Sekarang ni musim semua rakyat Malaysia mendapatkan suntikan vaksin covid-19 malah satu dunia tengah berusaha untuk memastikan rakyatnya mendapat vaksin dengan baik, tujuannya adalah untuk mengekang daripada wabak ini terus tersebar.
Umum, kita semua mengetahui jumlah harian positif covid-19 di Malaysia semakin meningkat dengan jumlah tertinggi sebanyak 17 ribu lebih.
Walaubagaimana pun, ada juga orang yang takut kena suntik vaksin. Berikut adalah perkongsian daripada Dr Samhan di laman twitternya.
Trypanophobia
Siapa takut kena suntik vaksin? Pernah tak dengar Trypanophobia?
Trypanophobia adalah keadaan di mana seseorang mengalami ketakutan yang berlebihan akan tindakan yang melibatkan suntikan dan tindakan yang berhubungan dengan jarum suntik.
Secara zahirnya semua orang takut jarum suntikan tetapi trypanophobia adalah ketakutan yang melampau.
Seseorang itu didiagnos sebagai menghidap trypanophobia apabila individu itu cepat menunjukkan rasa takut apabila melihat jarum suntikan.
Tahap rasa takut ni sampai pengsan, berasa pening, loya, muntah, berpeluh dan berdebar-debar.
Rasa takut ini boleh berterusan sekurang-kurangnya selama enam bulan dan seboleh-bolehnya mereka ini akan mengelakkan diri daripada melihat jarum suntikan.
Individu yang menghidap fobia ini diketahui akan mengelakkan diri daripada pergi ke klinik atau hospital meskipun mempunyai penyakit yang memerlukan rawatan.
Malahan, individu ini juga akan enggan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Mereka bukan antivaksin tapi fobia dengan suntikan jarum.
Nasihat Dr kepada mereka yang takut jarum;
1. Boleh latih diri mereka untuk relaks dan melakukan senaman pernafasan. Tarik nafas dalam masa 5 saat, tahan nafas 5 saat dan hembus dalam masa 5 saat.
2. Alih perhatian semasa suntikan seperti bercakap dengan rakan atau ahli keluarga, atau bercakap dengan mereka menerusi telefon.
3. Alih rasa sakit dengan letakkan pek ais di tempat suntikan sebelum disuntik untuk kurangkan rasa sakit.
4. Beritahu doktor yang kalian ada masalah takut jarum. Mereka akan beri bantuan yang sepatutnya.
Begitulah.
Kredit: Dr Samhan
The post Trypanophobia, takut dengan jarum punca tak pergi suntik vaksin – Dr Samhan first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/37cfFFo
via Denaihati.com