Monday, 30 September 2019

Runsing dengan Rambut Gugur? Kini boleh tersenyum riang dengan serum Faith Fleur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Masalah keguguran rambut boleh terjadi kepada siapa-siapa sahaja, tidak kira wanita mahupun lelaki. Menurut kajian, keguguran rambut tergolong dalam dua kategori iaitu keguguran normal dan tidak normal.

Kalau rambut gugur dalam kuantiti yang banyak melebihi 50 hingga 100 helai sehari, bermakna memang masalah keguguran rambut yang serius.

Jika terlalu banyak rambut gugur dan boleh dicabut segenggam ia perlu diberi perhatian.

Sekarang ni banyak faktor terjadinya rambut gugur. Antaranya ialah perubahan hormon, efek ubat, tekanan, kekurangan zat besi dan protein juga boleh menjadi punca.

Bahan kimia yang berkelebihan tidak elok untuk kesihatan rambut

Hormon endrogen yang terhasil akibat berada di dalam keadaan tertekan boleh menjadi faktor utama kepada masalah ini. Mesti pernah nampak orang yang stress, selalu tarik-tarik rambutnya kan?

Rambut rosak seperti kering dan kasar juga membuatkan akar rambut tidak bermaya dan mudah gugur. Untuk atasinya, kita boleh menggunakan produk syampu yang bersesuaian ataupun mengamalkan petua-petua lama.

Antara petua yang berkesan adalah menggunakan daun bunga raya yang telah diramas dengan air kemudian dilumurkan ke seluruh kepala. Lendir daripada pokok bunga raya dipercayai dapat menyuburkan akar rambut.

Namun begitu, jika masalah masih berpanjangan walaupun sudah mencuba pelbagai jenis cara, anda digalakkan berjumpa pakar rambut untuk mendapatkan rawatan yang sesuai. Dan jangan lupa menggunakan produk penjagaan rambut bebas kimia untuk kesihatan rambut seperti Faith Fleur !

Lihat pengalaman guna Faith Fleur : Kiriman FB Deo Doel

Hai semua, harini Priscella nak share something dekat korang pasal rambut. Tak kisah la lelaki ke perempuan mesti ada masalah rambut punya. Gugur, botak, rambut kusut, berminyak, kelemumur jangan cakaplah. Macam salji

Siapa yang kenal Priscella dari dulu mesti tau masalah rambut yang Priscella alami. Priscella ni jenis kulit kepala cepat berminyak. Kalau tak cuci sehari mesti sangat berminyak. Tak selesa dan rasa rimas. Bila kulit kepala berminyak mesti datang dengan kombo gatal sekali. Tu rasa nak menggaru je. Bila syampu rasa pedih sangat. Dah try macam2 jenis syampu tapi tak berkesan. Tetap berminyak dan gatal.

Satu hari kawan Priscella kenalkan dengan satu produk ni nama Faith Fleur. Mula2 cuba syampu dia. Tapi produk ni pun sama tak berkesan. Sebab sebenarnya saaaaangat berkesan! Taktau sama ada berkesan ke tak untuk pengguna lain, tapi bagi Pricsella sangat membantu. Sekarang memang dah tiada rambut berminyak dan gatal kepala.

Selain syampu, Priscella pun amalkan pakai serum. Dah jadi macam rutin harian. Sebelum pergi kerja pakai, lepas syampu pakai. Lebih kurang setiap hari pakai.

Ikutkan, lepas konsisten pakai produk dari Faith Fleur sebulan dua dah ada kesan ketara. Apapun kena try dulu baru tau keberhasilannya. Priscella dah guna Faith Fleur ni. Sangat best. Wangi.. 5 bintang!!

Kredit: Fb Deo Doel

Faith Fleur jadikan rambut lebih kuat dan keguguran dapat di atasi.

Rambut yang tidak terawat cenderung kering dan kekurangan nutrient. Akibatnya akar rambut menjadi lemah, rambut mudah putus, dan mudah gugur.

Tetapi dengan adanya Vitamin E, Castor oil, Olive Oil, Grapeseed oil dan nutrient yang terdapat dalam set lengkap Faith Fleur iaitu shampoo, conditioner dan juga serum, rambut akan menjadi lebih kuat dan keguguran rambut dapat di atasi.

Faith Fluer selamat di guna untuk seisi keluarga.

Buy 1 Free 1 dengan Faith Fleur

Guna serum ni memang sangat baik untuk mencegah kebotakan jika digunakan dalam jangka masa yang panjang dan yang paling best kesihatan dan kelembapan rambut juga akan sentiasa terjaga.

Nak tahu tak? Ada satu berita baik. Faith Fleur buat promosi Beli 1 Percuma 1 untuk serum keluaran khas ini. Ada 500,000 botol percuma tau! Nak beli?

Inginkan rambut sihat dan kuat? Faith Fleur sedia membantu. Apa tunggu lagi?!



from Denaihati – Blog Tips Kehidupan https://ift.tt/2nXS1t8
via Denaihati.com