Saturday 19 June 2021

Xiaomi beri hadiah telefon pintar baru pada adik Shafie untuk PdPR

Baru-baru ni tular telefon pintar jenama Yes meletop angkara digunakan bagi tujuan PdPr.

Telefon pintar YES yang diberikan didakwa berkualiti rendah serta agak sukar pelajar nak guna untuk PdPR.

Di bawah ini merupakan perkongsian Facebook Suryani Abd Ghani. Beliau bukanlah mahu raih simpati cuma mahu kongsi pengalaman apa yang telah terjadi supaya tidak berlaku pada anak-anak lain yang sedang PdPR.

Alhamdulillah. Terima kasih pada pihak XIAOMI MALAYSIA yg sudi memberi peranti baru Redmi Note 10 5G kepada adik Muhammad Shafie selepas peranti dr Yes meletop pada 15/6 tempoh hari.

Saya perhatikan ada segelintir netizen mengatakan saya meraih simpati. Itu bukan niat saya. Hanya sekadar berkongsi pengalaman, semoga semua sedar yg isu ini membahayakan kanak2.

Saya tidak pernah meminta utk digantikan dgn peranti yang baru. Tetapi pihak #XiaomiMalaysia berbesar hati untuk menghulurkan bantuan bagi memudahkan pembelajaran PdPR melalui online.

Mereka ikhlas menolong walaupun telah diterangkan keadaan sebenar. Saya amat terharu dgn keprihatinan pihak #XiaomiMalaysia.

Saya rasa xde masaalah kalau saya terima utk kemudahan adik Shafie. Terima Kasih sekali lagi kepada pihak #XiaomiMalaysia atas keprihatinan syarikat menjalankan tanggungjawab sosial. Xiaomi Malaysia

Sumber: Facebook Suryani Abd Ghani

The post Xiaomi beri hadiah telefon pintar baru pada adik Shafie untuk PdPR first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/2SevU0Y
via Denaihati.com