Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan sebagai wahyu buat seluruh manusia sehingga ke akhir zaman.
Baca: Fadhilat dan keistimewaan ayat 21-24 surah Al-Hasyr
Wahyu itu bukan sekadar petunjuk buat manusia namun juga termasuk sebagai petunjuk buat ketenangan hati.
Jika resah, bacalah Al-Quran. Jika sedang bersedih, bacalah Al-Quran. Jika sedang bergembira juga bacalah Al-Quran.
Semua itu adalah ubat dan penawar untuk kehidupan manusia. Cuba tanya kembali, dalam sehari, berapa kali anda membuka helaian Al-Quran?
Adakah pada waktu pagi dan petang atau pada waktu sebelum tidur? Semua itu adalah jawapan yang hanya anda sendiri boleh menjawabnya.
Peruntukan waktu membaca Al-Quran dalam sehari kerana ia adalah keperluan rohani manusia yang tidak boleh ditinggalkan.
Baca: Kelebihan membaca dua ayat terakhir daripada surah al-Baqarah
Bayangkan jika sehari anda tidak makan dan minum, apa yang akan terjadi pada tubuh badan anda?
Nah, begitulah yang akan terjadi pada rohani dan jiwa anda. Pasti ia akan mudah sakit tanpa Al-Quran.
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّـهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّـهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Mafhum: “(iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hari mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan Zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah Ar-Rad, 12:28)
Jadi, sudahkah anda membaca Al-Quran hari ini?
The post Sudahkah kalian membaca Al-Quran pada hari ini? first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/3wopEDv
via Denaihati.com