Seringkali kita berbicara mengenai takwa, namun tahukah anda apa itu maksud sebenar di sebalik ungkapan takwa?
Ia adalah sebuah perbuatan taat kepada Allah dengan melakukan setiap perkara yang disuruh dan meninggalkan segala larangan yang ada.
Namun, sekadar mana seseorang itu perlu taat kepada Allah dan perlu patuh akan aturan yang ada?
Adakah perlu patuh pada tahap tidak meninggalkan segala solat sunat yang diajar oleh Baginda SAW?
Atau juga bersedekah sehingga tiada lagi harta yang tersisa buatnya?
Ada sebuah konsep yang dibahaskan ulama, iaitu bertakwalah sekadar kemampuan diri sendiri. Tidak perlu membandingkan diri dengan orang lain atau melakukan amalan di luar batasan sendiri.
Kemampuan diri setiap manusia berbeza-beza. Ada yang mampu menunaikan solat di awal waktu, namun mereka kekurangan harta untuk bersedekah.
Ada yang tidak mampu menunaikan solat di awal waktu, namun mereka boleh bangun malam untuk melakukan qiamullail.
Dan ada yang tidak mampu bersedekah dengan nilai wang berjuta-juta tetapi mereka boleh mencari saluran yang betul untuk menyampaikan sumbangan.
Setiap kemampuan yang Allah berikan kepada diri manusia adalah sesuai dengan dirinya sendiri. Sebagaimana dalam firman Allah yang berbunyi;
Mafhum: “Oleh itu, bertakwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya).” (Surah At-Taghabun, 64:16)
Takwa itu perlu diletakkan sehabis baik, bukan sekadar ala kadar. Begitulah juga kita dengan kehidupan yang dilalui.
Kehidupan ini adalah anugerah dari Allah untuk dilalui dengan baik. Bagaimana ia akan dijalani dengan baik jika diri sendiri tidak meletakkan sehabis daya untuk berjuang terhadap hidupnya.
Dalam beribadah, beramal kepada Allah, bekerja, menyara ahli keluarga dan sebagainya, ia perlu dilakukan dengan sehabis daya dan usaha yang penuh.
Keupayaan itu tidak boleh dipaksa kerana setiap manusia punya kekurangan dan kelemahannya sendiri.
Namun, usaha yang jitu perlu diletakkan ke atas setiap perkara yang dilakukan agar hasil yang diperoleh itu adalah hasil yang memuaskan.
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM700 manakala RM350 kepada sejuta pesara.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan khas itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.3 bilion.
Selain itu, bagi mengiktiraf pengorbanan penjawat awam khususnya petugas barisan hadapan, beliau berkata gantian cuti rehat (GCR) turut dinaikkan daripada maksimum 150 hari kepada 160 hari.
“Di samping itu, kerajaan juga akan melaksanakan kemudahan membenarkan penebusan awal GCR sehingga 50 peratus atau 80 hari.
“Kemudahan ini mengambil kira keperluan penjawat awam seperti menunaikan haji atau membiayai pengajian tinggi anak,” katanya ketika mebentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam perkembangan sama, Tengku Zafrul berkata kerajaan turut memberikan bayaran insentif sebanyak RM200 kepada Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 dan Pembantu Perawatan Kebajikan Gred U11 dan U14 yang bertugas di 24 institusi kebajikan yang terlibat secara langsung dalam perkhidmatan menjaga dan merawat penghuni warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan pesakit mental.
Kerajaan juga bercadang untuk menambah baik beberapa kemudahan anggota perkhidmatan awam antaranya, menurunkan kadar keuntungan skim pembiayaan komputer dan telefon pintar untuk penjawat awam daripada empat kepada dua peratus.
Selain itu, Tengku Zafrul berkata kerajaan akan memperuntukkan RM365 juta antaranya bagi menyelenggara kuarters dan bangunan guna sama di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah.
“Selain itu, meneruskan inisiatif Perlindungan Kemalangan Diri sehingga RM100,000 untuk manfaat 40,000 peminjam baharu LPPSA. Skop perlindungan ini akan diperluas dengan penambahan tiga jenis perlindungan baharu merangkumi hilang upaya separa, sebahagian dan kekal, badal haji serta perbelanjaan pemulihan kecederaan disebabkan kemalangan.
“Meningkatkan Kadar Bayaran Insentif Pengawasan Banduan daripada 150 kepada RM200 sebulan yang bakal memanfaatkan lebih 14 ribu pegawai penjara. Sebagai tambahan, elaun ini juga dipanjangkan kepada 775 pegawai kader di institusi penjara yang terlibat dalam tugas pengawasan banduan.
“Dalam masa yang sama, meningkatkan Elaun Penugasan Sukarelawan Simpanan Polis (atau PVR) daripada RM7.80 sen kepada RM9.80 sen sejam untuk pegawai; dan daripada RM6 kepada RM8 sejam untuk anggota. Kenaikan ini bakal memanfaatkan hampir 10,000 PVR,” ujarnya.
KUALA LUMPUR: Bajet 2022 yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat bakal mengambil kira daripada semua pihak dan dijangka akan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat termasuk peniaga.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan menerusi Kementerian Kewangan juga memperkenalkan portal Cadangan Bajet dan telah menerima lebih 50,000 ribu cadangan daripada orang ramai.
Malah, menurutnya bajet kali ini juga mengambil kira pandangan serta cadangan wakil rakyat daripada blok pembangkang.
“Semua cadangan atau pun pandangan cadangan tersebut digunakan sebagai asas untuk menggubal untuk merangka bajet tersebut. Jadi bajet ini dikira mengambil semua padangan daripada rakyatlah, semua sekali tak kira siapa,” jelasnya pada sesi Wawancara Bajet 2022 Bersama Perdana Menteri dengan media tempatan di ibu negara, hari ini.
Bajet kali ini juga jelasnya berteraskan tiga prinsip Keluarga Malaysia iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.
Selain itu ia memberikan tumpuan kepada strategi 3M iaitu Memulih kehidupan, Membina semula daya tahan dan Memangkin pembaharuan.
Tambah Datuk Seri Ismail bantuan langsung secara tunai juga akan diteruskan seperti sebelumnya dalam Bajet 2022.
“Bajet yang lepas banyak insentif dan sumbangan diberikan langsung kepada rakyat secara tunai dan sebagainya, perkara yang sama kita akan teruskan. Seperti saya kata tadi, walaupun pandemik sedang berakhir, saya difahamkan banyak yang dalam tabung dalam bank dan sebagainya sudah tiada simpanan lagi.
Bajet 2022 ini turut memberi fokus terhadap masalah kadar pengangguran disebabkan pandemik COVID-19.
Jelasnya, walaupun statistik menunjukkan jumlah peratusan yang semakin menurun namun kerajaan akan tetap berusaha untuk memastikan mereka yang terjejas akan mendapat semula peluang untuk bekerja.
“Pengangguran sudah dapat diturunkan daripada 5.3 peratus pada Mei 2020 kepada 4.6 peratus pada Ogos 2021. Jadi, kalau kita boleh perancangan kita adalah menurunkan lagi kadar pengangguran, kalau (boleh) 4 peratus ke bawah dianggap tiada pengangguran,” jelasnya.
Sektor pendidikan, kesihatan dan keselamatan adalah antara yang terbesar akan dibelanjakan dalam Bajet 2022.
Jelasnya, ia bagi memastikan suasana pembelajaran pelajar-pelajar di negara ini sentiasa kondusif selain memastikan usaha berterusan dalam memperkasakan sektor kesihatan awam negara.
Malah jelasnya sektor kesihatan akan diberi penekanan sehingga merangkumi aspek fizikal dan juga aspek pembangunan dan penyelidikan.
“R&D kesihatan ini mesti diperkasakan. Sebagai contoh kita mengharapkan vaksin daripada negara lain, pernah satu ketika tempahan kita untuk vaksin itu berlaku kelewatan yang memberi kesan kepada kita. Jadi kalau kita boleh mengeluarkan vaksin sendiri untuk COVID-19 kita bukan sahaja mampu digunakan untuk rakyat kita tetapi juga boleh kita eksport ke negara lain yang memerlukanya,” katanya.
Turut diberi tumpuan katanya adalah membabitkan soal merancakan kembali sektor mikro di negara ini yang begitu teruk menerima kesan daripada pandemik COVID-19.
Katanya, Bajet 2022 akan menyediakan insentif besar untuk pemain industri dalam sektor tersebut bagi membolehkan mereka mampu kembali membawa produk mereka ke pasaran seperti sebelum ini.
“Mereka tidak mampu meneruskan perniagaan kerana tiada modal lagi, ketiadaan modal peniaga-peniaga mikro ini. Jadi memang kita telahpun bukan merancang (tetapi) telahpun bersedia untuk membantu mereka untuk memulakan semula perniagaan (untuk modal permulaan perniagaan).
“jadi kita ada, ada di dalam bajet ini cuma saya tidak boleh umumkan tetapi ada khusus untuk membantu perniagaan mikro, kecil dan sederhana,” jelasnya.
Bajet 2022 dijadualkan akan dibentangkan Jumaat (29 Oktober) ini oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz.
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan trend penurunan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini apabila mencatat penurunan kes sejak Minggu Epidemiologi (ME) ke-34.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pada ME ke-42 dari 17 Okt hingga 23 Okt, kes baharu COVID-19 menurun 20.7 peratus daripada 52,321 kes dalam (ME ke-41) kepada 41,508 kes semasa ME ke-42.
“Purata kes aktif juga menunjukkan penurunan 21 peratus daripada 105,497 kes (ME ke-41) kepada 83,605 kes (ME ke-42) sementara kes kematian menurun 16.4 peratus daripada 593 kes (ME ke-41) kepada 496 kes (ME ke-42).
“Bagi kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula menurun 16.5 peratus iaitu 684 kes (ME ke-41) kepada 571 kes (ME ke-42), sementara kes memerlukan bantuan pernafasan menurun 14.4 peratus iaitu 292 kes (ME ke-41) kepada 250 kes (ME ke-42) dengan kadar kebolehjangkitan (RT) kekal stabil sekitar nilai 0.88,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, beliau berkata sebanyak 56 kluster dilaporkan pada ME ke-42 melibatkan tempat kerja (35), komuniti (sembilan), pusat pendidikan (tujuh), kumpulan berisiko tinggi (tiga) dan keagamaan (dua)
Menjelas lanjut, Dr Noor Hisham berkata secara kasar, negara-negara di Asia Tenggara menunjukkan trend penurunan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini namun dua negara jiran iaitu Singapura dan Brunei menunjukkan trend peningkatan kes COVID-19.
Katanya kedua-dua negara itu menunjukkan kadar kes bagi setiap satu juta penduduk yang lebih tinggi berbanding Malaysia (180.91 kes) iaitu pada kadar 584.86 kes (Singapura) dan 499.88 kes (Brunei).
“Justeru walaupun Malaysia menunjukkan penurunan kes, pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) perlu terus diamalkan bagi mengelak peningkatan kes seperti negara-negara jiran setelah pembukaan sektor pendidikan dan ekonomi yang lain,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) memperuntukkan 28,832 katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), 15,241 katil wad biasa, 1,374 katil wad ICU dan 2,861 alat bantuan pernafasan bagi merawat pesakit COVID-19, kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.
Katanya penggunaan katil di PKRC dan katil di wad biasa dan ICU menunjukkan trend penurunan sekitar empat hingga lapan peratus pada ME ke-42 berbanding ME ke-41.
Mengenai kes harian, Dr Noor Hisham berkata kes baharu COVID-19 menurun kepada 4,782 kes hari ini daripada 5,666 kes semalam, manakala 7,414 kes sembuh direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.
Beliau berkata enam kluster baharu direkodkan hari ini melibatkan tiga tempat kerja, dua institusi pendidikan dan satu komuniti.
California central coast is full of natural wonders, the roaring ocean, inviting beaches, and breathtaking sunsets. Join us as we road trip through the central coast and discover its charms.
Marinated in just mirin and soy sauce for two days, this simple and delicious Mirin Salmon recipe is a must-keep for a weeknight dinner! Don’t we all love an easy and quick recipe that feeds family with just a few pantry ingredients? I do, and that’s why I’m excited to share today’s recipe with you! ...
Istilah rahsia untuk berjaya sebenarnya sudah tidak wajar digunakan dan ia perlu digantikan dengan perkataan lain kerana ia bukan lagi rahsia.
Rahsia itu apabila hanya diri kita sendiri sahaja yang mengetahui, namun berkenaan tips untuk berjaya, sudah terlalu banyak yang dihebahkan sehingga ia bukan lagi rahsia.
Kita terlalu taksub dengan rahsia untuk berjaya sehingga kita sering mencari tips daripada orang sekeliling mengenainya sedangkan, jika digabungkan tips yang diperoleh, semuanya adalah sama.
Yang membezakannya adalah bagaimana seseorang individu tersebut mengamalkan tips itu.
Dan pokok pangkalnya adalah bergantung kepada anda sendiri. Bagaimana anda mengambil dan menyerap tips tersebut untuk digunakan.
Mencari tips sahaja tidak memadai jika ia hanya diperam dan tidak digunakan. Ataupun jika anda bersikap suka menangguhkan sesuatu dan berfikir – “Tidak mengapalah, nanti aku atur strategi. Sekurangnya, rahsia kejayaan sudah ada dalam genggamanku.”
Sikap-sikap seperti inilah yang perlu dibuang jauh-jauh dari diri anda kerana ‘rahsia’ terbesar orang yang berjaya adalah dengan memulakan langkah, bukan menunggu dan terus menunggu.
Antara tips kejayaan yang dikongsi dan tidak boleh diabaikan oleh anda adalah;
1 – Pasang matlamat dan sentiasa ingatkan diri anda mengenai apa yang ingin dicapai.
2 – Disiplin diri adalah keutamaan kerana orang malas sukar untuk meraih kejayaan. Jalan menuju kejayaan pastinya berliku-liku. Dan ia hanya boleh dilalui oleh orang yang rajin berusaha.
3 – Selesaikan masalah yang melanda secara perlahan-lahan. Fokus pada satu-satu perkara agar ia tidak menyerabutkan diri anda sehingga boleh menyebabkan anda hilang fokus terhadap perkara utama.
4 – Jangan bertangguh dan selesaikan pekerjaan sedikit demi sedikit.
5 – Amalkan gaya hidup yang sihat seperti bangun pada awal pagi.
6 – Latih diri anda berfikir dengan mencari idea-idea yang kreatif. Ingat, orang yang berfikir selalunya akan maju 10 langkah ke hadapan.
7 – Anda tidak boleh buang negativiti di sekeliling anda, namun anda boleh menghadapinya dengan menyesuaikan keadaan diri sendiri. Minda anda memainkan peranan yang penting dalam menguruskan tekanan sekeliling.
8 – Jika wujud pemikiran negatif dari diri anda, jangan dilayan terlalu lama. Sekejap sahaja sudah memadai kemudian buang ia jauh-jauh. Jika perlu, minta pandangan daripada orang sekeliling.
9 – Sabar kerana tiada perkara yang mudah dalam kehidupan ini.
Tiada masalah untuk anda terus mencari tahu ‘rahsia’ daripada orang berjaya kerana ia boleh dijadikan sebagai pembakar semangat untuk mengorak langkah.
Namun, dalam masa itu, teruskan mengatur langkah agar suatu hari nanti, orang lain juga boleh datang kepada anda untuk meminta ‘rahsia’ kejayaan daripada anda.
Berada dalam ekonomi yang tidak menentu disebabkan pandemik yang masih lagi belum sembuh pasti menggusarkan hati kita.
Bagaimana jika bakal kehilangan kerja atau bagaimana jika sumber kewangan terputus atau bagaimana untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran diri; persoalan-persoalan ini pasti pernah menjengah di pemikiran anda.
Persaingan yang sengit ditambah pula dengan masalah yang melanda membuatkan kita perlu meletakkan usaha sebanyak 200 peratus agar nasib dan rezeki boleh menyebelahi diri sendiri.
Perkara inilah yang membuatkan manusia hari ini berlumba-lumba berjuang untuk meneruskan kehidupan walau dengan apa jua cara.
Usaha itu penting, namun kebergantungan kepada Allah juga amat penting kerana rezeki itu datang dariNya.
Disebabkan itu, dalam kita menabur usaha, yang paling penting juga untuk dilakukan adalah dengan berdoa.
Doa yang menjadikan diri kita semakin kuat dan tenang menghadapi ujian. Jangan ditinggalkan doa terutamanya doa untuk diberi rezeki yang melimpah ruah dan mencukupi.
Antara doa agar dikurniakan rezeki yang boleh diamalkan adalah:
Maksud: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kefakiran, kemiskinan, kehinaan dan aku berlindung kepadaMu jangan sampai aku menzalimi atau dizalimi.” (HR Ahmad, no. 8053)
Maksud: “Ya Allah, tuhan yang menguasai langit yang tujuh, Rabb yang menguasai ‘Arsy yang agung, Rabb kami dan Rabb segala sesuatu. Rabb yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah, Rabb yang menurunkan kitab Taurat, Injil dan Furqan (Al-Quran). Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya (semua makhluk atas kuasa Allah).
Ya Allah, Engkaulah yang awal, sebelumMu tiada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelahMu tiada sesuatu. Engkaulah yang lahir, tidak ada sesuatu di atasMu. Engkaulah yang batin, tidak ada sesuatu yang luput dariMu. Lunasilah hutang kami dan berilah kami kekayaan (kecukupan) hingga terlepas dari kefakiran.” (HR Muslim, no. 2713)
Maksud: “Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat (bagi diriku dan orang lain), rezeki yang halal dan amal yang diterima (di sisiMu dan mendapatkan ganjaran yang baik).” (HR Ibnu Majah, no. 925. Disahihkan oleh Al-Hafizh Ibnu Tahir)
Maksud: “Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram dan cukupkanlah aku dengan kurniaMu dari bergantung pada selainMu.” (HR Tirmizi, no. 3563)
Maksud: “Ya Allah, perbanyakkanlah harta dan anakku serta berkatilah kurnia yang Engkau beri. Panjangkanlah umurku dalam ketaatan padaMu dan baguskanlah amalku serta ampunilah dosa-dosaku.” (HR Bukhari, no. 1982)
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).
Surah al Hujurat, ayat 13.
Kita berada di dunia yang penuh dengan kepelbagaian, bukan setakat warna kulit, bangsa, jenis fizikal malah personaliti juga.
Ramai orang tersalah anggap dengan personaliti yang banyak bercakap adalah orang yang berjaya dan yang banyak berdiam ni, sering dirisaukan. Takut-takut tak pandai bergaul atau mundur dan tidak berjaya
Kenali dua jenis personaliti yang mempunyai takung sosial yang berbeza.
Ekstrovert : takung sosial yang banyak
Introvert : takut sosial yang sedikit
Bagi golongan introvert, ibu bapa yang paling memainkan peranan untuk kenalpasti jenis introvert anak sejak kecil dan cuba untuk bentuk mereka tanpa menganggu kantung sosial mereka yang sedikit itu.
Ini 4 jenis introvert
Introvert Sosial (Social Introvert)
Stereotaip mengenai kaum introvert, iaitu tak suka bergaul dengan orang ramai (maksimum 3-4 orang sahaja) dan lebih gemar bersendirian. Mereka juga sering & disalahfaham sebagai seseorang yang pemalu dan janggal dalam suasana interaksi sosial, walaupun sebenarnya tidak.
Golongan in bukan pemalu atau pendiam, tetapi memang gemar bersendirian dan mereka tak ada masalah untuk keluar berjalan berseorangan, pergi tengok wayang seorang diri atau keluar makan tanpa kawan. Mereka memilih untuk menyendiri, dan boleh saja bersosial
tetapi hanya jika perlu.
Introvert Berfikir (Thinking Introvert)
Mereka in biasanya banyak berfikir, berimaginasi dan menganalisis. Mereka lebih seronok menggerakkan idea dan pemikiran (thought), berbanding bersuara (voice). Mereka tiada masalah untuk kekal bertenaga dalam persekitaran sosial orang ramai, tetapi akhirnya mereka tidak banyak bercakap dan lebih banyak berfikir atau menganalisis.
Kekuatan mereka pada idea, penulisan, data dan pemikiran Idea yang dicerna oleh mereka berlainan daripada kebiasaan dan seringkali mampu membuat orang lain terpaku, terkelu dan tersentap. Mereka melihat dunia ini dengan perspektif yang unik dan kaya dengan imaginasi sendiri berdasarkan informasi yang pernah dihadam melalui tontonan filem, bacaan buku, mendengar podcast dan sebagainya.
Dengan menjadi ubi yang diam-diam berisi, mereka melahirkan semula idea tersebut dalam bentuk yang unik dan berkuasa, kerana ia hasil daripada gabungan sisi yang baik-baik oleh pelbagai jenis ilmu.
Introvert Gementar (Anxious Introvert)
Berbeza dengan introvert sosial, introvert gementar ini sengaja mengasingkan diri daripada apa-apa suasana sosial kerana ketakutan dan kejanggalan, terutama apabila berhadapan dengan individu yang langsung tak dikenali. Tahap keresahan mereka juga amat tinggi apabila berada dalam khalayak ramai, dan tidak berkurangan juga walaupun sudah berseorangan kerana risaunya dengan apa-apa kemungkinan yang boleh berlaku, atau berfikir-fikir andai dapat diputar kembali masa ke pertemuan tadi dan ubah apa-apa yang patut.
Mereka inilah golongan introvert yang kita selalu sebut sebagai pemalu, tak pandai bersosial, pendiam dan sebagainya. sebab itu buku, filem, rancangan televisyen dan sebagainya ialah kawan baik mereka.
Golongan ini perlu belajar lebih banyak mengenai konsep mengendali keresahan dir dan menenangkan fikiran yang terlalu banyak berfikir, agar tidak terjatuh ke fasa keresahan melampau. Namun kehebatan mereka ini, apabila sudah ada kawan yang rapat, mereka akan sangat menjaga hubungan tersebut dan menghargai persahabatan yang dibina. Malah, mereka ialah kawan yang sangat baik dan perlu dihargai kerana sangat susah dijumpai.
Introvert Tenang (Restrained Introvert)
Golongan introvert yang lain daripada tiga di atas, mereka kelihatan bersifat ‘pasif’ dan ‘tenang’. Kesabaran dan ketenangan yang tinggi membuatkan mereka menjadi seseorang yang berfikir dahulu sebelum bertindak apa-apa.
Setiap tindakan mereka, pasti dimulai dengan berfikir dahulu. Mereka mampu untuk tekan butang pause sebelum membuat sesuatu dan mencari cara terbaik untuk bersuara dan bertindak. Mereka ini bukan jenis spontan, kelam-kabut atau exploding seperti sesetengah orang ekstrovert.
Golongan keempat ini sangat sesuai menjadi ketua, kerana kematangan mereka dalam setiap tindakan (yang datang dengan berfikir dahulu). Biasanya untuk mengenal mereka ini, jenis yang diam dan banyak mendengar pandangan orang dalam kumpulan dahulu, kemudian apabila mereka bersuara, akan tinggi peratusan untuk dipersetujui dan dikagumi dengan karisma mereka.
Namun, akhirnya mereka ini tetap sejenis introvert, bermaksud mereka mempunyai limitasi yang lebih rendah berbanding ekstrovert apabila melibatkan diri dalam suasana sosial. Mereka tetap memerlukan masa berseorangan untuk mengecas semula tenaga dalaman, selepas selesai keperluan mereka untuk berinteraksi dengan orang sekeliling.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil pendekatan tidak membenarkan kebebasan tertentu dinikmati individu yang lengkap divaksin kepada kumpulan antivaksin, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kebebasan yang disekat itu hanya dituju kepada mereka yang enggan menerima vaksin COVID-19.
Beliau berkata terdapat dua kumpulan yang harus dibezakan iaitu mereka yang tidak boleh menerima vaksin disebabkan masalah kesihatan dan mereka yang enggan menerima vaksin.
“Dimaksudkan di sini bukan kita…kerajaan yang menyusahkan mereka (kumpulan antivaksin) tetapi sebenarnya pilihan mereka yang menyusahkan mereka sendiri iaitu mereka tidak mengambil vaksin, enggan menerima vaksin, tidak ingin mendengar hujah saintifik dan akhirnya tidak akan mendapat kebebasan yang sama seperti rakyat dan penduduk yang telah menerima vaksin.
“Kita akan teruskan pendekatan ini dan saya telah galakkan supaya ada sekatan di peringkat sektor maksudnya sektor perkhidmatan awam, swasta dan sebagainya sebelum kita memikirkan langkah yang lebih menyeluruh seperti mewajibkan dari segi undang-undang untuk menerima vaksin,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di sini hari ini.
Justeru, Khairy berharap dengan adanya sekatan kebebasan itu, ia adalah cara lebih berhemah daripada kerajaan meletakkan undang-undang memaksa kumpulan terbabit mengambil vaksin.
“Saya ingin melaporkan bahawa lebih 95 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia telah sekurang-kurangya mendapat dos pertama (vaksin), maksudnya jumlah yang enggan menerima vaksin ini sangat kecil, namun demikian kita akan terus pujuk mereka untuk mendapat vaksinasi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberi penjelasan kepada Senator Datuk Razali Idris yang mahu tahu cara berhemah digunakan kerajaan berdepan kumpulan antivaksin.
Sementara itu, berhubung cadangan supaya kad khusus vaksinasi diwujudkan bagi komuniti Orang Asli, Khairy berkata tiada keperluan untuk perkara itu kerana kad vaksin sedia ada boleh menjadi bukti sama seperti sijil vaksinasi digital untuk mereka masuk ke mana-mana premis.
“Semua penerima vaksin akan menerima kad vaksin mengikut jenis vaksin yang diterima semasa proses pemberian vaksin. Kad vaksin ini diberikan kepada semua penerima vaksin termasuk masyarakat Orang Asli serta kepada orang yang tidak memiliki akses kepada peranti digital atau Internet.
“Kad ini menyimpan maklumat yang sama seperti yang terdapat dalam sijil digital aplikasi MySejahtera. Maklumat yang didapati dalam kad vaksin adalah nama, identiti penerima vaksin, tarikh vaksinasi dos satu dan dua, nama vaksin, nombor kelompok dan tarikh luput vaksin,” katanya.
KUALA LUMPUR: Laporan kes harian, jumlah kematian, kapasiti penggunaan katil dan unit rawatan rapi (ICU) pesakit COVID-19 terus menunjukkan trend penurunan pada minggu epidemik (ME) ke-41, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Selain itu, beliau berkata sepanjang tempoh ME ke-41 iaitu 10 sehingga 16 Okt, nilai kebolehjangkitan wabak atau RT juga kekal stabil sekitar 0.80 – 0.90.
Beliau berkata perkembangan baik itu sejajar dengan peningkatan liputan vaksinasi COVID-19 di Malaysia di samping usaha pembukaan semula pelbagai sektor secara terancang melalui inisiatif pembukaan semula secara selamat yang lebih meyakinkan.
“Dalam tempoh itu, kes baharu COVID-19 menunjukkan penurunan 17.9 peratus iaitu daripada 63,722 kes (ME ke-40) kepada 52,321 kes (ME ke-41). Kes baharu bagi negeri Selangor, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Kuala Lumpur pula mulai menunjukkan trend mendatar.
“Purata kes aktif turun 21 peratus iaitu daripada 133,450 kes (ME ke-40) kepada 105,497 kes (ME ke-41), manakala kes kematian turun sebanyak 15.3 peratus iaitu daripada 700 kes (ME ke-40) kepada 593 kes (ME ke-41).
“Kes yang memerlukan rawatan di ICU turut menunjukkan penurunan 12 peratus iaitu 778 kes (ME ke-40) kepada 684 kes (ME ke-41), sementara kes yang memerlukan bantuan pernafasan turun 11.9 peratus iaitu 331 kes (ME ke-40) kepada 292 kes (ME ke-41),” katanya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan wabak itu, hari ini.
Turut menunjukkan penurunan bagi tempoh sama ialah jumlah kluster COVID-19 dengan 83 kluster dilapor melibatkan 37 atau 44.6 peratus kluster tempat kerja; 25 (30.1 peratus) kluster komuniti; 10 (12.1 peratus) kluster pusat pendidikan; sembilan (10.8 peratus) kluster kumpulan berisiko tinggi dan hanya satu (1.2 peratus) kluster pusat tahanan.
Mengenai kapasiti penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan wad serta alat bantuan pernafasan menunjukkan trend penurunan sekitar satu hingga tiga peratus pada ME ke-41 berbanding ME ke-40.
Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan kes baharu COVID-19 yang direkodkan setakat 12 tengah hari ini adalah 5,745, menjadikan kumulatif kes kini 2,401,866.
Menurutnya hanya 115 kes atau dua peratus daripada kes baharu itu adalah Kategori Tiga, Empat dan Lima manakala baki 5,630 atau 98 peratus adalah Kategori Satu dan Dua.
“Daripada jumlah kes baharu itu, 12 kes adalah kes import manakala 5,733 lagi merupakan kes tempatan,” katanya sambil memberitahu Malaysia turut merekodkan 8,933 kes sembuh dengan jumlah kumulatif adalah 2,287,888 kes.
Dr Noor Hisham berkata 682 kes dirawat di ICU dengan 331 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan, selain sebanyak lapan kluster baharu dikenal pasti membabitkan tujuh kluster tempat kerja serta satu kluster pendidikan lain.
Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 dalam negara akan dimuat naik ke laman web COVIDNOW di https://ift.tt/2Vt1k5n dan data akan dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.
From the classic agedashi tofu to the boldly flavored mapo tofu, here are our absolute best Japanese tofu recipes that you'll enjoy to its full potential.
Bukan lelaki sahaja yang mempunyai hak untuk memilih calon isteri, tetapi juga wanita yang berhak memilih pasangan yang sesuai untuk rumah tangga yang bakal dibina.
Ada sebuah hadis yang disebut mengenai perihal ini yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Baginda SAW bersabda;
Baginda menjawab: “Apabila ia diam.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 5136)
Ulama berpendapat bahawa, wanita yang telah baligh dan berakal yang mampu menentukan antara yang baik dan buruk, maka mereka berhak memilih calon suami mereka atau diminta izin terlebih dahulu sebelum dikahwinkan.
Tidak boleh meletakkan mereka dalam keadaan tidak rela atau situasi kahwin paksa. Seperti yang dinyatakan, wanita juga pasti mempunyai kriteria suami yang diimpikan.
Antara kriteria suami idaman yang perlu diambil perhatian untuk membawa kebaikan dalam rumah tangga ialah;
1 – Memahami Agama Dan Boleh Menjadi Imam Terbaik Bagi Keluarga
Untuk menjadi ketua keluarga, anda perlu mempunyai ilmu agar keluarga yang dibina itu mampu terbina berlandaskan ilmu.
Penguasaan ilmu agama perlu kukuh agar rumah tangga yang dibina mampu berkekalan ke syurga.
Ada sebuah hadis yang telah diriwayatkan dari Mu’awiyah RA, Baginda SAW bersabda:
Maksud: “Barangsiapa yang Allah kehendaki mendapatkan seluruh kebaikan, maka Allah akan memahamkan dia mengenai agama.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 71)
2 – Menjaga Kebajikan Keluarga
Dari Mu’awiyah Al-Qusyairi RA, ia bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai kewajipan suami kepada isteri, lalu Baginda menjawab:
Maksud: “Engkau memberinya makan sebagaimana engkau makan. Engkau memberinya pakaian seperti mana engkau berpakaian atau engkau usahakan dan engkau tidak memukul isterimu pada wajahnya dan engkau tidak memburuk-burukkannya serta tidak memulaukannya (dalam bentuk nasihat) selain di rumah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2142. Ia dinilai sahih oleh Syeikh Al-Albani)
3 – Berusaha Meluangkan Masa Bersama Keluarga
Saidatina ‘Aisyah pernah menceritakan mengenai peribadi Baginda SAW ketika bersamanya;
Maksud: “Beliau pernah bersama Baginda SAW dalam sebuah perjalanan. ‘Aisyah lalu mengajak Nabi SAW berlumba lari bersama beliau dan Baginda SAW dikalahkan.”(Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2578. Ia dinilai sahih oleh Al-Hafizh Abu Thahir)
Walaupun jadual dan rutin harian dilanda kesibukan, namun cuba untuk sentiasa mencari ruang meluangkan masa bersama ahli keluarga kerana keharmonian keluarga juga datangnya daripada memori yang dicipta bersama.
4 – Menegur Kekurangan Isteri Dengan Berhemah
Jika seseorang wanita itu ada melakukan kesalahan atau perkara yang tidak sepatutnya, maka menjadi tanggungjawab suami untuk menegurnya dengan cara yang berhemah.
Jangan ditinggalkan atau diambil pendekatan silent treatement kerana penjelasan itu lebih baik diberikan sebelum mengundang kepada salah faham yang lebih besar.
Dari Abu Hurairah RA, Baginda SAW bersabda:
Maksud: “Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminah. Jika seorang lelaki tidak menyukai akhlak dan peribadi wanita tersebut, maka hendaklah ia melihat sisi lain yang diredainya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1469)
Kesimpulan
Perkahwinan itu merupakan sebuah medan untuk mengumpul pahala dan melakukan ibadah. Perjalanan perkahwinan itu bukanlah untuk sehari dua, namun ia merupakan perjalanan yang panjang.
Jadi, letakkanlah ciri idaman calon suami anda yang boleh sama-sama menjadikan rumah tangga yang dibina sebagai sebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan dilimpahi rahmatNya.
KUALA LUMPUR: Harga lantai baharu bagi mengerjakan ibadah umrah untuk 12 hari 10 malam kini ditetapkan sebanyak RM6,900.
Kenaikan itu menandangkan terdapat peningkatan kos susulan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP), sama ada di pihak Arab Saudi atau kerajaan Malaysia.
Perkara itu diumumkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi satu kenyataan hari ini.
Kali terakhir penetapan harga lantai atau kos minimum dibuat ialah pada 2016, iaitu pada paras harga RM4,900.
“Antara faktor-faktor yang mempengaruhi peningkatan kos adalah bilangan kapasiti di dalam bilik penginapan di Arab Saudi, kapasiti pergerakan pengangkutan yang membenarkan 50 peratus dari jumlah kapasiti sebenar dan pengurusan mutawif serta ujian swab COVID-19.
“Harga lantai akan disemak semula apabila wabak COVID-19 diisytiharkan berakhir dan keadaan sudah kembali normal, yang mana kekangan SOP tidak lagi dilaksanakan oleh pihak kerajaan Malaysia dan Arab Saudi,” menurut MOTAC dalam kenyataan tersebut.
Tambah MOTAC, harga itu juga merupakan panduan bagi pihak kementerian dalam melaksanakan pemantauan terhadap industri umrah.
Ia juga boleh dijadikan panduan oleh orang ramai dalam membuat pertimbangan bagi memilih syarikat pengendali umrah yang sesuai dengan bajet mereka.
“Orang ramai perlu mengambil langkah berhati-hati jika didapati harga yang ditawarkan terlalu rendah atau terlalu tinggi daripada yang telah ditetapkan bagi mengelak kes-kes penipuan pakej umrah,” kata MOTAC.
Justeru, orang ramai boleh menghubungi pejabat MOTAC negeri atau melayari laman web rasmi MOTAC bagi mengenal pasti syarikat-syarikat yang telah dilesenkan.
Ketika ini, terdapat 444 buah syarikat pengendali umrah yang berlesen di bawah MOTAC.
Perdana Menteri Malaysia pada 15 Okt lalu mengumumkan kebenaran bagi pergerakan Keluarga Malaysia ke luar negara untuk mengerjakan umrah bermula 18 Okt (esok).
Ia setelah selama dua tahun ibadah umrah tidak dapat dilakukan akibat penutupan sempadan negara dan larangan oleh negara Arab Saudi untuk mengerjakan haji dan umrah kepada semua negara.
PICTURES: Capacity restrictions removed, social Distancing abolished.
Ada sebuah doa dalam Al-Quran yang sering dibaca terutamanya apabila ingin memulakan sesuatu sama ada sebelum masuk kelas atau memberi ucapan.
Doa ini juga sering dijadikan tips untuk menghilangkan gemuruh ketika berucap kerana makna di sebaliknya adalah untuk memberi kemudahan dan kelancaran kepada urusan dan percakapan seseorang.
Mafhum: “Wahai tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, urusanku. Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku.”(Surah Taha, 20: 25-28)
Tahukah anda, doa ini sering diamalkan oleh Nabi Musa AS saat menyebarkan dakwahnya kepada firaun. Pasti anda mengetahui kisah firaun dengan Nabi Musa yang mengaku bahawa dirinya tuhan. Jadi, mengapa dia perlu mendengar ajaran dari Nabi Musa sedangkan dia mempunyai segalanya.
Disebabkan itu, Nabi Musa sentiasa mengamalkan doa ini agar diberi kelancaran dalam bicara serta diberi kelapangan dada dalam setiap urusan yang dilakukan.
Mengapa Perlu Dilapangkan Dada?
Kelapangan di sini membawa maksud sabar dan tenang. Ertinya kita meminta agar diri tidak terlalu gemuruh dalam melakukan sesuatu.
Bayangkan, jika anda gemuruh, pasti semuanya akan menjadi kelam kabut sehingga boleh menyebabkan terlupa atau takut.
Disebabkan itu, doa ini sebagai salah satu kunci untuk kita meminta kepada Allah agar dikurniakan ketenangan supaya semuanya boleh berjalan dengan lancar.
Walaupun tiada benda yang sempurna dalam dunia ini, namun sekurang-kurangnya apabila kita berhadapan dengan masalah dalam sesuatu urusan tersebut, kita boleh menghadapinya dengan tenang dan waras untuk menyelesaikannya.
KUALA LUMPUR: Penduduk di 998 kawasan sekitar Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air, mulai esok.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan di sini, memberitahu, antara daerah terbabit ialah Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.
Katanya, gangguan bekalan air yang bermula jam 9 pagi itu adalah berikutan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) selama 14 jam dan dijangka siap sepenuhnya pada jam 11 malam, 13 Oktober ini.
Menurut kenyataan itu lagi, kerja siap dilaksanakan, operasi LRA SSP1 mengambil masa enam jam untuk stabil di setiap bahagian dalam proses rawatan air bagi mengisi kolam imbangan sehingga optimum iaitu empat meter, yang dijangka selesai pada jam 5 pagi, Khamis ini.
Bekalan air pula akan mula disalurkan ke sistem agihan bekalan air dan mengambil masa 12 jam untuk memenuhkan semua tangki utama yang kosong dan memastikan tekanan air mencukupi serta tiada ‘airlock’ dalam sistem perpaipan
“Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna bermula jam 5 petang (Khamis) dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 malam (Jumaat),” katanya.
Air Selangor akan menggerakkan 108 lori tangki air ke 998 kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.
“Air Selangor juga akan menyediakan 20 pili air awam bermula 14 hingga 16 Oktober ini bagi kemudahan pelanggan yang memerlukan bekalan air semasa tempoh pemulihan bekalan air.
“Bagi pelanggan komersial pula, pembelian air menggunakan lori tangki air masing-masing akan dibuka di empat stesen pengisian air komersial bermula Rabu ini.
“Pelanggan komersial boleh membuat pembayaran untuk pembelian air di semua 10 Kaunter Khidmat Pelanggan Air Selangor,” katanya.
Menurut kenyataan itu, lokasi bagi pili awam dan stesen pengisian air komersial boleh didapati pada laman pautan hentitugas.airselangor.com.
Maksudnya: Apabila seseorang muslim atau mukmin mengambil wuduk, lalu dia membasuh wajahnya, maka keluarlah daripada wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika dia membasuh kedua-dua tangannya, maka keluarlah daripada kedua-dua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh tangannya itu bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika dia membasuh kedua-dua belah kakinya, maka keluarlah daripada kedua-dua kakinya itu setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir, sehinggalah dia selesai berwuduk dalam keadaan bersih daripada dosa-dosa.
Membasuh tangan sehingga pergelangan sebanyak tiga kali pada permulaan wuduk.
Memulakan wuduk dengan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung sebelum membasuh muka.
Menghembuskan air yang dimasukkan ke dalam hidung dengan tangan kiri (memegang hidung dengan tangan kiri). Ini berdasarkan pada hadith Rasulullah s.a.w.
“Ketika ingin mengambil wuduk, Rasulullah membasuh
kedua-dua tapak tangannya sebanyak tiga kali, kemudian
Baginda berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam
hidung, lalu menghebuskannya. Kemudian, Baginda membasuh
mukanya sebanyak tiga kali.”
(Muttafaqun ‘Alaih)
Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung secara berlebihan, kecuali untuk orang yang berpuasa. Ini berdasarkan pada hadith Rasulullah s.a.w:
“Belau berlebihan semasa menyedut air ke dalam hidung kecuali ketika beliau berpuasa”
(Hadith direkodkan oleh Imam Al-Bukhari, Muslim, An-Nasaie, dan Ibnu Majah)
Maksud berlebihan semasa berkumur-kumur dan memasukkan air
ke dalam hidung adalah memasukkan air sedalam-dalamnya ke
dalam hidung hingga ke pangkal, kemudian menghembuskannya
semula.
Berkumur-kumur menggunakan satu telapak tangan sahaja. Maksudnya, berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung daripada tadahan air dari satu tapak tangan sahaja.
Bersugi ketika berkumur. Rasulullah s.a.w. menyatakan:
“Jikalau tidak menjadi keberatan kepada umatku, pasti aku akan memerintahkan mereka bersiwak (bersugi) setiap kali ingin mengambil wuduk.?”
(Hadith direkodkan oleh Imam Ahmad dan An-Nasaie)
Menyelak janggut yang tebal dengan memasukkan jari-jari tangan ke dalam janggut ketika membasuh muka. Ini berdasarkan pada hadith Rasulullah s.a.w.:
“Rasulullah memasukkan jari-jemari tangannya ke dalam
janggutnya ketika berwuduk”
(Hadith direkodkan oleh Imam At-Tirmidzi)
Membasuh anggota wuduk sebanyak tiga kali ketika membasuh muka, tangan dan kaki.
Semoga sama-sama kita mengamalkan sunnah Rasulullah dalam berwuduk. Ianya bukan sahaja dapat pahala mengikut sunnah malah dapat gugurkan dosa-dosa daripada anggota tersebut. InshaAllah, Amin.
Follow juga kami di twitter :
Your biggest weakness is when you give up and your greatest power is when you try one more time.