KWSP Malaysia menerusi satu perkongsian di laman Twitter rasmi mereka memaklumkan mengenai pembayaran bagi permohonan i-Sinar bagi bulan April.
Menurut perkongsian berkenaan, bayaran bagi bulan April sedang dibuat secara berperingkat sehingga 16 April 2021. Para ahli boleh mendapatkan status bayaran terkini melalui i-Akaun(Ahli) ataupun menghubungi talian Hotline Khas i-Sinar di 03 89224848 .


KWSP juga memaklumkan bahawa pengkreditan amaun ke amaun bank adalah dalam masa 1-5 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank anda.
Dalam pada itu, KWSP juga menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli sepanjang proses pembayaran dilaksanakan.
Sumber: KWSP, Siakap Keli
The post Bayaran i-Sinar bulan April dibuat secara berperingkat sehingga 16 April 2021 first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/3uCK3SX
via Denaihati.com