Beberapa keping gambar yang membuatkan hati sayu ini adalah gambar kanak-kanak di Syria, mangsa peperangan yang tidak mendapat cukup nutrisi, jelas menunujukkan betapa kempen ketenteraan antara rejim Bashar Al-Assad menentang puak pemberontak telah menyebabkan ratusan ribu kanak-kanak menderita kelaparan.
Bagaikan rangka bernyawa, gambar bayi ini yang bernama Sahar Dofdaa adalah bukti mangsa kepada peperangan ini. Tanpa pakaian, yang jelas dilihat hanyalah kulit yang melekat pada tulang. Hinggakan untuk menangis seperti bayi yang lain pun dia tidak mampu.
Sahar adalah bayi yang dilahirkan di sebuah bandar Ghouta Timur, Syria. Bandar tersebut dibedil oleh rejim Bashar sejak tahun 2013 lagi. Akibat kempen yang tidak berkesudahan itu, harga makanan dan bekalan ubat-ubatan sukar untuk didapati, jika ada harganya terlampau mahal yang tidak memungkinkan mangsa-mangsa perang ini mampu untuk membeli.
Bandar Ghouta juga menjadi antara kubu kuat terakhir dikuasai pemberontak sehinggakan hampir 400,000 orang penduduk terkepung di situ, malah ramai diantara mereka adalah kanak-kanak yang kekurangan makanan. Mereka mendapat sedikit sinar apabila konvoi bantuan makanan berjaya tiba di situ pada 23 September lalu, namun hanya cukup untuk 25,000 orang sahaja.
Berbalik kepada kisah Sahar tadi, bayi ini hanya mempunyai berat tidak sampai 2 kilogram yang berusia 34 hari ketika gambar ini diambil. Ibunya bertindak membawa bayi ini ke hospital di Hamouria bagi mendapatkan bantuan. Ibu muda ini hanya mampu menangis kerana tidak mampu menyusukan Sahar disebabkan dirinya juga kekurangan zat, manakala suaminya yang bekerja di kedai daging tidak mampu membeli susu ataupun keperluan lain untuk bayinya itu.
Sahar meninggal dunia pada Ahad lalu, ibu bapa bayi itu kemudiannya membawa pulang jenazah anak tunggal mereka untuk di kebumikan di bandar berdekatan, Kafr Batna. Kematian Sahar menyusul selepas kematian seorang lagi bayi pada hari Sabtu akibat masalah yang sama, menurut Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.
Doktor yang merawat Sahar memberitahu bahawa mereka terpaksa menangani kes serupa hampir berdozen-dozen kes setiap hari, malah angka tersebut terus meningkat. UNICEF sendiri dalam satu kenyataan mengatakan bahawa kanak-kanak di Syria mengalami masalah kekurangan zat yang amat teruk dengan tanda-tanda yang jelas dapat dilihat.
Sumber: Siakapkeli
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2z8nltB
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hb7uQ5
via MerahHatiCintaku.blogspot.com