Istilah rahsia untuk berjaya sebenarnya sudah tidak wajar digunakan dan ia perlu digantikan dengan perkataan lain kerana ia bukan lagi rahsia.
Rahsia itu apabila hanya diri kita sendiri sahaja yang mengetahui, namun berkenaan tips untuk berjaya, sudah terlalu banyak yang dihebahkan sehingga ia bukan lagi rahsia.
Kita terlalu taksub dengan rahsia untuk berjaya sehingga kita sering mencari tips daripada orang sekeliling mengenainya sedangkan, jika digabungkan tips yang diperoleh, semuanya adalah sama.
Yang membezakannya adalah bagaimana seseorang individu tersebut mengamalkan tips itu.
Dan pokok pangkalnya adalah bergantung kepada anda sendiri. Bagaimana anda mengambil dan menyerap tips tersebut untuk digunakan.
Mencari tips sahaja tidak memadai jika ia hanya diperam dan tidak digunakan. Ataupun jika anda bersikap suka menangguhkan sesuatu dan berfikir – “Tidak mengapalah, nanti aku atur strategi. Sekurangnya, rahsia kejayaan sudah ada dalam genggamanku.”
Sikap-sikap seperti inilah yang perlu dibuang jauh-jauh dari diri anda kerana ‘rahsia’ terbesar orang yang berjaya adalah dengan memulakan langkah, bukan menunggu dan terus menunggu.
Antara tips kejayaan yang dikongsi dan tidak boleh diabaikan oleh anda adalah;
1 – Pasang matlamat dan sentiasa ingatkan diri anda mengenai apa yang ingin dicapai.
2 – Disiplin diri adalah keutamaan kerana orang malas sukar untuk meraih kejayaan. Jalan menuju kejayaan pastinya berliku-liku. Dan ia hanya boleh dilalui oleh orang yang rajin berusaha.
3 – Selesaikan masalah yang melanda secara perlahan-lahan. Fokus pada satu-satu perkara agar ia tidak menyerabutkan diri anda sehingga boleh menyebabkan anda hilang fokus terhadap perkara utama.
4 – Jangan bertangguh dan selesaikan pekerjaan sedikit demi sedikit.
5 – Amalkan gaya hidup yang sihat seperti bangun pada awal pagi.
6 – Latih diri anda berfikir dengan mencari idea-idea yang kreatif. Ingat, orang yang berfikir selalunya akan maju 10 langkah ke hadapan.
7 – Anda tidak boleh buang negativiti di sekeliling anda, namun anda boleh menghadapinya dengan menyesuaikan keadaan diri sendiri. Minda anda memainkan peranan yang penting dalam menguruskan tekanan sekeliling.
8 – Jika wujud pemikiran negatif dari diri anda, jangan dilayan terlalu lama. Sekejap sahaja sudah memadai kemudian buang ia jauh-jauh. Jika perlu, minta pandangan daripada orang sekeliling.
9 – Sabar kerana tiada perkara yang mudah dalam kehidupan ini.
Tiada masalah untuk anda terus mencari tahu ‘rahsia’ daripada orang berjaya kerana ia boleh dijadikan sebagai pembakar semangat untuk mengorak langkah.
Namun, dalam masa itu, teruskan mengatur langkah agar suatu hari nanti, orang lain juga boleh datang kepada anda untuk meminta ‘rahsia’ kejayaan daripada anda.
Independent Affiliate Transfer Factor 4Life Malaysia
Wallahu a’alam
The post Tips untuk anda yang mahu capai kejayaan luar biasa first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/2ZgSvNs
via Denaihati.com