Ada sebuah doa dalam Al-Quran yang sering dibaca terutamanya apabila ingin memulakan sesuatu sama ada sebelum masuk kelas atau memberi ucapan.
Doa ini juga sering dijadikan tips untuk menghilangkan gemuruh ketika berucap kerana makna di sebaliknya adalah untuk memberi kemudahan dan kelancaran kepada urusan dan percakapan seseorang.
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي
وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي
وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي
يَفْقَهُوا قَوْلِي
Mafhum: “Wahai tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, urusanku. Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku.”(Surah Taha, 20: 25-28)
Tahukah anda, doa ini sering diamalkan oleh Nabi Musa AS saat menyebarkan dakwahnya kepada firaun. Pasti anda mengetahui kisah firaun dengan Nabi Musa yang mengaku bahawa dirinya tuhan. Jadi, mengapa dia perlu mendengar ajaran dari Nabi Musa sedangkan dia mempunyai segalanya.
Disebabkan itu, Nabi Musa sentiasa mengamalkan doa ini agar diberi kelancaran dalam bicara serta diberi kelapangan dada dalam setiap urusan yang dilakukan.
Mengapa Perlu Dilapangkan Dada?
Kelapangan di sini membawa maksud sabar dan tenang. Ertinya kita meminta agar diri tidak terlalu gemuruh dalam melakukan sesuatu.
Bayangkan, jika anda gemuruh, pasti semuanya akan menjadi kelam kabut sehingga boleh menyebabkan terlupa atau takut.
Disebabkan itu, doa ini sebagai salah satu kunci untuk kita meminta kepada Allah agar dikurniakan ketenangan supaya semuanya boleh berjalan dengan lancar.
Walaupun tiada benda yang sempurna dalam dunia ini, namun sekurang-kurangnya apabila kita berhadapan dengan masalah dalam sesuatu urusan tersebut, kita boleh menghadapinya dengan tenang dan waras untuk menyelesaikannya.
Baca: Allah tempat mengadu segalanya
Sumber: Tzkrh
The post Doa Nabi Musa AS diberikan kelapangan dada dalam setiap urusan first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/30rf9Dw
via Denaihati.com