Berikut merupakan perkongsian Dr Samhan di laman twitternya.
Anak sulung ni memang banyak kelebihan antaranya mengikut kajian mereka ada IQ yang tinggi tetapi cara didik anak sulung yang salah boleh buatkan :
Anak sulung jadi pemarah
– mudah melenting dengan adik adik dan selalu tinggikan suara bila bersama adik adiknya.
Anak sulung jadi terlampau sensitif ( oversensitive )
– anak sulung jadi mudah menangis, mudah tersinggung dan sangat mudah merajuk hingga membuatkan mak ayah tertekan kerana setiap hari perlu memujuk.
Anak sulung jadi terlampau dominan ( bossy)
– anak sulung menjadi terlampau menguasai adik adiknya, tak suka berkongsi dan selalu gunakan kemarahan untuk menguasai.
Anak sulung berubah perangai ( first born syndrome )
– anak sulung tiba-tiba berubah perangai menjadi pendiam, suka memendam dan penuh amarah dalam hati sejak kehadiran adik beradik yang lain dalam keluarga. Ada juga kes anak sulung jadi mengasingkan diri daripada ibubapa.
Anak sulung jadi jauh hati dan suka memendam
– anak sulung merasa tak disayangi dan tak penting di dalam keluarga. Mereka takkan bagitahu kita tapi mereka pendam senyap senyap hingga akhirnya mereka lepaskan dengan cara memberontak bila dah remaja nanti.
Gagal dalam hidup mereka
– anak sulung tak tahu nak capai apa dalam hidup mereka hingga buatkan hidup mereka menjadi rosak. Paling dasyat jika ianya sampai mempengaruhi adik adiknya yang lain.
Lagi perit bila anak sulung yang tak dididik dengan betul akan : ~
Mempengaruhi adik beradiknya yang lain sebab anak sulung adalah contoh ikutan adik beradiknya ~ Kita sebagai ibubapa jadi makin tertekan dan cemas dengan masa depan anak sulung kita
” Anak sulung ni kalau baik, baik sungguh tapi kalau rosak memang rosak habis kerana kesannya pada seluruh adik beradik “
Itulah kenapa terhasilnya naskhah Formula Rahsia Didik Anak Sulung ini –
- Formula Rahsia bentuk Self Image & Purpose of Life hidup anak sulung
InsyaAllah mudah mudahan anak sulung akan jadi soleh dan solehah kerana jelas siapa dirinya yang sebenar.
- Formula Rahsia didik anak sulung jadi baik dan berjaya melalui pendekatan Parent-Centric
InsyaAllah mudah mudahan anak sulung jadi baik dan berjaya tanpa perlu dipaksa-paksa lagi.
- Formula Rahsia didik sulung dengan pendekatan Love Language anak sulung
InsyaAllah mudah mudahan anak sulung tiba-tiba jadi lebih tenang & tidak memberontak lagi kerana tangki emosi berjaya dipenuhi.
- Formula Rahsia didik anak sulung dengan pendekatan Parental Self-Control
InsyaAllah emosi anak-anak tiba-tiba jadi terkawal dan kurang mengamuk tanpa perlu kita bersusah payah memarahi mereka.
- Formula Rahsia didik anak sulung dengan pendekatan Holistic Parenting
InsyaAllah kita sendiri jadi sangat lega, lapang dan tenang sebab tahu dengan jelas cara sebenar untuk didik anak sulung kita.
Kredit: Dr. Samhan
The post Bahaya sebenarnya kalau salah didik anak sulung first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/3zziiNc
via Denaihati.com