Thursday, 30 September 2021

Barang mahal paling berkualiti dan tahan lama

Beli yang mahal lah, lebih berkualiti.

Apa yang kita fikir, mereka akan sedia bahan yang berkualiti, tahan lama dan sedap dipakai juga lebih berkesan

Ini banyak terjadi bila beli barang elektronik dan barang-barang yang kita nak guna lama.

Rasanya, geng iphone pon banyak guna alasan ni. Betul tak?

Cerita haritu,

Ibu hantar gambar alat buat roti dalam group “tolong belikan ni” tapi ada yang bersuara. Nanti pergi senheng lah beli, dekat wowshop entah elok ke tidak produk tu.

Tapi ibu bijak, ada sokongan. Cik nani cakap, produk ni okay.

Ada yang kata, alat buat roti tu ada harga yang murah ada harga yang mahal. Guna yang murah pon masih juga berfungsi dan berbakti.

Saya balas juga “jika beli yang mahal, tapi buatnya tidak. Tak ada juga rotinya. Baik beli. Bukan begitu?”

Dalam buku, All marketers tell stories. Dia beri contoh menarik.

Hipotesis nya begini,

Minum wine dalam gelas yang mahal lebih sedap daripada minum wine dalam cawan biasa. Tidak kita wine itu 200 dollar atau 20 dollar.

Apabila buat kajian oleh pakar wine, hipotesis ini di tolak. Tetapi, bila bertanya kepada ramai orang yang minum wine. Hipotesis ini diterima.

Kuasa bercerita dari mulut ke mulut, dan orang percaya.

Orang berminat dengan fakta tapi cara penyampaian dengan cerita itu lebih dekat dan kena dengan manusia yang punya emosi

We believe what we want to believe, and once we believe something, it becomes a self-fulfilling truth

Seth Godin,
All marketers tell stories.

cuba periksa pernah atau tidak kita berfikir begini,

“lepas dapat gaji aku nak beli handbag Gucci sebagai ganjaran sebab sudah bekerja keras untuk bulan ini. Satu kepuasan sebab Gucci adalah jenama yang terkenal, apabila pakai akan buat diri rasa lebih yakin dan lebih cantik”

sedangkan banyak sahaja beg tangan yang ada diluar sana termasuk jenama tempatan, ini lah yang dikatakan oleh seth godin dan apa yang digunakan oleh jenama-jenama besar seperti nike dan adidas. Mereka menjual cerita.

consumer covet things that they believe will save them time or make them prettier or richer

yang dah penat dengan jerawat, cuba pakai serum Ainaabeauty sebab banyak testimoni yang sudah berjaya https://denaihatinetwork.onpay.my/order/form/ainaaserum

The post Barang mahal paling berkualiti dan tahan lama first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/3uAdVkf
via Denaihati.com

Vaksin COVID-19: Pharmaniaga sudah bersedia untuk PICK Remaja

KUALA LUMPUR: Syarikat farmaseutikal tempatan, Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) sudah bersedia dengan persiapan untuk membekalkan vaksin COVID-19 bagi menjayakan program PICK Remaja.

Ahli Farmasi, Hal Ehwal Regulatori, Pharmaniaga Berhad, Norhana Nawawi Suri berkata, ia termasuk persiapan mendapatkan kelulusan serta proses membawa masuk bahan mentah vaksin untuk dibotolkan dari China.

“Untuk persediaan Pharmaniaga, kami memang komited dan sentiasa bersedia untuk memastikan pembekalan vaksin yang berterusan, selaras dengan program PICK untuk golongan remaja ini.

“Jadi pelbagai persiapan telah dilakukan termasuk memfailkan permohonan untuk mendapatkan kelulusan, mempersiapsiagakan kilang dan proses untuk membawa raw material dari negara China untuk di diproses atau dibotolkan, dan semua perkara tersebut sedang dilakukan dan on going, kami bersedia,” katanya.

Sementara itu, ibu bapa disaran bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menyokong usaha vaksinasi COVID-19 ke atas kanak-kanak berusia bawah 12 tahun pada masa akan datang.

Antara persediaan yang boleh diambil negara bermula dari sekarang ialah:

1. Mengingatkan diri mereka bahawa mereka pernah menerima vaksin semasa kecil

2. Berkongsi maklumat tentang kepentingan vaksin dan apa yang dijangka akan berlaku semasa proses pemberian vaksin itu.

3. Yakinkan kepada ibu bapa bahawa penting untuk melindungi golongan kanak-kanak tersebut agar mereka dan orang sekelilingnya dilindungi.

4. Memastikan anak-anak sihat dan jika mereka menunjukkan simptom, rekod dan dapatkan rawatan sewajarnya.

5. Memantapkan komunikasi sama ada di pejabat, media sosial dan media elektronik mengenai keyakinan terhadap vaksinasi ke atas kanak-kanak

Pada Mei lalu, Badan Regulatori Eropah meluluskan pemberian vaksin Pfizer untuk remaja berumur 12 hingga 15 tahun.

Kemudian, pada June lalu, vaksin Moderna diluluskan untuk kegunaan remaja 12 hingga 17 tahun.

Program imunisasi telah bermula sejak Jun 2021 melibatkan United Kingdom,Denmark, Sepanyol, Perancis, Jerman dan Itali.

Amerika Syarikat dan Kanada pula mula melakukan vaksinasi ke atas remaja 12 tahun ke atas melalui vaksin Pfizer selepas diluluskan pada Mei 2021.

Kelulusan penggunaan vaksin Pfizer ke atas remaja 12 tahun ke atas di Singapura pula adalah pada Jun lalu, manakala Jepun dan Filipina meluluskan penggunaan vaksin sama pada Mei 2021.

China pula telah meluluskan vaksin keluaran syarikat Sinovac bagi kanak-kanak 3 hingga 17 tahun dan diikuti Chile, Indonesia dan Kemboja.

Dalam pada itu, Pharmaniaga juga akan memastikan bekalan bagi dos ketiga atau dos penggalak vaksin COVID-19 untuk orang dewasa mencukupi.

“Bercakap mengenai dos penggalak, sebenarnya ia bukan perkara baharu, kerana dos penggalak ini telah diberikan untuk vaksin-vaksin lain juga, bergantung kepada keperluan.

“Jadi, kami sebagai salah seorang pemain atau partner, perlu menjalankan tanggungjawab kami untuk menyediakan bekalan vaksin yang mencukupi jika perluasan itu dilakukan kepada seluruh rakyat atau orang dewasa untuk booster dose,” ujarnya lagi.

Sumberr: Awani

The post Vaksin COVID-19: Pharmaniaga sudah bersedia untuk PICK Remaja first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/3CUtIgG
via Denaihati.com

Wednesday, 29 September 2021

Swimming in an Uncertain Sea


By BY BONNIE TSUI from NYT Travel https://ift.tt/3ATKuMh


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3umPZAS
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Kabocha Pork Stir Fry (Video) かぼちゃのそぼろ炒め

A white ceramic containing Kabocha Pork Stir Fry.

Kabocha Pork Stir Fry is a simple yet satisfying dish you'll enjoy when kabocha is in season. It's a one-pan wonder for a weeknight dinner!

READ: Kabocha Pork Stir Fry (Video) かぼちゃのそぼろ炒め



from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3F1h1me
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

In East Africa, Safari Workers Wash Cars, Fry Fish and Struggle to Survive


By BY CEYLAN YEGINSU from NYT Travel https://ift.tt/3ARhfJX


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3EXWP4N
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Tuesday, 28 September 2021

At This Renowned English Garden, Getting Your Hands Dirty Is the Point


By BY SUSAN CHIRA from NYT Travel https://ift.tt/3zN3o6f


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3a0bsq1
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

At This Renowned English Garden, Getting Your Hands Dirty Is the Point


By BY SUSAN CHIRA from NYT Travel https://ift.tt/3obV120


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3kKJRPI
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Doa yang boleh diamalkan ibu supaya dipermudahkan urusan bersalin

Proses melahirkan anak adalah proses akhir pada fasa kehamilan dan jangka masa bersalin berbeza-beza bergantung kepada individu.

Kebiasaannya, wanita yang hamil kali pertama mungkin mengambil masa 13 jam untuk bersalin berbanding dengan wanita yang pernah bersalin.

Ramai di kalangan ibu yang berkongsi pengalaman melahirkan yang sangat luar biasa. Kesakitannya tidak dapat ditanggung. Bayangkan, kesakitan mengandung telah ditanggung oleh ibu selama 9 bulan ditambah pula dengan kesakitan semasa melahirkan dan proses selepasnya.

Itu adalah salah satu bukti bahawa tingginya jasa dan taraf seorang wanita yang bergelar ibu dan disebabkan itu mereka perlu sentiasa dihormati.

Namun, untuk anda yang bakal melahirkan cahaya mata, ada banyak cara yang boleh membantu memudahkan urusan kelahiran anda seperti melakukan aktiviti ringan dan sebagainya.

Dan, antara cara yang paling mudah ialah dengan memohon kemudahan daripada Allah SWT dengan memperbanyakkan doa dan zikir kepadaNya.

Imam Nawawi menyebut melalui karyanya mengenai beberapa ayat Al-Quran yang boleh diamalkan untuk membantu urusan kelahiran ibu yang ingin bersalin.

Diceritakan bahawa ketika Saidatina Fatimah ingin melahirkan anaknya, Rasulullah SAW pernah berpesan kepadanya untuk melazimi ayat Qursi dan disekalikan dengan potong ayat daripada surah Al-A’raf.

إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّـهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ ۗ أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ ۗ تَبَارَكَ اللَّـهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ 

Mafhum: “Sesungguhnya tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Ia bersemayam di atas Arasy, Ia melindungi malam dengan siang yang mengirinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.” (Surah Al-A’raf, 7:54)

Selain daripada dua ayat di atas juga, ada beberapa surah ringkas yang boleh dibaca seperti surah Al-Falaq dan An-Nas kerana ia adalah antara ayat yang boleh dibaca untuk memohon perlindungan.

Yang paling penting dan mudah ialah boleh sahaja memperbanyakkan zikir dan selawat agar urusan bersalin itu berjalan dengan lancar.

Kredit: Tzkrh

The post Doa yang boleh diamalkan ibu supaya dipermudahkan urusan bersalin first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/3iaiblB
via Denaihati.com

At Great Dixter, Getting Your Hands Dirty Is the Point


By BY SUSAN CHIRA from NYT Travel https://ift.tt/3F0fsos


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3upY8o3
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Monday, 27 September 2021

Miso Glazed Eggplant 茄子の味噌焼き

A white plate containing Miso Glazed Eggplant.

Nicely caramelized with tender texture, this oven-baked Miso Glazed Eggplant is easily the dream dish of any eggplant lover!

READ: Miso Glazed Eggplant 茄子の味噌焼き



from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2XR8XU7
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Intimate Portraits of Mexico’s Third-Gender Muxes


By BY NÚRIA LÓPEZ TORRES from NYT Travel https://ift.tt/3zKR9av


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3ALyvk1
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Sunday, 26 September 2021

Kenaikan Kes Covid-19 dorong ramai beli Transfer Factor

Terbaca satu abstrak di website National Libarary of Medicine bertajuk

Transfer Factor as an Option for Managing the COVID-19 Pandemic.

Covid-19 or SARS-CoV-2, a new RNA virus with high infectivity, and seemingly low mutability, which appeared in 2019 in the Wuhan province of China, has created a pandemic with dire consequences. At the end of May 2020, it became the first cause of mortality. As no treatment or vaccine may become available before many months, and because occurrence of similar pandemics is only a matter of time, arguments are presented here for testing the effect of transfer factor (TF), an immunomodulator devoid of toxicity, which has been extensively studied in the past for the treatment and prevention of viral infections.”

Peningkatan berterusan kes Covid-19 membuatkan ramai mendapatkan Transfer Factor di pasaran online.

Pada satu ketika kes terlalu banyak, wad semakin kritikal dan tidak cukup. Katil semua penuh sehingga ada pesakit Covid yang terpaksa baring di atas lantai. Frontliner sudah semakin letih mental dan fizikal.

Di samping ikhtiar yang Kerajaan salurkan melalui vaksin, ramai turut tambah usaha sendiri dengan persiapkan sistem imun.

ALLAH sudah jadikan sistem imun sebaik-baiknya sebagai doktor peribadi yang mampu mempertahankan tubuhbadan secara semulajadi dari ancaman apa sahaja musuh yang masuh dalam badan.

Jadi sangat penting untuk kita menyokong sistem imun supaya sentiasa kekal optimum.

Ramai yang memilih molekul imunoterapi sebagai ikthiar untuk optimumkan sistem imun badan.

Molekul Imunoterapi Transfer Factor

Transfer Factor adalah

molekul imunoterapi yang memindahkan maklumat pertahanan semulajadi dari satu entiti kepada yang lain, seperti antara ibu dan bayi penyusuannya.

Memberi sokongan dan keseimbangan asas kepada badan anda Setiap kapsul mengandungi 300mg molekul imunoterapi Transfer Factor yang diekstrak daripada kolostrum lembu dan kuning telur ayam.

Produk ini unik kerana ia mengandungi transfer factor. Transfer factor adalah molekul pengutus yang memindahkan maklumat tindakbalas semulajadi badan dari satu entiti ke satu entiti yang lain, seperti di antara ibu dan bayi yang disusukannya

Cara Membeli Transfer Factor

Boleh dibeli secara online dan buat bayaran secara online menggunakan debit kad atau kredit kad. Kalau tak ada debit kad atai kredit kad boleh hubungi Independent Affiliate yang disenaraikan.

Belian secara online sila klik @ MY SHOP

Atau

Hubungi rakan-rakan yang paling dekat dengan anda, klik je Independent Affiliate Transfer Factor Malaysia

The post Kenaikan Kes Covid-19 dorong ramai beli Transfer Factor first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/3mhxrhV
via Denaihati.com

Saturday, 25 September 2021

Pengunjung ingkar SOP di Pantai Bagan Lalang dikenakan kompaun minggu depan

Pengunjung Pantai Bagan Lalang di sini, yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mencegah penularan COVID-19 akan dikenakan kompaun mulai minggu depan

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Datuk Abd Hamid Hussain, berkata mereka yang ingkar akan dikompaun sehingga RM 2,000 bagi individu manakala RM 10,000 membabitkan syarikat atau perbadanan.

Katanya, kompaun itu akan dikeluarkan mengikut P17(1) AKPB88.

Tambahnya, tindakan tegas itu diambil selepas pihaknya bertolak ansur selama dua minggu ketika pemantauan di kawasan berkenaan, dengan memberikan pendidikan kesihatan kepada pengunjung.

“Pemeriksaan memang dijalankan, jadi kita harap mereka dapat patuh SOP. Saya nasihatkan pengunjung, dengan kapasiti yang ramai ini, kita harap mereka dapat mengawal secara kendiri tanpa menunggu penguat kuasa.

“Jadi sekiranya penguat kuasa datang, kompaun yang saya katakan tadi boleh dilaksanakan” katanya pada sidang media mengenai SOP Bagan Lalang pada Sabtu.

Sementara itu, Abd Hamid berkata, terdapat peningkatan kutipan sampah di kawasan itu sehingga mencecah enam tan pada hujung minggu.

“Sama-sama kita ambil bahagian untuk jaga kebersihan pantai sebab tak nak lebihan makanan dicampakkan ke laut, tepi pantai dan sebagainya yang akan beri kesan kepada alam sekitar.

“Kalau boleh guna tong sampah yang kita sediakan dan dengan inisiatif pengunjung sendiri, bawa balik sampah tersebut. Contohnya, datang dari Gombak, bawalah balik buang di Gombak, kalau datang dari Semenyih bawalah balik buang di Semenyih supaya tidak memberi beban kepada orang Sepang untuk uruskan sampah yang tuan-tuan bawa ke sini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya memeriksa 243 premis serta 2,968 pengunjung pantai berkenaan antara 16 sehingga 24 September lalu.

“Sebanyak 34 daripada 243 premis gagal mematuhi SOP selain seramai 98 pengunjung dan peniaga dikenal pasti tidak lengkap vaksinasi dan diarahkan pulang serta-merta,” katanya.

Sumber: Awani

The post Pengunjung ingkar SOP di Pantai Bagan Lalang dikenakan kompaun minggu depan first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/2WhRoMw
via Denaihati.com

Manfaat memberi kemafaan terhadap diri sendiri

Mengapa kita perlu memberi kemaafan? Persoalan ini mungkin sering juga berlegar di pemikiran anda terutamanya ketika berlakunya sesuatu kejadian yang bukannya datang dari kesalahan anda, namun anda sendiri dinasihati untuk memberi kemaafan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Dari segi kewajarannya, ia adalah untuk menjadikan sesuatu masalah itu dapat diselesaikan dengan baik dan penuh rasional. Apabila kemaafan diberi, manusia cenderung untuk membuat keputusan bukan berdasarkan emosi dan dendam semata-mata.

Bahkan, dalam beberapa kajian juga menyebut bahawa, memberi kemaafan boleh mendatangkan beberapa manfaat besar kepada kualiti diri seseorang terutamanya dari segi kesihatan mental dan juga emosi.

Selain itu, ia sendiri mampu membantu menurunkan tekanan kepada diri seseorang kerana insan tersebut berada dalam keadaan menerima situasi tersebut dengan tenang dan sekali gus boleh melatih dirinya untuk lebih stabil.

Mafhum: “Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka, dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).” (Surah Al-Baqarah, 2:10)

Jangan Bawa Masalah Ini Sentiasa

Saya tertarik untuk berkongsi perkongsian daripada Ustaz Mizi Wahid yang menyebut bahawa kita memaafkan bukan untuk diri orang tersebut, namun untuk manfaat diri sendiri.

Kita melihat bahawa manfaat memberi kemaafan kepada diri sendiri amat banyak sama ada dari segi kesihatan fizikal dan juga mental.

Bahkan, bukan itu sahaja kerana Allah juga akan memberi ganjaran yang sangat besar kepada insan yang memberi kemaafan.

Kemaafan juga membuktikan bahawa kita telah menang, iaitu menang daripada insan yang telah melukakan anda.

Kemenangan ini jugalah yang telah menyekat daripada masalah untuk melanda anda. Apabila anda memaafkan, maka perlahan-lahan juga anda sedang melatih minda daripada tidak tersekat dengan permasalahan yang melanda.

Sekali gus, anda tidak akan membawa masalah anda ke dalam mana-mana situasi seperti memikirkannya di tempat kerja atau sehingga merosakkan fungsi kehidupan anda.

Sedangkan, masalah-masalah inilah yang telah melemahkan tenaga dan pemikiran anda serta menjadikan anda kurang fokus terhadap pekerjaan atau aktiviti seharian.

Oleh itu, manusia diajar untuk memberi kemaafan bagi melatih kekuatan hati dan minda kita supaya lebih rasional dalam setiap perkara yang dilakukan.

Kredit: Tzkrh

The post Manfaat memberi kemafaan terhadap diri sendiri first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/3EUEGo6
via Denaihati.com

Whales So Close You Can Touch Them: A Family Adventure in Canada


By BY RONDA KAYSEN from NYT Travel https://ift.tt/2XLY5H4


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Y19rY7
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Whales So Close You Can Touch Them: A Family Adventure in Canada


By BY RONDA KAYSEN from NYT Travel https://ift.tt/3i6TNRM


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2XPkVxu
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Friday, 24 September 2021

Baby Food in Japan – Readers’ Questions

baby with food on mouth

Want to learn more about what and how Japanese parents feed their babies? Here are the responses to readers' questions.

READ: Baby Food in Japan – Readers’ Questions



from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3ELh59v
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

In Oak Bluffs, Strangers Become Family


By BY J. NAILAH AVERY from NYT Travel https://ift.tt/2XKjvnG


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3zxxXgc
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Thursday, 23 September 2021

The Vibrant Resilience of Castelluccio di Norcia


By BY HELENE COOPER from NYT Travel https://ift.tt/3kvKTyW


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3zz3bUi
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Wednesday, 22 September 2021

The U.S. Is Lifting Travel Restrictions for Visitors. What Do the New Rules Mean?


By BY HEATHER MURPHY from NYT Travel https://ift.tt/2XHxYkw


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3kz0opL
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Summer Travel Was Chaos. Tell Us What You Saw.


By BY TACEY RYCHTER from NYT Travel https://ift.tt/2W6yk3G


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3CEGIH4
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Bahaya sebenarnya kalau salah didik anak sulung

Berikut merupakan perkongsian Dr Samhan di laman twitternya.

Anak sulung ni memang banyak kelebihan antaranya mengikut kajian mereka ada IQ yang tinggi tetapi cara didik anak sulung yang salah boleh buatkan :

Anak sulung jadi pemarah

– mudah melenting dengan adik adik dan selalu tinggikan suara bila bersama adik adiknya.

Anak sulung jadi terlampau sensitif ( oversensitive )

– anak sulung jadi mudah menangis, mudah tersinggung dan sangat mudah merajuk hingga membuatkan mak ayah tertekan kerana setiap hari perlu memujuk.

Anak sulung jadi terlampau dominan ( bossy)

– anak sulung menjadi terlampau menguasai adik adiknya, tak suka berkongsi dan selalu gunakan kemarahan untuk menguasai.

Anak sulung berubah perangai ( first born syndrome )

– anak sulung tiba-tiba berubah perangai menjadi pendiam, suka memendam dan penuh amarah dalam hati sejak kehadiran adik beradik yang lain dalam keluarga. Ada juga kes anak sulung jadi mengasingkan diri daripada ibubapa.

Anak sulung jadi jauh hati dan suka memendam

– anak sulung merasa tak disayangi dan tak penting di dalam keluarga. Mereka takkan bagitahu kita tapi mereka pendam senyap senyap hingga akhirnya mereka lepaskan dengan cara memberontak bila dah remaja nanti.

Gagal dalam hidup mereka

– anak sulung tak tahu nak capai apa dalam hidup mereka hingga buatkan hidup mereka menjadi rosak. Paling dasyat jika ianya sampai mempengaruhi adik adiknya yang lain.

Lagi perit bila anak sulung yang tak dididik dengan betul akan : ~

Mempengaruhi adik beradiknya yang lain sebab anak sulung adalah contoh ikutan adik beradiknya ~ Kita sebagai ibubapa jadi makin tertekan dan cemas dengan masa depan anak sulung kita

” Anak sulung ni kalau baik, baik sungguh tapi kalau rosak memang rosak habis kerana kesannya pada seluruh adik beradik “

Itulah kenapa terhasilnya naskhah Formula Rahsia Didik Anak Sulung ini –

  • Formula Rahsia bentuk Self Image & Purpose of Life hidup anak sulung

InsyaAllah mudah mudahan anak sulung akan jadi soleh dan solehah kerana jelas siapa dirinya yang sebenar.

  • Formula Rahsia didik anak sulung jadi baik dan berjaya melalui pendekatan Parent-Centric

InsyaAllah mudah mudahan anak sulung jadi baik dan berjaya tanpa perlu dipaksa-paksa lagi.

  • Formula Rahsia didik sulung dengan pendekatan Love Language anak sulung

InsyaAllah mudah mudahan anak sulung tiba-tiba jadi lebih tenang & tidak memberontak lagi kerana tangki emosi berjaya dipenuhi.

  • Formula Rahsia didik anak sulung dengan pendekatan Parental Self-Control

InsyaAllah emosi anak-anak tiba-tiba jadi terkawal dan kurang mengamuk tanpa perlu kita bersusah payah memarahi mereka.

  • Formula Rahsia didik anak sulung dengan pendekatan Holistic Parenting

InsyaAllah kita sendiri jadi sangat lega, lapang dan tenang sebab tahu dengan jelas cara sebenar untuk didik anak sulung kita.

Kredit: Dr. Samhan

The post Bahaya sebenarnya kalau salah didik anak sulung first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/3zziiNc
via Denaihati.com

Ginger Pork (Shogayaki) 豚の生姜焼き

Ginger pork served with shredded cabbage on a white ceramic plate.

Classic Japanese ginger pork recipe, one of my favorite homemade dish with tender sliced pork in sweet ginger sauce.

READ: Ginger Pork (Shogayaki) 豚の生姜焼き



from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3zzccwi
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Boleh rentas negeri dengan syarat capai 90% kadar vaksinasi dewasa

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini membenarkan aktiviti rentas negeri dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat oleh KKM.

Selain dari itu, Kerajaan turut membenarkan pembukaan pusat-pusat pelancongan, pulau-pulau atau kawasan pelancongan.

Ketetapan lain yang dipersetujui termasuk:

1. Kedai runcit, mini market, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 malam berkuatkuasa 23 September 2021.

2. Operasi perniagaan spa, pusat kesihatan (wellness) dan urut kesihatan dibenarkan kepada pengunjung dan operator yang telah menerima dos lengkap vaksin bermula 1 Oktober 2021.

3. Pusat/premis/ produk pelancongan seperti zoo, perladangan, akuarium, snorkeling, selam skuba, pelancongan, memancing dan taman rimba, dibenarkan beroperasi di semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 1 Oktober 2021 dengan semua pengusaha/operator dan pelawat/pengunjung lengkap divaksin.

4. Kehadiran pekerja bagi setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi adalah pada kapasiti 100% dengan syarat majikan dan semua pekerja lengkap divaksin.

Sehubungan dengan kelonggaran itu, kehadiran pekerja bagi setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi adalah pada kapasiti 100 peratus dengan syarat majikan dan semua pekerja yang telah lengkap divaksin.

Buat warganegara Malaysia yang tiba di pintu masuk antarabangsa tidak perlu membayar kos ujian RT-PCR, bagi warga asing kos ujian perlu ditanggung sendiri.

Sementara itu, Kerajaan turut menyeru dengan kelonggaran-kelonggaran yang diberikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat dengan disiplin dan tanggungjawab.

Kredit: Awani

The post Boleh rentas negeri dengan syarat capai 90% kadar vaksinasi dewasa first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/3AygSUI
via Denaihati.com

Barcelona Takes on Airbnb


By BY PAIGE MCCLANAHAN from NYT Travel https://ift.tt/2ZmhQ8T


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3CGiTip
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Tuesday, 21 September 2021

A Caribbean Island’s Audacious Tourism Experiment


By BY HEATHER MURPHY from NYT Travel https://ift.tt/39lYQZO


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3EBZuRi
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

A Caribbean Island’s Audacious Tourism Experiment


By BY HEATHER MURPHY from NYT Travel https://ift.tt/3AwHPba


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/39DGxzD
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Monday, 20 September 2021

The U.S. travel industry welcomes the Biden administration’s changes to travel rules.


By BY CEYLAN YEGINSU AND HEATHER MURPHY from NYT Travel https://ift.tt/3zCgYtj


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2ZaleU1
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

The U.S. travel industry welcomes the Biden administration’s changes to travel rules.


By BY CEYLAN YEGINSU AND HEATHER MURPHY from NYT Travel https://ift.tt/3AtKEK3


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3CsSiFi
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Spicy Japanese Pickled Cucumbers ピリ辛きゅうりの浅漬け

A white plate containing Spicy Japanese Pickled Cucumbers sprinkled with white sesame seeds.

Marinated in a simple pickling agent, these Quick Japanese Pickled Cucumbers (Asazuke) are a refreshing side or appetizer to serve with your meal!

READ: Spicy Japanese Pickled Cucumbers ピリ辛きゅうりの浅漬け



from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3nMXgsp
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

ALHAMDULILLAH.. Wanita Dapat Hidayah Peluk Islam, Mengucap Dua Kalimah Syahadah Ketika Terbaring Di Katil Hospital

"Aku sudah sah Islam," kata Laimi @ Nur Laila Tinggi, 66, yang berketurunan Dusun dan dilahirkan dalam agama Kristian dari Beluran.

Itulah reaksinya selepas memeluk agama Islam, seperti yang dikongsikan oleh anak sulungnya Firdaus Fringco Abdullah, 45.

Sebuah video berdurasi dua minit yang memaparkan Nur Laila mengucap dua kalimah syahadah ketika terbaring di atas katil dan bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan, di hadapan tiga jururawat di Hospital Duchess of Kent (HDOK) di sini, tular sehingga mengundang tanggapan netizen bahawa dia memeluk Islam tanpa pengetahuan ahli keluarganya.

"Kami (keluarga) membuat panggilan video minggu lalu dan pada masa itu ibu menyatakan niatnya (untuk memeluk Islam) yang menyentuh hati kami," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Firdaus berkata beliau membuat hantaran dalam Facebook untuk menjelaskan tanggapan yang timbul mengenai keadaan ibunya ketika menerima rawatan di HDOK.

"Saya rasa bertanggungjawab untuk menjelaskan hal itu menerusi Facebook kerana ibu saya masih mempunyai saudara-mara yang bukan Muslim.

"Ibu pernah menyatakan hasratnya untuk memeluk agama Islam kerana empat daripada lima anaknya serta beberapa adik-beradiknya juga sudah memeluk Islam," katanya.

Firdaus berkata beliau telah menghubungi seorang pegawai di hospital itu memohon sekiranya ibunya boleh dibimbing untuk mengucap dua kalimah syahadah di atas katil hospital dan kira-kira 4 petang, 9 September lalu, ibunya sah bergelar saudara baharu.

Beliau berkata Nur Laila yang menghidap penyakit buah pinggang dan telah melengkapkan vaksinasi Covid-19, dimasukkan ke hospital pada 4 September dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

"Alhamdulillah, ibu saya semakin pulih dengan tiada lagi batuk dan dia juga boleh merasa makanan sekarang.

"Ibu tidak ditidurkan dan tidak dirawat di unit rawatan rapi," katanya.

Firdaus berkata ibunya belum lagi dibenarkan keluar dari hospital dan masih dalam pemantauan berikutan keadaan buah pinggangnya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital dan kakitangan kesihatan atas dedikasi mereka dalam merawat pesakit Covid-19 termasuk sepanjang rawatan ibunya di HDOK itu.

"Mereka (hospital dan kakitangan kesihatan) wajar diiktiraf sepanjang masa. Perkhidmatan mereka melangkaui tugas yang bukan hanya perubatan tetapi juga kemanusiaan," katanya.

Sumber: Harian Metro



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3zom8sI
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/39kCtE3
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Glimpses of ‘Lost Tribe’ Jewish Communities in India and Myanmar


By BY DANIEL TEPPER from NYT Travel https://ift.tt/3hOY6AV


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3u2Qcck
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Saturday, 18 September 2021

SRT dijenamakan semula sebagai RNF MotoGP Racing

KUALA LUMPUR: Permulaan satu era dan harapan baharu untuk Sepang Racing Team (SRT) dalam perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) apabila pasukan itu kini dijenamakan semula sebagai RNF MotoGP Racing.

Mengikut satu laporan dalam motogp.com, RNF MotoGP Racing akan berlumba sebagai satu pasukan ‘independent’ (bebas) dalam kelas MotoGP bermula 2022 sehingga sekurang-kurangnya 2026, dengan Datuk Razlan Razali kekal sebagai prinsipal pasukan, dengan pasukan itu terus berusaha untuk mencapai kejayaan lebih baik.

Razlan berkata, pasukan yang dijenamakan semula itu akan meneruskan rangka tindakan yang telah terbukti berjaya sebelum ini dan harapan sudah semestinya tinggi dan mereka akan terus bekerja keras untuk mencapai sasaran.

“Ia satu perjalanan yang bergelora untuk kami. Dalam tempoh beberapa bulan ini, kami telah melakukan usaha untuk set semula, menjenamakan semula dan melancarkan semula sebagai satu pasukan MotoGP yang segar dan lebih kuat.

“Berbekalkan dengan pengalaman yang kami ada dan pelbagai kejayaan pada masa lalu, kami teruja untuk menyertai musim 2022 dengan penyertaan satu pasukan yang lebih kuat,” katanya.

Dalam masa sama, Razlan turut mengambil peluang untuk berterima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports Carmelo Ezpeleta (pemegang hak eksklusif pengiklanan dan penyiaran televisyen MotoGP) atas kepercayaan dan keyakinan berterusannya kepadanya, untuk memulakan bahagian kedua ini dengan sebuah pasukan baharu yang dibina semula, untuk bertanding dalam kelas premier MotoGP untuk tempoh lima tahun akan datang.

Sementara itu Carmelo menggambarkan Razlan sebagai seorang yang amat meminati projek itu dengan mendalam dan percaya kejayaan yang baik akan dihasilkan oleh pasukan baharu itu untuk musim akan datang dan seterusnya.

“Razlan telah menjadi satu aset yang penting untuk keluarga MotoGP sejak beliau bermula di Sepang, dan telah membantu meningkatkan sukan itu di Malaysia dan juga rantau Asia Tenggara secara amnya,” katanya.

Penjenamaan semula itu berlaku berikutan perpisahan antara Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan SRT bulan lepas, selepas litar itu dan Petronas membuat keputusan untuk menamatkan kerjasama mereka berkaitan nama Petronas SRT dalam Kejuaraan MotoGP Dunia pada penghujung musim 2021.

Pemisahan antara kedua pihak itu membuka peluang untuk SRT menjalani proses penjenamaan semula.

Menerusi kerjasama mereka, pasukan itu mencatatkan kejayaan membanggakan dalam Kelas Premier pada musim pertama mereka 2019, dengan memenangi kedudukan sebagai Pasukan Bebas Terbaik (Top Independent Team) dan menamatkan pada kedudukan keempat Kejuaraan MotoGP Dunia.

Pada musim 2020 yang dilanda pandemik, pasukan itu mencatatkan enam kemenangan untuk menduduki tempat kedua Kejuaraan Dunia dan sekali lagi gelaran Pasukan Bebas Terbaik, manakala Franco Morbidelli menduduki tempat kedua keseluruhan.

Sumber: Awani

The post SRT dijenamakan semula sebagai RNF MotoGP Racing first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/39lvcno
via Denaihati.com

Friday, 17 September 2021

Sesi libat urus stabilkan harga ayam di pasaran – Nanta

PUTRAJAYA: Pelaksanaan mekanisme sesi libat urus pihak industri melalui pengeluaran Surat Pemberitahuan (SP) menunjukkan hasil positif apabila harga ayam di pasaran mula dilihat stabil pada masa ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata sesi libat urus yang membabitkan pembekal, penternak dan pemborong itu adalah supaya mereka tidak membuat sebarang tekanan harga yang memberi kesan kepada harga runcit pengguna.

Menurutnya mekanisme pengeluaran SP di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kepada peniaga itu digunakan sebagai pendekatan secara lembut yang bersifat seimbang dan mengambil kira situasi yang dihadapi oleh pihak industri susulan daripada kenaikan harga makanan ternakan.

“Tujuan pengeluaran SP ini adalah sebagai peringatan dan arahan kepada pihak peniaga di setiap rantaian agar membuat semakan semula harga dan membuat perubahan harga (supaya) tidak beri kesan kepada harga runcit pengguna di pasaran,” katanya dalam kenyataan hari ini mengenai isu harga ayam.

Nanta berkata kenaikan harga yang berterusan sebelum ini dapat distabilkan hasil kerjasama daripada pengeluar dan pihak yang terbabit dalam rantaian pemasaran ayam.

Menurut beliau sejumlah 145 SP telah dikemukakan kepada peniaga di setiap rantaian pengedaran bagi memberi makluman dan peringatan agar tiada perubahan harga yang menunjukkan kenaikan mendadak dilakukan buat masa ini.

Nanta berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) buat masa ini tidak bercadang untuk melaksanakan kawalan harga sepanjang masa kecuali yang dilaksanakan ketika musim perayaan utama melalui penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP).

Bagaimanapun, katanya kementerian tidak teragak-agak untuk melaksanakan penguatkuasaan yang lebih tegas dengan membuat kawalan harga sepanjang masa jika harga di setiap rantaian pengedaran ayam semakin meningkat dan tidak munasabah.

“Tindakan semasa adalah melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan harga ayam secara konsisten bagi memastikan tiada berlakunya sebarang manipulasi harga atau untung dalam kalangan peniaga melalui mekanisme kawalan yang dikuatkuasakan melalui perundangan antipencatutan,” katanya.

Menurut Nanta sejumlah 164 premis telah diperiksa oleh penguat kuasa KPDNHEP di seluruh negara hingga 14 Sept lepas melibatkan 166 jenis ayam meliputi ayam hidup, ayam standard dan ayam super.

Sejumlah 163 Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) juga telah dikeluarkan kepada peniaga ayam yang diperiksa bagi tujuan mendapatkan maklumat terperinci berhubung kos operasi dan kos belian, katanya.

Nanta berkata setakat ini tiada perlakuan kartel dikesan terlibat di sebalik kenaikan harga ayam, namun KPDNHEP dengan kerjasama Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan menyiasat di bawah perundangan yang dikuatkuasakan.

“KPDNHEP memahami kerugian yang dialami oleh pihak peniaga ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah menjejaskan perniagaan mereka.

“Namun peniaga di setiap rantaian bekalan ayam diingatkan untuk tidak mengambil tindakan drastik dengan menaikkan harga bagi menampung kerugian mereka. Orang tengah juga diingatkan untuk tidak mengambil kesempatan menekan peniaga dan pengguna,” katanya.

Menurut beliau KPDNHEP mengambil maklum permasalahan harga makanan ayam yang tinggi, yang mana kira-kira 80 peratus makanan ayam adalah diimport dan kenaikan harganya di peringkat global turut mempengaruhi isu harga ayam di pasaran negara.

Katanya KPDNHEP akan mengadakan perbincangan berterusan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk memastikan isu kos tinggi seperti dedak ayam diimport, harga baka ayam dan anak ayam yang mempengaruhi harga ayam di peringkat pengguna dapat diminimumkan dan diurus dengan baik.

Bagi mencari penyelesaian jangka panjang yang munasabah dan boleh dilaksanakan untuk menstabilkan harga ayam, Nanta berkata satu pertemuan dan perbincangan bersama MAFI dan Kementerian Kewangan (MOF) akan diadakan.

— BERNAMA

The post Sesi libat urus stabilkan harga ayam di pasaran – Nanta first appeared on Denaihati.

from Denaihati https://ift.tt/39dbqub
via Denaihati.com

A Short Trip to Mishima, Izunokuni, and Numazu in Izu

view of Mt. Fuji and Suruga Bay

Located at the top of Izu peninsula, Mishima, Izunokuni, and Numazu is great for a short trip from the Tokyo area with plenty of family activities to do and beautiful sceneries.

READ: A Short Trip to Mishima, Izunokuni, and Numazu in Izu



from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Z6uVD8
via MerahHatiCintaku.blogspot.com

Resorts Make Staying Put More Appealing


By BY SARAH FIRSHEIN from NYT Travel https://ift.tt/3zdWIh7


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3EqoBGy
via MerahHatiCintaku.blogspot.com