Seringkali kita berbicara mengenai takwa, namun tahukah anda apa itu maksud sebenar di sebalik ungkapan takwa?
Ia adalah sebuah perbuatan taat kepada Allah dengan melakukan setiap perkara yang disuruh dan meninggalkan segala larangan yang ada.
Namun, sekadar mana seseorang itu perlu taat kepada Allah dan perlu patuh akan aturan yang ada?
Adakah perlu patuh pada tahap tidak meninggalkan segala solat sunat yang diajar oleh Baginda SAW?
Atau juga bersedekah sehingga tiada lagi harta yang tersisa buatnya?
Ada sebuah konsep yang dibahaskan ulama, iaitu bertakwalah sekadar kemampuan diri sendiri. Tidak perlu membandingkan diri dengan orang lain atau melakukan amalan di luar batasan sendiri.
Kemampuan diri setiap manusia berbeza-beza. Ada yang mampu menunaikan solat di awal waktu, namun mereka kekurangan harta untuk bersedekah.
Ada yang tidak mampu menunaikan solat di awal waktu, namun mereka boleh bangun malam untuk melakukan qiamullail.
Dan ada yang tidak mampu bersedekah dengan nilai wang berjuta-juta tetapi mereka boleh mencari saluran yang betul untuk menyampaikan sumbangan.
Setiap kemampuan yang Allah berikan kepada diri manusia adalah sesuai dengan dirinya sendiri. Sebagaimana dalam firman Allah yang berbunyi;
فَاتَّقُوا اللَّـهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَأَنفِقُوا خَيْرًا لِّأَنفُسِكُمْ
Mafhum: “Oleh itu, bertakwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya).” (Surah At-Taghabun, 64:16)
Takwa itu perlu diletakkan sehabis baik, bukan sekadar ala kadar. Begitulah juga kita dengan kehidupan yang dilalui.
Kehidupan ini adalah anugerah dari Allah untuk dilalui dengan baik. Bagaimana ia akan dijalani dengan baik jika diri sendiri tidak meletakkan sehabis daya untuk berjuang terhadap hidupnya.
Dalam beribadah, beramal kepada Allah, bekerja, menyara ahli keluarga dan sebagainya, ia perlu dilakukan dengan sehabis daya dan usaha yang penuh.
Keupayaan itu tidak boleh dipaksa kerana setiap manusia punya kekurangan dan kelemahannya sendiri.
Namun, usaha yang jitu perlu diletakkan ke atas setiap perkara yang dilakukan agar hasil yang diperoleh itu adalah hasil yang memuaskan.
Yakin dengan rezeki daripada Allah SWT
Tzkrh
The post Bertakwalah kepada Allah SWT sedaya upaya first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/3vZDgoB
via Denaihati.com