Menurut sumber Berita harian, kerajaan menafikan dakwaan akan menguatkuasakan larangan rentas daerah bagi suatu tempoh sebelum dan selepas Aidilfitri yang dijangka disambut pada 13 Mei ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia berikutan prosedur operasi standard (SOP) bagi sambutan Aidilfitri masih belum diumumkan kepada orang ramai.
Katanya, SOP sambutan Aidilfitri itu sebaliknya sedang diperhalusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara.
Namun, pergerakan merentas daerah adalah dibenarkan kecuali bagi Sabah dan Sarawak.
Ini kerana, status Covid-19 masih berada di tren tidak stabil dengan nilai Kebolehjangkitan (R-Naught) masih melepasi angka 1.0. dan bilangan kluster termasuklah kluster pendidikan masih tinggi sejak 20 hari lalu.
Selain itu, Ismail Sabri meminta agar rakyat tidak salah faham mengenai status prosedur operasi standard (SOP) sempena Aidilfitri yang mengatakan tempoh SOP merentas daerah berkuatkuasa lima hari sebelum dan selepas Aidilfitri dijalankan.
Ianya Fake! Saya tidak pernah mengumumkan mengenai status SOP Aidilfitri, iaitu sambutan sempena Aidilfitri seperti, Takbir, Solat Aidilfitri, Kunjung mengunjung akan diumumkan” jelasnya ketika sidang media harian hari ini.
Sumber: Berita Harian
The post SOP sambutan Aidilfitri belum umum lagi, sedang diperhalusi – Ismail Sabri first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/3aJZRfo
via Denaihati.com