Tuesday, 31 August 2021

Pingat emas Ziyad dibatalkan, protes daripada atlet Ukraine

ATLET paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, terlepas pingat emas apabila kemenangannya dibatalkan selepas dia dianggap tersingkir kerana dikatakan lewat masuk ke call room sebelum pertandingan dimulakan.

Menurut laman Facebook Team Malaysia, pingat emas itu secara rasmi diberikan kepada atlet Ukraine, Maksym Koval, yang membuat bantahan selepas kemenangan Ziyad.

Astro ARENA pula melaporkan, protes itu membabitkan tiga atlet termasuk Ziyad yang dikatakan lambat masuk ke call room sebelum pertandingan dimulakan.

“Ada protes dari atlet Ukraine. Ziyad salah seorang dari 3 atlet yang telah lambat masuk ke call room sebelum pertandingan dimulakan. Maka, Penyertaan Ziyad dibatalkan.

“Maka, penyertaan Ziyad dibatalkan. Kemenangan emas Ziyad dibatalkan serta-merta. Emas diraih atlet dari Ukraine Maksym Koval,” lapor Astro ARENA.

Terahulu, Ziyad secara tidak rasmi berjaya meraih pingat emas kedua untuk negara dan memecahkan rekod dunia pada acara akhir lontar peluru F-20, menerusi lontaran ketiganya, dengan catatan 17.94 meter.

Pegawai Kontinjen Malaysia ketika ini sedang membuat rayuan dan difahamkan ia sedang dibincangkan oleh penganjur, menurut kemas kini Astro ARENA.

Kredit: Astro Awani

The post Pingat emas Ziyad dibatalkan, protes daripada atlet Ukraine first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/2V1gLRY
via Denaihati.com