Thursday, 6 January 2022

Healthy Dinner Recipes You Need for The New Year

A white plate containing Miso Butter Salmon served with sautéed shiitake and shimeji mushrooms.

From heart-warming soups, vibrant salads to pressure cooker meals, here you’ll find healthy dinner recipes that will become your favorites year-round!  It’s the New Year! Some of us may still be in the celebrating mode, but many of us are also ready to embark on a healthy reset. After all the eating, drinking, and merrymaking, ...

READ: Healthy Dinner Recipes You Need for The New Year



from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3GipQIJ
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Cases Rise, Criticism Mounts, but Ships Keep Cruising


By BY CEYLAN YEGINSU from NYT Travel https://ift.tt/3HA0JRy


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3GgK9Gt
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Wednesday, 5 January 2022

Meet the Woman Who Set a Speed Record on a Classic Alpine Ski Route


By BY PAIGE MCCLANAHAN from NYT Travel https://ift.tt/3t025RO


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/31t5IV1
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Tuesday, 4 January 2022

Nanakusa Gayu (Seven Herb Rice Porridge) 七草粥

Nanakusa gayu porridge eaten on January 7th Japanese custom

After indulgence in the Japanese New Year feast, Nanakusa Gayu (Seven Herb Rice Porridge) is eaten on January 7 to help our stomachs recover.

READ: Nanakusa Gayu (Seven Herb Rice Porridge) 七草粥



from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3mWSdEv
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Monday, 3 January 2022

5 cara untuk lakukan kebaikan dengan mudah

5 cara nak buat kebaikan dengan mudah. Selamat mencuba.

1 – Senyum Dan Sebarkan Aura Positif

Senyum ialah perkara yang paling mudah untuk dilakukan. Tak perlukan wang ringgit mahupun otot-otot yang banyak pun.

Antara senyum dan marah, senyum lebih mudah dilakukan dengan hanya melibatkan 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman yang manis berbanding marah; manusia memerlukan 43 otot muka.

Pakar-pakar psikologi juga mengatakan bahawa senyum mampu mengubah mood kita. Bukan itu sahaja, ia juga boleh mempengaruhi mood sekeliling.

Sebab itu, senyum dinilai sebagai sebuah sedekah yang paling mudah dan elok untuk diamalkan. Ia boleh membantu memberikan aura positif kepada sesiapa sahaja.

تَبَسُّمُكَ فِى وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ

Maksud: “Senyummu di hadapan saudaramu adalah (bernilai) sedekah bagimu.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 1956)

2 – Memberi Kucing Makan

Memberi makan kepada makhluk Allah yang lain seperti haiwan atau menyiram pokok yang layu boleh sahaja dilakukan.

Ia tidak memerlukan nilai yang mahal, sebaliknya hanya usaha yang kecil sahaja. Ada sesetengah haiwan yang boleh sahaja makan makanan seperti manusia, contohnya nasi.

Namun, ada juga haiwan yang tidak boleh makan sembarangan. Perkara inilah yang perlu dititikberatkan.

3 – Berkongsi Ilmu Yang Bermanfaat

Seiring dengan perkembangan zaman, perkongsian ilmu sudah boleh dilakukan secara alam maya. Jadi, perkongsian dan penyebaran ilmu secara meluas sudah boleh dilakukan dengan mudah.

Kalau kita sendiri tidak mampu untuk menulis atau bercakap perkara yang baik-baik, kita boleh sahaja kongsi hasil daripada apa yang kita dapat.

Lagi mudah jika kita hanya menekan butang share kepada kawan-kawan kita di media sosial.

Namun, perlu diambil perhatian tentang kesahihan ilmu dan maklumat itu. Jangan disebarkan perkara yang tidak betul atau palsu. Bimbang nanti orang lain akan mendapat maklumat yang salah.

4 – Mengutip Sampah Atau Halangan Di Jalan

Jika ternampak ada sampah di jalan, boleh saja ambil dan buang di dalam tong sampah yang terdekat.

Atau jika melihat ada halangan di jalan seperti batu yang boleh mengganggu, boleh sahaja alihkan ia.

Perkara itu nampak kecil, namun ganjarannya besar di sisi Allah kerana kita sedang membantu memudahkan urusan orang lain.

Sebagaimana ada sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abi Hurairah RA, Baginda SAW bersabda;

Maksud: “Aku telah melihat seseorang yang bersenang-senang di dalam syurga kerana dia telah membuang kayu yang berjuntai di jalan dan kayu tersebut mengganggu orang yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1914)

5 – Menghubungkan Silaturrahim

Mungkin kadang-kadang kita akan terlepas pandang mengenai perkara ini, namun ia adalah perkara yang sebenarnya perlu dititikberatkan.

Tidak perlu keluar untuk berjumpa jika memang masing-masing jauh atau sibuk dengan urusan sendiri, namun silaturrahim boleh dihubungkan dengan WhatsApp bertanya khabar dan macam-macam lagi cara yang mudah yang boleh dilakukan.

Tidak dapat dinafikan, kadang-kadang kita berada berjauhan daripada ibu bapa, saudara mara mahupun kawan-kawan.

Namun, itu tidak menjadi penghalang untuk menjaga silaturrahim dengan baik. Banyak teknologi yang telah wujud dan boleh memudahkan urusan kita sehari-hari. Jadi, inilah masa untuk memanfaatkannya.

Kesimpulan

Buat kebaikan itu mudah sahaja, hanya memerlukan usaha dan niat kerana Allah. Bahkan, ada kebaikan yang tidak memerlukan wang ringgit atau nilai yang besar pun.

Tinggal kita sahaja untuk melakukannya dengan cara yang paling kreatif.

Wallahu a’alam.

The post 5 cara untuk lakukan kebaikan dengan mudah first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/3pRfFoF
via Denaihati.com

Selamat Tahun Baru 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat tahun baru 2022 sahabat-sahabat yang hebat.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat semua yang sentiasa bersama sepanjang tahun 2021. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada lebih 1.4 juta trafik blog ini sepanjang tahun 2021.

Semoga perjalanan kehidupan kita pada tahun 2021 mendapat pengampunan, kerahmatan dan keredaan Allah SWT.

Sudah 2 tahun kita semua diuji dengan pandemik wabak Covid-19, itu tidak bermakna semangat kita luntur. Teruskan usaha kalian, buat yang terbaik demi keluarga yang tercinta.

Yang mana hilang pekerjaan, InsyaAllah suatu hari nanti ada rezeki untuk kalian yang besar. Sabar dan teruskan usaha. Banyak hikmahnya.

Yang mana diuji dengan ujian banjir, semoga Allah menggantikan dengan rezeki yang tak disangka-sangka.

Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan dapat menjalani kehidupan harian kita dengan baik.

Tahun Baru 2022 Lebih Bermakna

Tambahan, doakan semoga kehidupan kita pada tahun 2022 lebih baik dari tahun sebelumnya, diberi kesihatan yang baik, kebahagian bersama keluarga, terlindung daripada bencana, diluaskan rezeki dan menjadi asbab kepada hidayah dan terus kekal di bawah pemeliharaan Allah SWT.

Terima kasih kepada semua pembaca dan rakan taulan yang terus menyokong kami team Denaihati Network walau di mana anda berada.

Kepada rakan blogger teruskan menulis dan jangan tutup blog anda dan jangan lupa follow sosial media kami;

  1. FB page Denaihati Network
  2. FB page Denaihati News
  3. Instagram Denaihati
  4. Instagram Denaihati Network
  5. Twitter Santapan Minda
  6. Twitter Denaihati
  7. Youtube Denaihati Network
  8. Shopping online di Denaisell
  9. Beli Produk kunyit hitam blackG kajian Mardi di denaihati.com
  10. Affiliate Program di https://bit.ly/JoinBusiness4Life

Bermulalah satu perjalanan yang panjang dan pasti penuh cabaran. Tempuhilah dengan penuh kesabaran dan kesyukuran.

Semoga kita menjadi sebaik-baik manusia iaitu manusia yang memberi manafaat pada seluruh alam.

Terima kasih semua.

Amir Hassan

The post Selamat Tahun Baru 2022 first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/3JzYtf9
via Denaihati.com

Saturday, 1 January 2022

Tindakan tegas terhadap peniaga minyak masak peket bersyarat – KPDNHEP

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga termasuk pemborong dan pembekal yang cuba mengenakan ‘penjualan bersyarat’ bagi minyak masak peket.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kelantan Azanizam Affendi Juri berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan perlakuan itu mengikut Seksyen 19 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau berkata bagaimanapun setakat ini, pihaknya belum menerima aduan rasmi daripada orang awam termasuk peniaga mengenai penjualan bersyarat iaitu “untuk belian minyak masak peket sekilogram bersubsidi, syaratnya perlu membeli beberapa kilogram gula terlebih dahulu.”

“Pihak kami percaya perkara tersebut mungkin berlaku akibat tindakan segelintir pihak yang cuba mengambil langkah bagi melariskan jualan barangan mereka dengan menjadikan barang kawalan sebagai pelaris.

“KPDNHEP Kelantan akan menjalankan siasatan sama ada bekalan minyak masak itu mempunyai kaitan dengan aktiviti menyorok bekalan atau penyeludupan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Azanizam Affendi juga berkata setakat ini, bekalan minyak masak peket di Kelantan adalah terkawal dan mencukupi kerana pihak berkuasa sentiasa mengambil langkah pemantauan serta pemeriksaan.

“Ia bagi memastikan bekalan adalah sentiasa berada di pasaran … agar tiada penyelewengan,” katanya.

Beliau berkata minyak masak peket yang dijual disasarkan untuk kegunaan isi rumah bagi memastikan lebih ramai pengguna dapat memperoleh barang kawalan itu.

Peruncit juga dibenarkan untuk mengawal pembelian dengan mengehadkan tiga kilogram sahaja bagi setiap pengguna.

“Sehubungan itu, orang ramai terutama peruncit yang dipaksa terlibat dalam penjualan bersyarat diminta supaya menghubungi KPDNHEP bagi tindakan lanjut serta siasatan segera dijalankan,” katanya.

— BERNAMA

The post Tindakan tegas terhadap peniaga minyak masak peket bersyarat – KPDNHEP first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/3zg3G6Y
via Denaihati.com