini memperkenalkan kepada umum penjenamaan semula logo korporat serta slogan baharu yang menterjemahkan cita-cita untuk menjadi jenama automotif moden di peringkat global.

Jenama yang diberikan nafas baharu ini mengetengahkan evolusi Proton semenjak kerjasama strategik dengan Zhejiang Geely Holding Group pada tahun 2017. 

Proton juga turut mengumumkan pencapaian-pencapaian terbaik termasuklah:

  • Pertumbuhan 36% dalam pasaran 
  • Satu-satunya pengeluar utama yang mempunyai pertumbuhan dua digit pada tahun 2019
  • Mempunyai 102 pusat 3S/4S yang kian meningkat bilangannya
  • 5 model baharu yang dilancarkan dalam tempoh 8 bulan
     
gambar : Careta

Penjenamaan semula Proton

Penjenamaan semula Proton dipacu oleh tiga nilai teras iaitu: 

Teknologi Inovatif

  • Proton akan terus memastikan produk-produknya dilengkapi dengan teknologi terbaik, seperti ciri pintar “Hi Proton” pada model-model facelift yang dilancarkan tahun ini.

Kebolehpercayaan

  • Proton mahu para pelanggan untuk terus mempercayai jenama Proton sama ada ia melibatkan kereta, dan juga perkhidmatan selepas jualan.
  • Matlamat ini boleh dicapai menerusi peningkatan kualiti produk dan juga mengaplikasikan piawaian global dan amalan terbaik, termasuklah latihan kakitangan yang berterusan.

Antarabangsa

  • Proton bercita-cita besar untuk menjadi jenama global dan menjadi salah sebuah daripada tiga jenama besar terbaik di rantau ASEAN.
  • Proton akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan perniagaannya d peringkat global, memanfaatkan keupayaan rantaian bekalan yang bertaraf antarabangsa, menarik bakat di peringkat global dan menggunapakai teknologi global untuk menjadi jenama automotif global yang kompetitif.
     

Logo dan slogan baharu

Lambang Harimau yang terdapat di kereta Proton telah dikemaskini kepada sesuatu yang lebih menarik, dengan sentuhan warna perak yang mewakili jati diri Malaysia. 

Logo kepala harimau ini diangkat tinggi, seperti anak panah yang melambangkan kejayaan Proton untuk terus maju ke hadapan.

Slogan baharu Proton ‘Inspiring Connections’ menampilkan aspirasi jenama ini untuk mengguna pakai teknologi dan mobiliti bagi mewujudkan hubungan kemanusiaan yang memberi inspirasi kejayaan dalam kehidupan. 

Logo baharu Proton ini akan mula digunakan pada SUV pemasangan tempatan, X70 CKD dan diteruskan dengan model-model Proton baharu akan datang. 

Kali terakhir logo Proton diubah ialah pada tahun 2016, ketika itu pertama kali dengan pengenalan Proton Perdana yang di”rebadge” dari Honda Accord generasi ke-8. Ketika itu, nama Proton di atas kepala harimau pula dibuang, kemudian lingkaran dan garis warna perak yang digunakan itu dijadikan lebih tebal dengan kesan visual 3D diterapkan pada keseluruhan logo.

Hasilnya, bahagian kepala harimau itu menjadi lebih besar dan menonjol. Dan, slogan yang digunakan; “It’s in the Drive!” atau “Segalanya tentang Pemanduan!”

Logo dan slogan berkenaan menjadi yang paling singkat digunakan; hanya untuk tempoh tiga tahun sahaja. Hari ini, Proton memperkenalkan logo baru – yang nampak lebih kemas dan elegan, seperti yang mula kita lihat hari ini, dan akan digunakan pada model-model akan datang Proton yang bakal diperkenalkan nanti.



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2mihxbw
via Denaihati.com