Sunday, 8 August 2021

Kenapa Muharram dipilih sebagai bulan haram

Nama-nama bagi bulan Islam yang bermula daripada Muharram sehingga Zulhijjah telah dinamakan oleh Ka’ab bin Murrah yang merupakan datuk Rasulullah SAW yang kelima.

Kalau dilihat dalam kalendar ini, ada empat daripadanya yang merupakan bulan haram, iaitu Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah. Ini adalah berdasarkan kepada firman Allah yang menyebut;

Mafhum: “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dan Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi. Di antaranya empat bulan yang dihormati.” (Surah At-Taubah, 9:36)

Jika diamati lagi, yang dimaksudkan dengan bulan haram adalah kerana ia bulan-bulan yang diharamkan berperang dan itu menjadikannya sebagai bulan yang dihormati.

Allah mengharamkan sebarang bentuk perpecahan dan kezaliman dilakukan pada bulan ini. Sebab itu, masyarakat Arab dahulu akan mengambil peluang untuk duduk di rumah sahaja.

Ia dinamakan dengan Muharram kerana membawa maksud haram untuk berperang dalam bulan ini.

Namun, pasti anda tertanya mengapa Muharram dipilih sebagai bulan haram. Menurut para ilmuwan, ia adalah kerana Muharram ini sangat dekat dengan orang yang baru pulang dari ibadah Haji.

Jadi, ia adalah untuk memberi ruang kepada mereka bermusafir (perjalanan pulang) dan juga berehat sekaligus dapat merasakan amannya perjalanan tersebut.

Ia juga merupakan sebab Muharram dipilih sebagai permulaan kepada tahun baru umat Islam dalam kalendar Hijri.

Tiada amalan khusus yang diriwayatkan telah dilakukan oleh Baginda SAW. Namun, boleh sahaja mengambil peluang ini untuk berpuasa sunat dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang lain.

Kerana bulan Muharram yang merupakan permulaan kepada tahun baru bagi umat Islam boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk anda melakukan sesuatu.

Sumber: Tzkrh

The post Kenapa Muharram dipilih sebagai bulan haram first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/3ywDRyk
via Denaihati.com