Friday, 19 November 2021

Hukum menunaikan solat sambil memejam mata

Khusyuk di dalam solat merupakan perkara yang perlu dicapai. Dengan khusyuk bermaksud seseorang itu telah menghadirkan sepenuh hatinya ke dalam solat tersebut.

Bayangkan jika anda tidak fokus sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dengan guru anda, adakah anda akan mendapat sepenuhnya ilmu yang diajar?

Pasti hanya sebahagian sahaja darinya. Begitu juga perihal solat. Jika anda khusyuk, ia diibaratkan anda berjaya menghayati solat tersebut dengan sepenuh hati.

Dengan itu, kita melihat pelbagai cara yang telah dikongsikan untuk membantu kita mencapai khusyuk dalam solat.

Namun, antara yang disebut adalah dengan memejam mata ketika menunaikan solat. Tetapi, adakah perbuatan ini dibenarkan?

Menurut perbahasan ulama, perbuatan memejam mata semasa menunaikan solat sebenarnya dimakruhkan.

Hal ini adalah berdasarkan sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA, Bagainda SAW bersabda:

إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ فِي الصَّلَاةِ فَلَا يُغْمِضْ عَيْنَيْهِ

Maksud: “Apabila salah seorang dari kamu berdiri di dalam solatnya, maka janganlah kamu memejam matanya.” (Hadis Riwayat Thabrani, 1/37)

Hal ini juga kerana, pandangan mata sepatutnya dihalakan ke arah tempat sujud. Ia adalah perbuatan paling utama yang boleh membantu seseorang menggapai sujud.

Maksud: “Kemudian, mereka beralih semula ke arah solat mereka (iaitu solat dengan tekun) dan melihat ke arah hadapan mereka. Dan mereka menggalakkan untuk salah seorang mereka tidak melepasi pandangan mereka dari tempat sujud mereka.” (Rujuk Fath Al-Bari, Ibnu Hajar 2/272)

Baca: 10 sebab Solat tak diterima Allah SWT

Kesimpulan

Justeru, ulama berpendapat bahawa dimakruhkan jika memejam mata atau tidak memandang ke arah tempat sujud ketika menunaikan solat.

Bagaimanapun, sebahagian ulama berbeza pendapat dengan menyebut bahawa, jika perbuatan memejam mata boleh membantu menambah kekhusyukan kepadanya, maka ia adalah dibolehkan.

Tzkrh

The post Hukum menunaikan solat sambil memejam mata first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/3CxZRtZ
via Denaihati.com