PUTRAJAYA – Pembukaan semula masjid dan surau di Wilayah Persekutuan bermula esok perlu direbut untuk mengimarah rumah ibadat umat Islam itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pembukaan semula yang mengikut keluasan dan solat telah dimaklumkan dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Tegas beliau, apa yang penting jemaah perlu mematuhi prosedur standard operasi (SOP) dengan ketat bagi mengelakkan penularan Covid-19.
“Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sudah keluar kenyataan dan ada 300 org dibenarkan masjid utama, ada 100 orang, ada 50 orang dan 40 orang di mana ikut keluasan masjid.
“Yang penting jemaah jaga penjarakan sosial dan selamat dari virus Covid-19 dengan patuh SOP seketat mungkin,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melepaskan Misi Bantuan Ihsan : Panggilan Pulau ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian di Kompleks Islam di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Zulkifliti turut menyeru umat Islam dapat mengunjungi masjid selepas ia dibenarkan dibuka semula.
“Saya berharap semua dapat kunjung masjid yang telah daftar kerana imarah masjid adalah wajib sebagai orang Islam.
“Allah pun suruh imarah dan sepatutnya kita imarah masjid dengan datang ke masjid terutama solat Jumaat fardhu, di mana yang penting ikut SOP,” katanya.
Sementara itu, Misi Bantuan Ihsan : Panggilan Pulau ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian oleh anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
Misi itu dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terengganu (APM) akan menyatuni 700 keluarga di dua pulau berkenaan.
Menerusi misi itu, MAPIM Malaysia menghantar 1000 kotak bantuan, 500 set lampin bayi, dan 500 set susu pelbagai serta bantuan asas lainnya.
Sumber: MalaysiaGazette
The post Masjid dan Surau di Wilayah Persekutuan dibuka esok – Zulkifli first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/3xoXlEI
via Denaihati.com