Sunday, 25 July 2021

Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di Malaysia melebihi 1 juta

KUALA LUMPUR: Angka jangkitan baharu COVID-19 mencatatkan 17,045 kes dalam tempoh 24 jam lalu, rekod tertinggi sejak pandemik ini bermula.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini ialah 1,013,438.

Selangor masih menjadi penyumbang kes harian tertinggi dengan 8,500 kes diikuti Kuala Lumpur (2,045), Kedah (1,216), Johor (950) dan Sabah (818).

Dalam pada itu, KKM turut memaklumkan sebanyak 9,683 kes sembuh dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 844,541.

Daripada jumlah kes harian, hanya enam kes import manakala 17,039 pula merupakan penularan tempatan.

KKM turut merekodkan 92 kematian hari ini menjadikan jumlah kumulatif korban akibat COVID-19 meningkat kepada 7,994 kes.

Sementara kes yang memerlukan rujukan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 970 kes, manakala 501 pesakit lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sumber: Awani

The post Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di Malaysia melebihi 1 juta first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/3x8CBzY
via Denaihati.com