Tuesday, 3 October 2017

(VIDEO) Isteri Dato Boy Iman Mengamuk!! Bertekak Dengan Yusof Azmi Dan PPIM


Isteri Dato Boy Iman Mengamuk!! Bertekak Dengan Yusof Azmi Dan PPIM

Semalam secara live, melalui Facebook wakil PPIM, Yusof Azmi, pihak PPIM telah datang ke satu sidang media oleh DBI Technologies milik Boy Iman.

Boy Iman tidak hadir dalam sidang media tertutup bersama pembeli rumah dari DBI Technologies.

Satu suasana tegang berlaku diluar bilik sidang media di Hotel De Palma Ampang. Malah isteri kepada Boy Iman, Ida Anas dilihat bertekak dengan Yusof Azmi yang disaksikan secara live di Facebook oleh orang ramai.

‘Pergaduhan mulut’ itu berlaku antara isteri Boy Iman dengan beberapa wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) termasuk Yusuf Azmi.

Wakil PPIM telah dihalang dan tidak dibenarkan menyertai sidang media anjuran syarikat Boy Iman.

Keadaan menjadi semakin tegang selepas ada ahli PPIM bertanya kepada Ida mengapa mereka tidak dibenarkan masuk dan mempersoalkan mengapa Boy Iman tidak hadir dalam sidang media yang sama.



Ida dengan lantang dan tegas mendakwa tidak mengetahui urusan perniagaan suaminya. Dia mentakan tidak tahu apa-apa, tidak masuk campur dalam hal tersebut.

Malah dengan suara yang jelas 'sudah panas' Ida mengatakan Yusof Azmi menfitnahnya termasuk isu membeli belah. Yusuf bagaimanapun membidas Ida supaya tidak berbohong dan mempersoalkan status dalam akaun Instragramnya yang menunjukkan beliau dan Boy Iman ada membeli belah.

Ini komen balas Yusof Azmi:

“You sendiri post dalam Instagram pergi shopping, post itu baharu,” 

Ida kemudiaan mencabar Yusuf supaya tidak membuat kecoh sebaliknya mengemukakan laporan polis jika benar syarikat suaminya itu ada melakukan penipuan membabitkan rumah yang ditawarkan oleh DBI.

Peguam PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim menafikan mahu mencetuskan provokasi sebaliknya hanya mahu menuntut penjelasan mengenai rumah yang dibina oleh DBI itu.

Ini kenyataan dari peguam PPIM:

“Niat kita datang hari ini tidak lain adalah untuk mencari kebenaran, kita nak bertanya. Saya jangka hari ini, saya datang hari ini dapat berjumpa dengan kontraktor dia, saya dapat jumpa dengan QS (juruukur bahan) dia dan akan beri penjelasan atau laporan ini adalah kiraan kita harga yang kita boleh buat berdasarkan bahan kita miliki.

“Sebab kita tidak faham macam mana contohnya, seorang kena bayar RM50,000, dibayar pula komisen kepada ejen jualan, harga bahan berapa kos, kos buruh berapa, margin untung berapa?

“Ini soalan kita nak tanya hari ini bukan nak buat provokasi,” 

Hishamuddin telah menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa kepada skim perumahan murah itu.

Skim perumahan murah oleh Boy Iman dikatakan menipu dan ramai yang masih belum mendapat rumah yang dijanjikan.

DBI Technology merupakan syarikat yang ditubuhkan Boy Iman selepas meninggalkan DBI Properties, syarikat yang pernah menjadi ejen pemasaran kepada pemaju yang disyaki bertanggungjawab menawarkan banglo berharga 60,000 seunit.

Boy Iman bagaimanapun menafikan dakwaan itu.



from Sehinggit Media News http://ift.tt/2g8Ux8R
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2yWbsUb
via MerahHatiCintaku.blogspot.com