Monday, 30 October 2017

'Saya Tidak Izinkan Pihak Hospital Beri Sebarang Suntikan (Vaksin) Terhadap Bayi Kami'


PUTRAJAYA - Viral di media sosial surat yang ditulis oleh seorang lelaki yang meminta pihak hospital tidak mengenakan sebarang suntikan (vaksin) terhadap bayi mereka, mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Gambar surat yang dimuat naik oleh jururawat lelaki, Anwari Hamzah, pada 28 Oktober lalu telah disukai 1,100+ dan dikongsi 1,150 kali oleh pengguna Facebook. 

Berdasarkan surat bertarikh 26 Ogos 2017 itu, bapa kepada bayi meminta pihak hospital mengecualikan bayi mereka dari sebarang suntikan vaksi dengan alasan takut sekiranya Allah mengambil tindakan terhadap mereka kerana menganggap ciptaanNya tidak sempurna. 

"Saya tidak mengizinkan sebarang suntikan dikenakan terhadap bayi kami. Tiada sebarang alasan melainkan bayi ini pada zahirnya anak kami akan tetapi pada hakikatnya adalah Hamba Allah, Ciptaan Allah dan milik Allah. 


"Kami amat takut sekiranya Allah mengambil tindakan terhadap kami dunia akhirat kerana menganggap ciptaanNya tidak sempurna sehingga perlu kepada bahan-bahan tambahan ciptaan makhluk-makhluk yang zalim lagi jahil," tulisnya. 


Kesal dengan ayat yang digunakan lelaki itu, 'zalim lagi jahil', Anwari tampil memberikan pandangannya. 

"Mula-mula aku baca, aku tak adalah kisah sangat. Bad parenting, lepas itu tunggang agama bagai rodeo, dah terbiasa aku baca.

"Tapi bila sampai part "makhluk-makhluknya yang zalim lagi jahil", aku dah triggered. WTH? Kalau kami ini pengamal kesihatan moden dicerca sebagai "makhluk-makhluknya yang zalim lagi jahil", apa tujuan dia datang ke hospital sebenarnya?

"Dalam surat kata tak nak disuntik sebab takut dituduh tak yakin anaknya dicipta sempurna. Habis datang hospital untuk apa? Tak yakin ke dengan kesempurnaan anak itu sampai sanggup datang ke tempat "makhluk-makhluknya yang zalim lagi jahil" bertugas, yakni hospital?

"Sampai dia sanggup datang kepada "makhluk-makhluknya yang zalim lagi jahil" untuk dapatkan 'confirmation' yang anak dia sempurna, kenapa? Bukankah kami ini agen Dajjal, 33rd degree Freemasonry, ahli Kaballah dan sebagainya?

"Ironi. Hang datang hospital untuk dirawat lepastu hang cerca staff hospital sebagai zalim dan jahil. Adakah dia ni dulu pernah terjatuh dan terhantuk kepala sampai membesar dengan sebegini bodohnya?

"Persoalan paling penting, adakah kami ni "makhluk-makhluknya yang zalim lagi jahil", atau dialah sebenarnya yang ZALIM DAN JAHIL dengan menidakkan hak anaknya untuk hidup sihat? Sekian," tulis Anwari. 


Meskipun ramai yang bersetuju dengan jururawat berkenaan, ada segelintir netizen yang mula mempertikaikan tindakannya mendedahkan surat itu tidak berintegriti walaupun tidak mendedahkan nama pasangan berkenaan. 

"Kasihan ibu bapa ini. Tiada integriti dalam staff kesihatan yang memviralkan surat parents berkenaan untuk dibodoh-bodohkan oleh mereka. Cuma pelik bin ajaib, bila pula doktor di Malaysia ini jadi pencipta vaksin sampai terasa sangat digelar zalim dan jahil?" kata Zulaikha Zafirah.



Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hq7iN8
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gP6Yqq
via MerahHatiCintaku.blogspot.com