Monday, 22 November 2021

Doa Nabi Zakaria untuk memohon keturunan yang baik

Semua orang menginginkan zuriat yang baik, soleh dan mampu memberi manfaat kepada kehidupan sama ada di dunia ini mahupun di akhirat kelak.

Doa anak yang soleh akan menjadi salah satu saham yang akan mengalir di akhirat kelak selain daripada sedekah jariah dan juga ilmu yang bermanfaat.

Disebabkan itu, kita dituntut untuk mendidik anak dan zuriat dengan didikan yang baik dan diajar dalam Islam.

Selain daripada berusaha memberi didikan yang baik kepada anak-anak, kita juga boleh berdoa kepada Allah agar dikuniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Bukankah doa seorang ibu dan bapa itu merupakan doa yang makbul dan sangat diimpikan oleh anak-anak? Keberkatan, keredaan dan kejayaan anak-anak juga ditentukan oleh sejauh mana ibu bapanya mendoakannya.

Justeru, anda boleh membacakan doa yang diajar oleh Nabi Zakaria AS untuk mendapatkan zuriat dan keturunan yang baik, sama ada zuriat itu belum lahir atau yang sudah dilahirkan.

Doa tersebut berbunyi:

رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Maksud: “Ya Rabb, Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.” (Surah Al-Imran, 3:38)

Selitkanlah doa ini dalam doa anda setiap kali selepas solat. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Pemurah.

Semoga zuriat yang kita lahirkan mampu menjadi manfaat bukan sahaja kepada kita, namun kepada Islam dan muka bumi ini juga.

Wallahu a’alam.

The post Doa Nabi Zakaria untuk memohon keturunan yang baik first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/3CLfbTX
via Denaihati.com