Siapa yang tidak sukakan pujian? Tidak kira kanak-kanak, remaja atau orang dewasa, ada masanya mereka suka dipuji kerana ia menghadirkan perasaan dihargai. Masih ingat sewaktu kecil dahulu, jika sesuatu yang kita lakukan dipuji oleh ibu bapa atau guru, bangganya tidak terperi.
Menurut Imam Ghazali ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan seseorang gila pujian. Berikut kami kongsikan tiga daripadanya:
1- Merasa Sempurna
Menurut Imam Ghazali, perasaan bahawa dirinya sempurna adalah sebab terkuat yang membuat seseorang suka dipuji. Dia rasa bahawa dia tidak salah dan seorang yang baik, maka dirinya berhak menerima pujian.
2- Hatinya Telah Terperangkap Dengan Sanjungan Orang
Kedua, kerana hatinya telah terperangkap dengan sanjungan dan pujian orang.
Pujian boleh mengasyikkan orang yang dipuji lebih-lebih lagi apabila pujian itu disampaikan di hadapan orang. Hatinya akan mula terasa bangga walhal jika dia dikutuk oleh orang meskipun sedikit, ia terasa berkali ganda menyakitkan.
3- Petanda Bahawa Hati Seseorang Telah Dekat Dengannya
Apabila seseorang kerap memujinya, ia dapat menjadi petanda bahawa hati orang yang memuji telah condong dan suka kepadanya. Dalam kata lain, dia sedikit sebanyak telah berjaya mendapatkan perhatian orang.
Kesimpulan
Setiap sesuatu itu jika berlebih-lebihan tetap tidak baik untuk diri. Samalah dalam hal pujian. Ia boleh menaikkan semangat orang untuk melakukan usaha lebih baik dalam hidup. Jika berlebihan, ia tidak mustahil boleh menyebabkan seseorang itu menjadi sombong, overconfident, seterusnya tidak dapat menerima kritikan daripada orang lain.
Usahlah memuji secara melampau sehingga boleh mendatangkan penyakit hati kepada orang yang dipuji. Pujilah seadanya dengan tujuan menghargai.
Sumber: Tzkrh
The post 3 sebab manusia sukakan pujian orang lain first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/3j4UI5Y
via Denaihati.com