Seperti mana yang kita tahu, Mahkamah Majistret Kuantan menolak permohonan reman ke atas Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A Rahman atau Boy Iman. Berita ini membuatkan Yusuf Azmi dari PPIM terkejut kerana segala usahanya mahu Boy Iman dikenakan hukuman tidak menjadi realiti.
Walaubagaimanapun, hari ini Boy Iman bangkit meneruskan perjuangannya yang dianggap tiada salahnya di sisi undang-undang. Menerusi akaun instagram miliknya, Boy Iman memberitahu semangatnya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai CEO DBI Group tak pernah luntur.
“Hari pertama bekerja setelah cuti panjang, menjalankan tugas, tanggungjawab dan amanah sebagai Group Presiden CEO di syarikat DBI Group. Kembali mengetuai kapal perang DBI, Setelah melalui “tsunami” yg membuatkan jiwa saya dan team dbirians semakin besar, semakin kental, semakin kuat dan semestinya semakin dahagakan kejayaan”
Boy Iman turut meyakinkan orang ramai bahawa usahanya dalam perniagaan yang dijalankan akan terus mara.
“Insha-Allah, xde ujian dan dugaan yg kuat utk hamba-Nya yg kuat. Jalan terus dan mara tetap mara!”
Sebelum ini peguam Boy Iman menegaskan supaya anak guamannya harus dibebaskan dengan segera.
Sebanyak 6 kali Datuk Boy Iman dan rakan rakan beliau direman dan akhirnya dibebaskan.
Dari reaksi wajah Yusuf Azmi memang nampak jelas beliau tidak berpuas hati tetapi beliau memohon kepada agensi agensi berkaitan dengan kes ini supaya diteliti dengan lebih telus untuk mengelakkan yang salah dibebaskan. Bersabar lah Yusuf!
Sumber: Hangat.com
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2yLrOBK
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2i4IucS
via MerahHatiCintaku.blogspot.com