Peribadi seseorang itu dibentuk dengan pengalaman, orang di sekeliling serta bagaimana diri sendiri memproses apa yang sudah dilalui. Justeru, setiap orang tidak sama dan punya cara hidup masing-masing.
Sebagai seorang manusia yang ingin sentiasa berubah ke arah lebih baik, pasti ada perangai buruk yang ingin kita ubah. Sekalipun ia payah, tetapi ia tidak mustahil.
Kata para pengkaji kelakuan dan sikap manusia, seseorang itu perlu mempunyai motivasi atau alasan yang kuat yang boleh mendorong dia melakukan suatu perkara termasuklah untuk mengubah kelakuan dan perangai ke arah yang lebih baik. Selain itu, sebolehnya dia perlu menghilangkan atau mengurangkan apa-apa halangan yang ada.
Namun di sebalik semua itu, sebagai seorang Muslim, jangan dilupa kuasa doa, di samping usaha yang dilakukan. Rasulullah SAW bersabda:
وَعَنْ قُطْبَةَ بْنِ مَالِكٍ رضى الله عنه قَالَ: كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ
اَللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ اَلْأَخْلَاقِ، وَالْأَعْمَالِ، وَالْأَهْوَاءِ، وَالْأَدْوَاءِ
Daripada Qutaibah bin Malik RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW membaca doa: Ya Allah, jauhkanlah aku daripada akhlak yang keji, amalan yang munkar, nafsu yang buruk dan pelbagai penyakit yang berat. (Sunan Tirmidzi, no.3591 – Status Hadis Sahih)
Rasulullah SAW diutuskan sebagai contoh insan yang mempunyai akhlak yang terbaik. Baginda juga mengajarkan doa-doa, nasihat serta panduan sama ada dalam bentuk ucapan mahupun perlakuan.
Maka, bukankah itu bermakna bahawa sikap dan kelakuan yang buruk itu boleh diubah. Yang kita perlukan adalah keazaman, usaha dan selangilah juga dengan doa.
اَللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ اَلْأَخْلَاقِ، وَالْأَعْمَالِ، وَالْأَهْوَاءِ، وَالْأَدْوَاءِ
(Allahumma jannibni munkarotil akhlak, wal ‘a’maal, wal ‘ahwaa’, wal ‘adwaa’)
Maksudnya: “Ya Allah, jauhkanlah aku daripada akhlak yang keji, amalan yang munkar, nafsu yang buruk dan pelbagai penyakit yang berat.”
Kredit: Tzkrh
The post Doa dijauhkan daripada akhlak yang tidak baik dan munkar first appeared on Denaihati.from Denaihati https://ift.tt/3jSwxrU
via Denaihati.com