Saturday, 28 October 2017

Awas, Risiko Sendi Siku Teralih Kalau Angkat Bayi Dengan Cara Menarik Tangannya!


Niat di hati nak gembirakan anak dengan cara memegang kedua-dua belah tangannya dan menghayun seperti putaran kipas helikopter tetapi tanpa disedari perbuatan tersebut boleh menyebabkan kecederaan pada tulang sendi siku anak.

Bahkan kadangkala cara kita mengangkat atau memegang anak pada tangannya atau menarik tangan anak secara tiba-tiba turut boleh menyebabkan tulang pada sendi siku anak teralih dan terkeluar daripada soket sikunya.

Menurut Dr Ahmad Mahyuddin, Pakar Bedah Ortopedik di salah sebuah hospital di Pahang, dalam terma perubatan, kecederaan ini dikenali sebagai 'radial head subluxation'. Ia juga disebut sebagai 'Pulled elbow', 'Nursemaid's elbow' atau 'Babysitter's elbow' kerana kerap juga berlaku ketika kanak-kanak berada dalam jagaan pengasuh.


Sebarang perbuatan menarik tangan anak secara keras dan tiba-tiba boleh menyebabkan kepala dan leher tulang radius terkeluar daripada Annular ligament dan menyebabkan tulang itu tertonjol keluar, kesakitan dan pergerakan siku dan tangan jadi terbatas.

Kecederaan ini kerap berlaku pada bayi baru lahir sehingga berusia 7 tahun namun paling kerap terjadi pada kanak-kanak usia 1 hingga 4 tahun. Ini kerana pada usia ini, tulang dan otot kanak-kanak masih belum matang dan memudahkan kecederaan tersebut berlaku.

Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami kecederaan ini akan mengadu sakit pada sendi siku, siku mungkin bengkak, tulang tertonjol keluar dan pergerakan sendi siku jadi terbatas.


Segera dirawat

Sekiranya anak anda mengadu sakit pada sikunya segera bawa dia berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Ujian X-ray perlu dilakukan untuk memeriksa keadaan sendi siku anak bagi memastikan adakah ia terkeluar dan ada atau tidak kepatahan tulang berlaku.

Jika dirujuk ke hospital, masalah sendi yang terkeluar akan dimasukkan kembali ke dalam soket dan Annular ligament secara Closed Manual Reduction (CMR). Ia hanya dilakukan selepas anak diberi ubat penenang dan penahan sakit.

Doktor akan mengulangi ujian x-ray selepas prosedur CMR bagi memastikan ia telah kembali ke tempat asal. Anak juga akan dipakaikan anduh selama 1 hingga 2 minggu bagi membolehkan tisu yang koyak sembuh seperti sediakala.

Sekiranya anak tidak segera dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana menganggp tiada kecederaan serius berlaku pada anak, ia boleh menyebabkan beberapa risiko seperti:

a. Kelewatan sendi dimasukkan kembali boleh menyebabkan pergerakan sendi siku jadi terbatas, bentuk siku membengkok dan tulang tertonjol.

b. Berisiko mendapat kecederaan pada saraf Posterior Interosseous Nerve (PIN) yang boleh menyebabkan keadaan 'finger drop'. Finger drop ialah keadaan dimana pesakit tidak akan mampu mengangkat dan meluruskan jari-jari beliau akibat kerosakan saraf PIN ini. Kebarangkali sembuh bagi kerosakan saraf PIN adalah agak rendah.

c. Sendi ini akan menjadi longgar. Lebih malang lagi sekiranya anak anda mendapat radang sendi siku atau Osteoarthritis akibat kelewatan ini.

Maka, diharap ibu bapa lebih prihatin dan jangan anggap masalah ini perkara remeh. Ambil perhatian tentang 3 perkara berikut:

1. Elakkan daripada suka menghayan anak-anak.

2. Elakkan daripada menyentap atau menarik tangan anak anda dengan keras.

3. Jika mengangkat atau mendukung anak, sentiasa angkatnya dengan cara memegang badan atau pada bahagian ketiak mereka. Elakkan cara mengangkat anak dari pembaringan dengan menarik tangan mereka.

Rawatan awal mengurangkan risiko kecederaan lebih teruk pada anak anda.

Sumber: http://ift.tt/2oqTF4k


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ln97yP
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2iGrqxS
via MerahHatiCintaku.blogspot.com