Wednesday, 18 August 2021

Lelaki ini kongsikan Tips langsaikan hutang PTPTN dengan pantas

Tips untuk langsaikan hutang PTPTN dengan pantas yang telah dikongsikan oleh Tuan Hafizul Hakim.

Nak ditakdirkan, hutang PTPTN saya bukannya sikit. Saya menuntut dalam bidang profesional (elektrik) di sebuah universiti swasta dan mengambil pembiayaan penuh PTPTN.

Kos pembiayaan bagi bidang ini mencecah RM60,000 bagi 4 tahun pengajian. Maksudnya, sebaik saja saya ‘graduate’, selepuk ada hutang RM60,000 yang perlu dilangsaikan kepada PTPTN.

Dan jumlah ini belum lagi termasuk bunga atau kos pentadbiran.

Lepas graduate, saya mula bekerja. Jadi guru sandaran selama 6 bulan kemudiannya sebagai jurutera. Cukup la untuk tampung perbelanjaan harian, bayar hutang PTPTN, menabung untuk kahwin, dan ada lebih sedikit untuk beri kepada mak dan ayah.

Menggunakan teknik snowball, saya susun hutang dari kecil hingga paling besar. PTPTN ni ‘bad debt’ terakhir saya. Dan ia berjaya dilangsaikan pada Oktober 2020. Best wo!

Untung ke selesaikan hutang awal?

Ya! Apabila dikira, ROI yang tinggi: Sebagai contoh , baki hutang PTPTN RM40,000 , ansuran bulanan RM600 selama 9 tahun (selepas Ujrah), ROI = 18%.

(RM600 x 12 bulan) bahagi RM40,000 = 18%

Kalau baki hutang PTPTN RM40K , ROI = 18% , ia jauh lebih tinggi ROI berbanding cuba untuk melabur. Korang belum tentu dapat pulangan setinggi itu.

Langkah #1: Buat segala kira-kira yang perlu Pertama sekali, kita mesti tahu berapa lama boleh bayar habis loan PTPTN dengan kadar minima sedia ada.

Contoh baki PTPTN ialah RM40,000. Monthly bayar minima RM600. Kalau ikut jadual, hutang langsai sekitar 6 tahun iaitu tahun 2027

Langkah #2: Berapa baki Akaun II KWSP? Saya diberitahu yang kita boleh memohon pengeluaran KWSP Akaun 2. Jadi check baki akaun KWSP II sekarang. Tengok berapa maksima dapat diguna bagi bayar hutang PTPTN. Kalau dapat settle habis, lagi bagus.

PTPTN akan bagi dokumen yang perlu kita bawa ke Pejabat KWSP. Lepas itu, mereka akan masukkan terus amaun pengeluaran KWSP tadi ke dalam Akaun PTPTN kita melalui sistem komputer.

Langkah #3: Baki tinggal (jika ada) Sekiranya masih ada baki selepas tolak dari KWSP, but kira-kira dan langsaikanlah secepat mungkin hutang tu. Kalau kita mampu bayar RM1,000 sebulan. Teruskan aje bayar begitu. Lagi cepat lagi bagus.

Jumlah minima ditambah dengan lebihan wang sedia ada. Mana nak cekau duit, korang boleh fikir sendiri. Ambik upah jadi grabfood ke, grabcar ke, jadi agen takaful atau emas. Optimize kan masa muda untuk langsai hutang seawal mungkin.

Di hujung terowong, ada sinar. Nikmat korang tiada hutang jahat sangatlah besar. Tanyalah pada orang yang dah berjaya bebas dari hutang ni.

Yang bestnya, selepas bebas dari hutang. Kita ada lebihan tunai yang besar setiap bulan. Jangan la dibuat hutang yang baru terus. Penuhkanlah semaksima mungkin tabung simpanan kita.

Mula dengan Dana Kecemasan 3-6 bulan gaji. Dana pergi haji umrah. Dana Pendidikan anak-anak. Dan sebagainya. Dana pelaburan hartanah Dana emas.

Begitulah.

Kredit: Hafizul Hakim

The post Lelaki ini kongsikan Tips langsaikan hutang PTPTN dengan pantas first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/2W2wxw3
via Denaihati.com