KOTA BHARU - Seorang peniaga tidak mengaku salah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, di sini, hari ini, atas tuduhan merogol anak kandung dan mengugut mahu bunuh isterinya.
Dakwaan terhadap tertuduh yang berusia 50 tahun di buat di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin dan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.
Pada tuduhan pertama, bapa lapan anak tersebut didakwa merogol anak perempuannya yang berusia 10 tahun empat bulan di sebuah rumah tidak bernombor di Beris Kubur Besar, Bachok pada jam 9 malam hingga 11.15 malam, 22 September 2017.
Dakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan minimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pada satu lagi tuduhan, tertuduh didakwa mengugut bunuh isterinya yang berusia 45 tahun di ruangan melawat Penjara Pengkalaan Chepa, di sini, pada jam 3.45 petang, 8 Mac 2014.
Sumber: Sinar Harian
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2zjlQbN
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ygty6H
via MerahHatiCintaku.blogspot.com