Saturday 5 June 2021

Semakan keputusan SPM 2020 Online/SMS

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun 2020 akan diumumkan pada 10 Jun 2021 (Khamis) bermula pukul 10.00 pagi.

Kaedah & Cara semakan Keputusan SPM 2020 seperti berikut;

  1. Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan penuh peperiksaan SPM mereka secara online selepas jam 10 pagi pada tarikh keputusan SPM diumumkan iaitu pada 10 Jun 2021.
  2. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka berdaftar dahulu.

Semakan melalui online

calon boleh semak keputusan SPM 2020 secara online di SPPAT atau Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Sistem semakan akan hanya diaktifkan bermula dari tarikh keputusan peperiksaan diumumkan.

Semakan melalui SMS

Calon juga boleh semak keputusan SPM 2020 melalui perkhidmatan SMS.

  • Taip SPM <jarak>No.KP <jarak> Angka Giliran dan hantar SMS ke 68886
  • Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi. Pengguna akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan SMS.
  • Perkhidmatan SMS akan diaktifkan bermula dari jam 10 pagi (10 Jun 2021) sehingga jam 6 petang (17 Jun 2021)

Semakan melalui Aplikasi Moblie

Calon juga boleh membuat semakan keputusan SPM 2020 melalui aplikasi mobile/telefon pintar e-Lembaga Peperiksaan. Muat turun di Google Play untuk Anroid. (Tidak disediakan pada tahun ini)

Dalam pada itu, bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, KPM menyatakan bahawa pihak sekolah akan mengenalpasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan

Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenalpasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

Kenyataan Media KPM

Baca: Kemana halatuju selepas SPM ?

The post Semakan keputusan SPM 2020 Online/SMS first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/2TFoKmF
via Denaihati.com