
By BY CEYLAN YEGINSU from NYT Travel https://ift.tt/2WsxduP
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3lgaz3g
via MerahHatiCintaku.blogspot.com
Sekarang ni musim semua rakyat Malaysia mendapatkan suntikan vaksin covid-19 malah satu dunia tengah berusaha untuk memastikan rakyatnya mendapat vaksin dengan baik, tujuannya adalah untuk mengekang daripada wabak ini terus tersebar.
Umum, kita semua mengetahui jumlah harian positif covid-19 di Malaysia semakin meningkat dengan jumlah tertinggi sebanyak 17 ribu lebih.
Walaubagaimana pun, ada juga orang yang takut kena suntik vaksin. Berikut adalah perkongsian daripada Dr Samhan di laman twitternya.
Siapa takut kena suntik vaksin? Pernah tak dengar Trypanophobia?
Trypanophobia adalah keadaan di mana seseorang mengalami ketakutan yang berlebihan akan tindakan yang melibatkan suntikan dan tindakan yang berhubungan dengan jarum suntik.
Secara zahirnya semua orang takut jarum suntikan tetapi trypanophobia adalah ketakutan yang melampau.
Seseorang itu didiagnos sebagai menghidap trypanophobia apabila individu itu cepat menunjukkan rasa takut apabila melihat jarum suntikan.
Tahap rasa takut ni sampai pengsan, berasa pening, loya, muntah, berpeluh dan berdebar-debar.
Rasa takut ini boleh berterusan sekurang-kurangnya selama enam bulan dan seboleh-bolehnya mereka ini akan mengelakkan diri daripada melihat jarum suntikan.
Individu yang menghidap fobia ini diketahui akan mengelakkan diri daripada pergi ke klinik atau hospital meskipun mempunyai penyakit yang memerlukan rawatan.
Malahan, individu ini juga akan enggan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Mereka bukan antivaksin tapi fobia dengan suntikan jarum.
Nasihat Dr kepada mereka yang takut jarum;
1. Boleh latih diri mereka untuk relaks dan melakukan senaman pernafasan. Tarik nafas dalam masa 5 saat, tahan nafas 5 saat dan hembus dalam masa 5 saat.
2. Alih perhatian semasa suntikan seperti bercakap dengan rakan atau ahli keluarga, atau bercakap dengan mereka menerusi telefon.
3. Alih rasa sakit dengan letakkan pek ais di tempat suntikan sebelum disuntik untuk kurangkan rasa sakit.
4. Beritahu doktor yang kalian ada masalah takut jarum. Mereka akan beri bantuan yang sepatutnya.
Begitulah.
Kredit: Dr Samhan
The post Trypanophobia, takut dengan jarum punca tak pergi suntik vaksin – Dr Samhan first appeared on Denaihati.With a tangy and sweet homemade blend of miso made with Japanese plums, this Ume Miso Chicken is the winner of the ultimate savory chicken!
READ: Ume Miso Chicken 梅味噌チキン
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota Kabinet beliau meletakkan jawatan.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, Muhyiddin dan seluruh anggota Kabinet bertanggungjawab terhadap tindakan memalukan itu.
“Kenyataan yang dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong hari ini menunjukkan bahawa Muhyiddin secara sengaja menipu Parlimen berkenaan pembatalan Ordinan Darurat.
“Beliau (Muhyiddin) perlu tahu bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan ordinan tersebut.
“Namun, pengumuman yang dibuat seolah-olah beliau mempunyai lebih kuasa daripada Yang di-Pertuan Agong sewaktu Proklamasi Darurat,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Malah, Dr Mahathir berkata, tiada usaha daripada kerajaan untuk membetulkan atau menghentikan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan daripada membuat kenyataan itu walaupun Muhyiddin duduk di hadapannya.
Malah, Perdana Menteri juga, tegas Dr Mahathir, tidak memberi apa-apa penjelasan pada hari-hari berikutnya.
Takiyuddin pada Isnin mengumumkan Ordinan Darurat telah terbatal pada 21 Julai 2021. Pengumuman berkenaan telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada Ahli Parlimen.
Pada Khamis, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita susulan kenyataan yang dibuat Takiyuddin itu.
Sementara itu, sidang petang Mesyuarat Khas Parlimen yang sepatutnya berlangsung pada jam 5.15 petang, Khamis ditangguhkan dan akan bersambung pada jam 10 pagi, Isnin.
Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri – 29 Julai 2021 pic.twitter.com/MGw6AywQKQ
— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) July 29, 2021
Sumber: Astro Awani
The post Perdana Menteri dan ahli kabinet wajar letak jawatan – Tun Dr Mahathir first appeared on Denaihati.With a hint of tangy and sweet Japanese plum flavor, this Ume Miso Dressing is the best dressing for all your summer salads!
READ: Ume Miso Dressing 梅味噌ドレッシング
Lake Hamana in Hamamatsu has been the largest producer of eel in Japan for over 100 years. It’s not a surprise the best known food in Hamamatsu is unagi, grilled Japanese freshwater eel.
READ: Summer Eating in Japan: Hamamatsu Unagi (Eel)
Dalam menelusuri sirah para rasul, kita melihat begitu banyak ujian yang Allah timpakan kepada mereka. Ada yang terperangkap di dalam perut ikan, ada yang dilanda banjir besar, ada yang berhadapan dengan kaum yang melawan fitrah dan pelbagai lagi.
Pendek kata, setiap dari mereka mempunyai ujian dan kisah yang tersendiri. Namun, itu semua tidak lain dan tidak bukan adalah untuk kita, umat hari ini mengambil iktibar dan menjadikannya sebagai pengajaran.
Semua orang dilanda ujian. Besar atau kecil ujian itu adalah bergantung kepada pemikiran kita. Jika selama ini kita sudah biasa hidup susah, mungkin ujian yang dilalui hari-hari pasti dilihat kecil.
Jika kita sudah terbiasa dengan kais pagi makan pagi, mungkin apabila mendapat rezeki yang lebih sedikit, kita sudah boleh belajar untuk bersyukur.
Ujian yang diberi adalah untuk mematangkan kita semua. Menjadi manusia yang kuat dan tabah itu bukan pilihan tetapi keperluan.
Walau banyak mana badai dan ujian yang melanda, kita tidak boleh pilih untuk reset hidup ini. Jika ada butang untuk memulakan kembali kehidupan, pastinya ramai dari kita yang memilih untuk menekan butang tersebut tatkala menghadapi tekanan.
Tetapi apa yang boleh dilakukan ialah terus menghadapinya walau kita lemau, penat dan merasakan bahawa dunia ini sudah tidak berpihak kepada diri kita lagi.
Mungkin kita sering tertanya – “mengapa ujian ini selalu datang pada aku” atau “adakah tuhan tak sayangkan aku lagi” dan berbagai lagi persoalan yang muncul di benak minda apabila kita sudah hampir berputus asa dengan ujian itu.
Namun, percayalah ujian itu bukan bermaksud Allah tidak sayang pada anda. Kalau itulah maksud ujian yang sebenar, jadi pastinya tuhan juga tidak sayang pada para nabi sekalian.
Jadi, yang paling penting ialah setiap hari tetapkan minda anda untuk menjadi lebih kuat dan belajar daripada setiap ujian yang ada.
Kalau kita lihat kisah Nabi Musa AS yang tinggal bersama dengan firaun; walaupun hidupnya tinggal di dalam istana mewah dan dijaga oleh ibu angkat yang baik, iaitu Asiah namun tekanan yang dialaminya itu ada kala membuatkan dirinya lemah.
Firaun yang menganggap dirinya tuhan, tidak beriman kepada Allah dan selalu mencuba mematahkan semangat Nabi Musa untuk berdakwah.
Namun, apa yang Nabi Musa lakukan untuk melalui harinya? Pastinya dengan berdoa. Ada sebuah doa yang Nabi Musa sering amalkan, iaitu;
فَقَالَ رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ
Maksud: “Maka (Nabi Musa pun berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.” (Surah Al-Qasas, 28:24)
Dalam berdoa sebenarnya kita akan berjumpa kekuatan. Kerana pada waktu itu kita sedang meminta kepada yang Maha Kuasa agar diberi kekuatan hidup.
Justeru, apabila merasa lemah atau merasa tidak cukup dengan sesuatu, berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan urusan dan dilapangkan rezeki.
Wallahu a’alam.
Kredit: Tzkrh
The post Doa Nabi Musa apabila ditimpa kesusahan dan masalah first appeared on Denaihati.Win a curated Sake Box from Tippsy Sake today and enjoy a fun variety of Japanese sake in different occasions! 3 winners will be selected.
READ: Tippsy Curated Sake Box Giveaway (US only)
KUALA LUMPUR: Angka jangkitan baharu COVID-19 mencatatkan 17,045 kes dalam tempoh 24 jam lalu, rekod tertinggi sejak pandemik ini bermula.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini ialah 1,013,438.
Selangor masih menjadi penyumbang kes harian tertinggi dengan 8,500 kes diikuti Kuala Lumpur (2,045), Kedah (1,216), Johor (950) dan Sabah (818).
Dalam pada itu, KKM turut memaklumkan sebanyak 9,683 kes sembuh dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 844,541.
Daripada jumlah kes harian, hanya enam kes import manakala 17,039 pula merupakan penularan tempatan.
KKM turut merekodkan 92 kematian hari ini menjadikan jumlah kumulatif korban akibat COVID-19 meningkat kepada 7,994 kes.
Sementara kes yang memerlukan rujukan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 970 kes, manakala 501 pesakit lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.
Status Terkini #COVID19, 25 Julai 2021
— KKMalaysia
Kes sembuh= 9,683
Jumlah kes sembuh= 844,541
Kes baharu positif= 17,045 (6 import)
Jumlah positif= 1,013,438
Kes kematian= 92
Jumlah kes kematian= 7,994
Kes dirawat di ICU= 970
Bantuan alat pernafasan= 501 pic.twitter.com/aXaVAcTTuJ(@KKMPutrajaya) July 25, 2021
Sumber: Awani
The post Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di Malaysia melebihi 1 juta first appeared on Denaihati.KUALA LUMPUR, (Bernama) — Seorang ketua balai polis yang ditahan selepas dipercayai berhibur di sebuah balai polis di daerah Kajang pada Selasa lepas, digantung kerja mulai hari ini.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad berkata tindakan itu dilaksana selepas hasil ujian air kencing pegawai polis berpangkat Sub Insp itu, didapati positif ganja dan direman dua hari bagi membantu siasatan.
Sementara itu, baki tujuh individu terdiri daripada tiga anggota polis dan empat orang awam turut terlibat dalam serbuan itu dibebaskan dengan jaminan.
“JIPS dalam pada itu masih menjalankan siasatan lanjut berhubung salah laku dan tatatertib anggota terlibat manakala yang lain diserahkan kepada bahagian-bahagian berkaitan untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya kepada Bernama.
Dalam serbuan pada 6 petang itu, selain ketua balai, turut ditahan dua anggota polis berpangkap Koperal dan seorang Koperal Sokongan bersama empat wanita, ketika mereka sedang berhibur di dalam bilik khas di balai polis berkenaan.
Semasa serbuan, polis turut merampas antaranya beberapa botol air disyaki air ketum, botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, mikrofon dan televisyen.
[Terkini] Ketua Balai Polis berhibur di sebuah balai polis digantung kerja mulai hari ini – Bukit Aman@PDRMsia pic.twitter.com/LeEdtYKDNU
— BERNAMA (@bernamadotcom) July 22, 2021
Sumber: Bernama
The post Ketuan Polis Daerah Kajang positif dadah digantung kerja first appeared on Denaihati.Kinshi Tamago is Japanese shredded egg crepe garnish made from a paper-thin omelette (Usuyaki Tamago). Kinshi Tamago (錦糸卵) is Japanese shredded egg crepe garnish made from a paper-thin omelette called Usuyaki Tamago (薄焼き卵). Use it to add color and extra protein to Chirashi Sushi, Hiyashi Chuka, Somen, & more.
READ: Kinshi Tamago (Shredded Egg Crepe) 錦糸卵
A classic Unadon (Japanese Eel Rice Bowl) recipe with sweet caramelized homemade unagi sauce over perfectly grilled unagi and steamed rice.
READ: Unadon (Eel Rice) 鰻丼
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Nazilah bermaksud musibah yang sangat berat. Ia adalah sunat dibacakan ketika terjadinya musibah atau bencana. Sering kita dengar, apabila terjadinya musibah-musibah yang melanda sesebuah tempat, orang Islam akan mengambil inisiatif untuk berdoa kepada Allah melalui qunut ini.
Qunut ini mula dilakukan ketika terjadinya musibah terhadap beberapa orang sahabat Rasulullah SAW yang dibunuh dalam bulan Safar. Ia dikenali sebagai tragedi Ar-Raji.
Apabila Baginda SAW mendengar perkhabaran tersebut, Baginda telah memulakan bacaan qunut selama satu bulan dalam solat fardu bagi mendoakan keburukan terhadap para pembunuh sahabat-sahabat tersebut.
Baca : Dr Zulkifli Hasilkan Buku Panduan Fiqh Covid-19 Dan Himpunan Doa
Selepas itu, qunut tersebut sudah tidak dibaca lagi kecuali hanya dalam waktu fardu Subuh. Namun, apabila terdapat bencana atau musibah besar yang melanda, Baginda mahupun para sahabat lain akan membacanya.
Adapun, hari ini dunia dikejutkan dengan musibah yang begitu berat, iaitu COVID-19. Virus yang melanda ini cukup membimbangkan semua pihak apabila melihat angka kematian mencanak naik dari hari ke hari.
Pelbagai inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan untuk menangani kes ini terutamanya dengan mengarahkan semua orang untuk mengikut arahan Perintah Kawalan PergerakanvPemulihan (PKPP).
Dalam masa yang sama, umat Islam juga disaran memperbanyakkan doa kepada Allah dan diseru menunaikan solat sunat Hajat.
Baca : Covid-19 : Satu Musibah Atau Ujian?
Antara tatacara yang boleh diambil perhatian ialah:
1 – Qunut ini hanya dilakukan dalam solat fardu sahaja dan tidak dilakukan dalam solat sunat. Ia boleh dilakukan pada setiap solat fardu atau pada solat yang dirasakan sesuai buat anda.
2 – Ia boleh dibaca secara berjemaah dan bacaan hendaklah dikuatkan agar makmum boleh mengaminkannya. Ia juga boleh dibaca ketika solat bersendirian dan dengan itu bacaan perlu diperlahankan.
3 – Ia hendaklah dibaca pada rakaat solat yang terakhir semasa iktidal, iaitu selepas bangkit daripada rukuk.
4 – Disunatkan mengangkat kedua telapak tangan ketika berdoa dan tidak menyapu tangan ke muka selepas berdoa. Boleh terus sujud.
5 – Ia bukan termasuk dalam sunat ab’adh. Jadi, tidak perlu melakukan sujud sahwi jika tertinggal membaca qunut nazilah.
6 – Doa yang boleh dibaca:
Ayuhlah sama-sama kita berdoa kepada Allah agar musibah ini segera berakhir dan diangkat dari dunia ini.
Wallahu a’alam.
Baca : Mencegah COVID-19 Merupakan Fardhu Ain
Sumber: Mufti Wilayah
The post Ayuh Bersama Membaca Qunut Nazilah Dalam Menghadapi Musibah COVID-19 first appeared on Denaihati.Hamamatsu Castle was built by the great shogun Tokugawa Ieyasu, who spent 17 years before uniting Japan under his rule.
READ: Hamamatsu Castle 浜松城
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Solat hari raya Haji / korban (Aidiladha) dua rakaat hukumnya sunat, segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir
Khutbah Solat Hari Raya adalah selepas solat. Setelah selesai khutbah, umat Islam digalakkan bersalam-salaman dan menziarahi sanak saudara, jiran tetangga serta sahabat handai tetapi disebabkan kekangan pandemik Covid-19 lebih baik kita bersalaman dan bermaafan dengan ahli keluarga di rumah sahaja.
Khutbah Aidiladha sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya. Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua
Pada suatu hari di waktu petang dengan angin yang sekejap datang dan sekejap pergi. Begitulah lumrah angin. Ada dua orang kawan yang sedang seronok berbual tentang masa hadapan mereka di sebuah taman. Mereka luangkan masa di waktu petang tersebut sebelum masuk waktu berbuka puasa nanti.
Maklumlah mereka puasa sunat Arafah. Sedang rancak mereka berbual, Nazrin mula bertanya dengan kawannya, Fahim.
Kau boleh tolong aku tak? Ajarkan aku cara-cara nak lakukan solat sunat hari raya Adha Adha. Serius, aku lupa wei. Maklumlah solatnya pun setahun sekali kita buat. hehe
Maka, Fahim pun menjawab dengan hati yang tenang kepada kawannya itu,
InsyaAllah boleh sahaja Nazrin. Mari sini aku terangkan satu persatu caranya.
اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا/ إِمَامًا لِلَّهِ تَعَالَى
Lafaz niatnya;
“Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat kerana Allah Taala.”
“Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat makmum kerana Allah Taala.”
“Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat menjadi imam kerana Allah Taala.”
Sunat membaca doa iftitah.
Bacaan tasbihnya adalah seperti berikut;
“Subhanallahi walhamdulillah walailaha illallah wallahuakbar wala hawla wala quwwata illa billahil aliyyih azim.”
Boleh digantikan dengan surah yang lain jika tidak dapat menghafal surah yang ditetapkan ini.
Lakukan seperti biasa.
Lakukan seperti biasa.
Bacaan tasbih sama seperti di atas.
Boleh digantikan dengan surah yang lain jika tidak dapat menghafal surah yang ditetapkan ini.
Lakukan seperti biasa.
Lakukan seperti biasa.
Disunatkan memulakan takbir Hari Raya Aidiladha mulai malam hari raya (10 Zulhijjah) sehinggalah selepas solat Asar (13 Zulhijjah).
Bagi solat secara berjemaah.
Muat turun teks penuh Khutbah Aidiladha 1442H – Pengorbanan (Rumah)
Fahim berkata kepada Nazrin;
Begitulah serba sedikit tatacara solat aidiladha ni, mudah bukan? Kalau kamu risau terlupa rukun-rukun solat ni, lebih baik kamu ikut sahaja bersolat jemaah di masjid atau surau. Pak Imam biasanya akan maklumkan terlebih dahulu tatacara solat ini sebelum memulakan solat. Jangan risau ya, Nazrin.
Raja dengan gembiranya berkata;
Oh, baiklah kalau begitu, terima kasih Fahim. Nanti kalau aku tak balik kampung, dapatlah kita jumpa dekat masjid biasa tu esok ya. Okay lah Fahim. Jom kita pulang, lagipun waktu maghrib nak masuk dah ni. Assalamualaikum.
Muat Turun (Download) Panduan Solat Sunat Aidiladha
Lampiran Teks Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
The post Panduan solat sunat Hari Raya Aidil Adha first appeared on Denaihati.Digital platform membantu lahirkan pelatih jualan dan membuka pelbagai peluang pendapatan.
Pertama seumpamanya di Asia, platform digital pendidikan ini tidak hanya memberi kemudahan kepada golongan tenaga pengajar dan pelajar malah membolehkan janaan pendapatan lumayan penggunanya.
Sehingga kini, MyClaaz.com, platform di web dan aplikasi Android dan Apple mempunyai lebih daripada 15,000 ribu pengguna dan 600 mata pelajaran berdaftar.
Sejak pelancaran platform berkenaan pada Jun 2020, kini terdapat lebih 14,000 transaksi pengguna daripada 20 negara. Menariknya, terdapat kira-kira 100 pengguna yang membuat transaksi lebih daripada 10 kali dalam tempoh setahun berkenaan.
Berdasarkan perkembangan yang memberangsangkan ini, Pengasas Myclaaz.com Dr Zaharuddin Abd Rahman, menyifatkan ia suatu peluang untuk menjana pendapatan dan ilmu serta kemahiran tambahan secara digital buat kalangan tenaga pengajar di platform berkenaan.
“Pendaftaran tenaga pengajar diberikan secara percuma bagi membolehkan mereka menikmati pelbagai faedah. Malah, perkhidmatan pengajaran dan produk pendidikan seperti e-buku, e-nota, soalan ramalan dan video pengajaran mereka boleh dibeli dengan mudah dari seluruh dunia menerusi platform ini,” jelasnya.
MyClaaz®️ adalah platform padanan antara pelajar-tenaga pengajar secara automatik yang memanfaatkan teknologi berasaskan pengenalpastian jarak lokasi serta turut menyediakan ruang digital sebagai pasaran dalam talian untuk sebarang produk pendidikan.
Menurutnya, pembangunan teknologi pendidikan ini bertujuan mempelbagaikan cara golongan pendidik berhubung dengan pelajar tanpa mengira lokasi dengan menawarkan ciri serta perkhidmatan yang inovatif.
Pakar dalam pelbagai bidang profesional serta pencipta modul kursus seharusnya mengambil kesempatan dengan mendaftarkan diri di platform ini tanpa sebarang pembayaran, seterusnya memanfaatkan semua kemudahan Myclaaz.com.
“Golongan sasaran ini boleh mencipta sendiri kerjaya mereka sebagai pengajar, tutor atau pensyarah. Malah kini MyClaaz®️ mempunyai beberapa tenaga pengajar yang mampu menjana sehingga RM300,000 nilai jualan hanya dalam tempoh tiga bulan melalui penjualan tiket pelbagai program pendidikan, e-buku dan bahan pembelajaran mereka,”jelasnya.
Selain itu, platform MyClaaz®️ menyediakan ruang untuk pembayaran kelas secara sekali bayaran dengan harga serendah RM10.
Justeru, golongan daripada pelbagai latar belakang sosio-ekonomi boleh menyertai kelas tanpa komitmen bayaran yang tinggi seperti kelaziman oleh pusat tuisyen atau tutor yang mengenakan syarat kepada pelajar untuk mengikuti pengajian mereka bagi tempoh yang lama.
Ini sekaligus dapat membantu pelajar yang memerlukan bantuan tambahan semasa pandemik untuk memilih subjek tertentu di samping meminta sesi daripada pelbagai tenaga pengajar yang mereka selesa dan yakin.
Platform ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti perkhidmatan pengaturan kelas individu, kelas dalam talian serta penjualan produk termasuk nota, ujian, peperiksaan dalam talian dan tiket acara. Myclaaz.com juga memberi kemudahan kepada tenaga pengajar menjalankan sesi pembelajaran dengan cekap melalui persidangan video berserta ciri tambahan yang membolehkan pelajar merakam sesi pembelajaran dengan lancar.
Bukan itu sahaja, MyClaaz menyediakan platform pembelajaran khusus untuk perniagaan, universiti dan badan pensijilan profesional dalam bentuk kursus pendek melalui laman sesawang sub (www.mycourse.my) dengan harapan ia akan digunakan sebagai platform inovatif untuk menjalani pembelajaran dalam talian pada harga mampu milik.
Penawaran mata pelajaran yang diluluskan di platform ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu mata pelajaran sekolah, mata pelajaran universiti, mata pelajaran umum dan subjek kemahiran profesional.
Myclaaz®️ juga diiktiraf antara pemenang bantuan permulaan Cradle Fund yang membuktikan integriti, reputasi dan kepercayaan pihak kami dalam pemudahan sektor pendidikan.
Selain itu, pengasas syarikat ini yang dikenali sebagai ahli akademik dan tokoh awam terkemuka, Profesor Adjung Dr Zaharuddin Abd Rahman, juga menganggotai beberapa majlis penasihat seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Bermatlamat untuk menjadikan pendidikan lebih inklusif dan fleksibel, Myclaaz®️ juga membantu proses pembelajaran dan penyebaran pengetahuan kepada masyarakat tempatan dan luar negara. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.myclaaz.com, www.mycourse.my hubungi 01158530774 atau hello@myclaaz.com.
The post MyClaaz.com: Memperkasakan pendapatan RM300,000 dalam masa tiga bulan first appeared on Denaihati.Kita masih berada pada 10 hari terawal bulan Zulhijjah dan umum mengetahui akan kelebihan 10 hari terawal ini, yang mana ia merupakan di antara hari-hari yang paling disukai serta dicintai oleh Allah SWT bagi orang yang melakukan amal soleh padanya. Ini merujuk kepada sebuah hadith yang sahih:
Daripada Ibn Abbas R.anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ
Maksudnya: “Tidak ada hari yang mana amal soleh dilakukan padanya lebih dicintai oleh Allah daripada sepuluh hari ini (awal Zulhijjah).” Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Tidak juga berjihad di jalan Allah? Baginda SAW berkata: “Tidak juga berjihad di jalan Allah melainkan seseorang itu keluar dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak kembali (syahid) dengan membawa sesuatu pun.”
[Riwayat Abu Daud (2082)] [Sanad hadith ini adalah sahih mengikut penilaian Syeikh Syu’aib al-Arna’outh]
Tambahan pula, hari ini merupakan hari yang kelapan di dalam bulan tersebut dan ia juga dinamakan sebagai hari Tarwiyah.
Maksud Tarwiyah dan Kelebihannya.
Makna Tarwiyah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Ibn Qudamah di dalam kitabnya mempunyai dua sebab penamaan hari tersebut dengan hari Tarwiyah.
Untuk itu, hari Tarwiyah ini mempunyai dua maksud menurut Imam Ibn Qudamah iaitu hari di mana para jemaah haji mempersiapkan bekalan air sebelum menuju ke Arafah dan yang kedua adalah hari di mana Nabi Ibrahim AS mendapat wahyu daripada Allah SWT untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Mimpi tersebut telah membuatkan Nabi Ibrahim AS tertanya-tanya pada dirinya.
Adapun berkaitan kelebihan hari ini, di sana terdapat sebuah hadith yang menyatakan bahawa berpuasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa selama setahun. Manakala berpuasa pada hari Arafah pula akan menghapuskan dosa selama dua tahun.
Dikatakan bahawa Rasululah SAW telah bersabda,
صَوْمُ يَوْمِ التَّرْوِيَةِ كَفَّارَةُ سَنَةٍ، وَصَوْمُ يَوْمِ عَرفَةَ كَفَّارَةُ سَنَتَيْنِ
Maksudnya: “Puasa pada hari Tarwiyah akan menghapuskan (dosa) selama setahun dan puasa pada hari Arafah pula akan menghapuskan (dosa) selama dua tahun.”
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam al-Dailami di dalam kitabnya Musnad al-Firdaus [2/248]. Para ulama berbeza pandangan dalam menilai hadith ini. Sebahagian mereka menilai status hadith ini adalah dhaif sebagaimana yang dinilai oleh Imam al-Suyuthi dan juga Imam al-Busiri. Tambahan pula, terdapat perawi di dalam sanad hadith ini dianggap sebagai pendusta. Sementara itu juga, terdapat perawi yang dinilai sebagai majhul (tidak dikenali). Ini kerana, Imam Ibn al-Jauzi menilai hadith ini sebagai palsu dan begitu juga Imam al-Syaukani serta Imam Ibn ‘Arraq al-Kinani.
Oleh itu, kami cenderung kepada pandangan yang mengatakan bahawa hadith ini tidak sahih kerana di dalam sanadnya terdapat perawi yang dinilai sebagai pendusta serta terdat juga perawi yang majhul.
Walaupun begitu, sebahagian ulama yang menilai hadith ini sebagai dhaif telah menjadikannya (hadith ini) sebagai dalil terhadap kelebihan berpuasa pada hari Tarwiyah. Ini kerana, sebahagian ulama membenarkan seseorang untuk beramal dengan hadith yang dha’if (lemah) di dalam bab fadhail al-A’mal selagimana ia tidak berkaitan dengan permasalahan aqidah atau hukum.
Justeru, tidak terdapat hadith yang sahih menceritakan amalan tertentu yang boleh dilakukan pada hari Tarwiyah melainkan ia termasuk di dalam umum hadith yang menceritakan akan kelebihan melakukan amal soleh pada 10 hari terawal bulan Zul al-Hijjah dan ia juga termasuk di dalam kelebihan beramal pada bulan-bulan Haram. Berpuasa atau ibadat-ibadat yang lain merupakan salah satu daripada bentuk amal soleh maka ia termasuk di dalam umum hadith.
Penutup
Kesimpulannya, hari Tarwiyah merupakan hari yang kelapan di dalam bulan Zul al-Hijjah dan tidak ada dinyatakan kelebihan yang khusus atau amalan yang khusus untuk dilakukan pada hari tersebut berdasarkan kepada hadith-hadith yang sahih. Akhirnya, semoga Allah SWT menerima segala amal soleh yang kita lakukan pada hari-hari yang dicintai oleh Allah SWT ini. Amin.
Wallahua’lam
Sumber: Mufti Wilayah
The post Apakah Hari Tarwiyah dan kelebihannya? first appeared on Denaihati.Apa sudah jadi dengan dua tokoh dan idola rakyat Malaysia, personaliti dakwah Ebit Lew dan penyanyi rap Caprice apabila secara tiba-tiba hubungan mereka menjadi dingin.
Kekusutan antara mereka mula disedari selepas Caprice atau Ariz Ramli, 33, berkongsi mesej panjang lebar yang dihantarnya bagi menegur perilaku Ebit ketika dalam misi kemanusiaan di Gaza baru-baru ini.
Menurut Caprice tindakan Ebit menggunakan kanak-kanak malang di bumi Palestin sebagai bahan kandungan media sosial adalah sesuatu yang tidak wajar.
"Salam ustaz, minta maaf tapi Caprice dah simpan rasa ni dekat satu minggu dah, Caprice rasa kena tegur ustaz depan-depan dulu.
"Ada beberapa pihak yang tak senang tengok gambar-gambar ustaz yang hanya highlight orang dan budak miskin.
"Caprice bagi contoh budak ni kena ambil gambar dua kali terima mainan. Apabila orang Palestin tanya kenapa ustaz yang famous di Malaysia buat macam ni, Caprice pun tak tahu macam mana nak jawab," katanya menerusi mesej yang dipercayai dihantar ke aplikasi WhatsApp Ebit.
Namun dakwa Caprice mesej teguran berkenaan tidak dilayan pendakwah bebas yang terkenal dengan pelbagai misi bantuan itu.
Menerusi siri perkongsian di Instastory, Caprice turut berkongsi foto Ebit bersama seorang kanak-kanak yang diberikan mainan dalam dua sudut yang berbeza.
Difahamkan foto berkenaan menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak di Palestin.
"Caprice adalah penyokong nombor satu ustaz selama ni, fasal mainan tu kecoh selepas orang Gaza tanya tentang hal berkenaan.
"Budak miskin yang sama terima mainan sama tapi kena pose untuk kamera dua kali.
"Orang Gaza soal kenapa nampak macam photoshoot? Sudah la selama ni mereka tahu ada banyak kes berlaku macam ni," katanya.
Susulan teguran terbuka itu, Caprice turut mendedahkan dia juga sudah disekat daripada mengikuti akaun Instagram Ebit di Instagram.
Caprice berangkat ke Palestin pada 24 Jun lalu bagi menyertai misi bantuan ke Gaza.
Sumber: Mstar Online