Monday, 5 April 2021

Hati boleh tumbuh? Ada 9 fakta menarik tentang diri manusia

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Korang mesti ada yang tak tahukan sebenarnya ada 9 fakta best pasal diri korang. hehe.

Jom ikuti perkongsian daripada Dr. Samhan di twitter beliau tentang fakta-fakta yang menarik tentang diri kita. No 9 mesti korang bari tahukan? samalah macam min. haha.

1. Tahukah anda, satu-satunya organ yang akan tumbuh kembali selepas didermakan adalah hati.

2. Tahukah anda, kuku kita ni terdiri dari sejenis protein bernama keratin dan ianya juga merupakan sel mati yang keluar melalui jari. Sebab tu tak sakit bila dipotong. Oh ya, kuku di jari lagi cepat panjang berbanding kuku kaki tau.

3. Tahukah anda, tahi telinga tu bukanlah tahi tapi peluh. Tujuan tahi telinga ni untuk melindungi kita dari bakteria, debu, kotoran dan air. Tak perlu korek tau, nanti dia akan keluar sendiri. Lainlah tahi telinga tu sampai keluar. Tu janganlah dibiarkan. Hehe

4. Tahukah anda, perempuan ni lebih banyak lemak berbanding lelaki? Lelaki lebih cepat membakar lemak berbanding perempuan. Bertabahlah ya. Hehe

5. Tahukah anda, otot kita akan letih bila bekerja secara berterusan. Satu-satunya otot yang tak pernah letih adalah jantung. Bila kita jalan, jantung kita berjalan. Bila kita berhenti, jantung kita tetap berjalan. Namun bila jantung kita berhenti, kita pula yang akan ‘jalan’

6. Tahukah anda, otak kita ni terbentuk sempurna pada purata usia 26 tahun. Jangan hairan kenapa kita masa muda dulu perangai merepek. Hahaha.

7. Tahukah anda, bakteria pada skrin telefon lebih banyak dari bakteria pada mangkuk tandas. Haha! Bila last time lap skrin telefon tu?

8. Tahukah anda, dianggarkan 10% penduduk dunia ni bertangan kidal. Genetik merupakan faktor utama seseorang tu boleh bertangan kidal. Cuba angkat tangan siapa yang kidal? Hehe

9. Jika rumah kita ada penapis udara, maka pada badan kita ni ada penapis bernama ‘buah pinggang’. Penapis ni lagi power. Sebab ianya boleh tapis benda tak ada khasiat yang kita makan. Kalau nak guna penapis ni lama, jangan ambil garam, gula serta makan terproses selalu.

Kredit: Dr. Samhan

The post Hati boleh tumbuh? Ada 9 fakta menarik tentang diri manusia first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/3cOpSLO
via Denaihati.com