Friday, 16 July 2021

WHO beri amaran varian baharu lebih merbahaya

Menurut Vocket, sejak mulai pandemik COVID-19 menyerang dunia, dapat dilihat wabak ini seolah tida pernah berhenti dan terus bermutasi kepada varian baharu yang lebih bahaya dalam mengancam nyawa orang ramai.

Menerusi laporan terbaharu daripada Jawatankuasa Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pihak mereka tampil memberi amaran mengenai kehadiran varian baharu COVID-19 yang dikatakan lebih merbahaya dan dijangka menular ke seluruh dunia membuatkan wabak ini lebih sukar untuk dihentikan.

Menurut jawatankuasa WHO, Didier Houssin, beliau mengakui pandemik ini seolah tidak akan selesai serta memaklumkan trend terkini sememangnya membimbangkan.

Setakat ini, terdapat empat varian yang menular di peringkat global terdiri daripada Alpha, Beta, Gamma dan Delta. Dalam pada itu, jawatankuasa itu turut mengingatkan ramai terdapat kemungkinan besar munculnya varian baharu yang lebih merbahaya dan sukar dikendalikan.

Pihak WHO menasihati keperluan menjalankan vaksinasi sekurang-kurangnya 10 peratus populasi setiap negara menjelang September dalam mengekang penularan wabak merbahaya ini.

Sumber: Vocket

The post WHO beri amaran varian baharu lebih merbahaya first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/3z0vc78
via Denaihati.com