Tuesday, 17 August 2021

Puasa sunat Tasuu’a dan Asyura’ di bulan Muharram

Puasa yang paling afdal selepas bulan Ramadan ialah puasa pada bulan Muharram. Fadilat ini adalah berdasarkan hadis sahih. Maka sesiapa yang ingin perbanyakkan puasa sunat, lakukanlah ia dalam bulan Muharram ini. Berdasarkan hadis Nabi SAW :

Dan puasa yang paling afdal selepas bulan Ramadan ialah berpuasa pada bulan Allah al-Muharram. Riwayat Muslim (1163)

Muharram merupakan satu-satunya bulan yang disifatkan sebagai bulan Allah (شهر الله) berdasarkan hadis sahih. Sesebuah tempat, seseorang individu, dan sesuatu masa, apabila disandarkan kepada Allah maka secara automatiknya ia menjadi mulia.

Pada bulan Muharram terdapat anjuran berpuasa pada 10 Muharram atau disebut sebagai Hari Asyura. Rasulullah SAW ditanya berkenaan berpuasa pada Hari Asyura, baginda mengatakan :

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ

Maksudnya : (Puasa hari Asyura) menghapuskan (dosa-dosa kecil) setahun yang berlalu. Riwayat Muslim (1162)

Disunatkan juga kepada umat Islam untuk berpuasa pada hari Tasu’a merujuk kepada 9 Muharram. Berdasarkan hadis Nabi

لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ

Maksudnya : Sekiranya aku masih hidup pada tahun depan, nescaya aku akan berpuasa pada hari ke-9 (Muharram). Riwayat Muslim (1134).

Satu-satunya bulan yang disifatkan sebagai bulan Allah (شهر الله) berdasarkan hadis sahih ialah bulan Muharram.

Sumber: Muhammad Fahmi

The post Puasa sunat Tasuu’a dan Asyura’ di bulan Muharram first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/37PygaD
via Denaihati.com