Sunday, 30 October 2016

Terlupa blog Denaihati sudah lapan tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera, apakhabar sahabat-sahabat ku yang hebat dan berjaya.

Abang terlupa sungguh nak meraikan ulang tahun blog Denahati yang ke 8 pada 13/8/2016 sempena catatan pertama bertajuk “Politik Yang Bingung” yang ditulis pada 13/8/2008. Ketika itu Abang menggunakan platform Blogspot yang masih ada sehingga sekarang. Berkat kesabaran dengan misi jangka masa panjang maka sekarang Denaihati berada di sini, dikenali ramai dan mempunyai follower sosial media lebih daripada 1 juta.

team Denaihati Network 2014

Abang nak ucapkan jutaan terima kasih kepada syarikat dan seleberiti yang sudi menjadikan Denaihati Network sebagai rakan sosial media untuk membina kejayaan bersama antaranya yang sedang diusahakan bersama :

  1. My MDEC kerana memberi peluang mengangkat kehebatan program eRezeki dan eUsahawan keseluruh pelusuk Malaysia.
  2. Adi Putra pelakon hebat yang memberi peluang mengurus semua sosial media dari angka hanya puluhan ribu kini total lebih 1.5 juta follower
  3. Mira Filzah artis muda sangat berbakat yang memberi peluang mengurus bersama page dari zero sehingga kita sudah mencecah angka lebih 150K follower.
  4. Terapi.my – Servis Urutan & Bekam Terus Ke Rumah kerana memberi kepercayaan membina bisnis baru bersama kami.
  5. Semua group under ground antaranya team Shaklee Malaysia yang percaya kepada kami untuk mendidik mereka menjadi usahawan digital yang berjaya.
  6. Terbaru Phama Niaga keran mempercaya khidmat kami untuk membantu melebarkan bisnis yang sudah besar.
  7. Tidak lupa kepada Yeo’s Malaysia yg tidak pernah lupa kepada kami.
  8. Juga bos Amiza Amiruddin dan ZT ZeeTa yg sentiasa menyokong kami team kecil ini.
  9. Serta semua yg tidak tersebut syarikat besar & kecik serta individu yg sentiasa support kami. Tak lokek bila minta sponsor semua event.
  10. Nama-nama besar seperti Honda, Toshiba, Delux, Lazada, Astro, Petronas, Suzuki, Sharp, OldTown White Coffee, Intel, Matic, Hyundai dan banyak lagi tak tercatat.

semua tetamu yang hadir sarapan pagi adiputra mira filzah denaihati network

Alhamdulillah penah mendapat berbagai anugerah peringkat kebangsaan.

Alhamdulillah sudah ada apps sendiri untuk iOS dan Android. Dah download ke. Mudah sahaja pergi di ruangan search Apple Store dan Google Player cari je keyword “Denaihati Network”.

Aplikasi smartphone Android iOS Denaihati.com di Google Play

Semua ini kerana dedikasi, disiplin dan kerja keras team Denaihati Network yang dahulu dan terutama yang sekarang, dengan izin ALLAH.

Terima kasih semua pembaca dan follower setaia Denaihati Network kerana anda adalah semangat kami.

Syujud syukur dan alhamdulillah kepada ALLAH kerana memberi peluang kami berkhidmat kepada alam.

Denaihati.com Most Creative Blog

Insyaa Allah banyak tahun lagi, azam kami akan kongsikan khidmat dan ilmu untuk manafaat komuniti online Nusantara yang bersungguh untuk berjaya  dan menjayakan insan lain bersama kami.

Doakan untuk kami.

Abang Denaihati
Rakan Usahawan Digital anda
SeminarDuitDigital.com (dah daftar ke?)



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2eq3sA3
via Denaihati.com

Saturday, 29 October 2016

Mobiliti Sosio-Ekonomi di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

ketidaksamaan dan kadar kemiskinan di Malaysia telah menurun sejak 1970-an, namun tidak banyak yang diketahui mengenai pencapaian anak daripada latar belakang yang berbeza. Kajian mengenai mobiliti sosio-ekonomi menyediakan satu lagi ukuran mengenai impak pertumbuhan dan perbuhan struktur ekonomi terhadap sesebuah keluarga.

Malaysia adalah sebuah masyarakat yang ‘mobile’. Latar belakang dan keturunan seseorang bukanlah faktor utama mobiliti. Kisah seorang miskin menjadi kaya bukanlah mustahil di Malaysia. Baru-baru ini, kajian oleh Khazanah Research Institute telah dibentangkan mengenai Mobiliti Sosio-Ekonomi di Malaysia.

khazanah-reasearch-institute

Bagi bidang pendidikan adalah tinggi. Sebanyak 62% anak mempunyai kemahiran yang lebih tinggi daripada ibu atau bapa mereka. Secara khususnya di kalangan mereka yang dibesarkan oleh ibu atau bapa tanpa pendidikan formal, 33% telah mempunyai pendidikan tertiari.

Pendidikan tertiari adalah tahap pendidikan selepas menamatkan pendidikan menengah, iaitu selepas 11-12 tahun persekolahan wajib. Kolej, universiti, institut kemahiran atau teknolog dari politeknik merupakan institusi utama yang menyediakan pendidikan tertiari.

pelajaran-anak-malaysia

Dari segi kemahiran pekerjaan, 37% anak mempunyai kemahiran yang lebih tinggi daripada ibubapa mereka. Peningkatan dalam tahap kemahiran adalah lebih ketara dalam kalangan anak yang dibesarkan oleh ibu atau bapa yang berkemahiran rendah.

Taraf pendapatan ibu atau bapa bukanlah faktor yang paling penting dalam mobiliti pendapatan anak. Hampir tiga daripada empat anak yang dibesarkan oleh ibu atau bapa dalam kuintil terendah telah berjaya naik tangga pendapatan.

Dalam erti kata lain, mereka yang dibesarkan oleh ibu atau bapa yang berpendapatan rendah tidak semestinya kekal miskin apabila dewasa. Manakala mereka yang dibesarkan oleh ibu atau bapa berpendapatan tinggi tidak semestinya kekal kaya juga apabila dewasa.

kemahiran-anak-malaysia

Peratusan anak yang mempunyai kemahiran tinggi dan dibesarkan oleh ibu atau bapa yang berkemahiran rendah, adalah lebih besar dalam kalangan kaum Cina dan Bumiputera berbanding kaum India. Sementara itu, dalam kalangan mereka yang dibesarkan oleh ibu atau bapa yang berkemahiran tinggi, majoritinya berkemahiran tinggi tanpa mengira kaum.

Kajian mobiliti sosio-ekonomi ini membandingkan taraf pendidikan, kemahiran pekerjaan dan status pendapatan responden pasangan ibu atau bapa pada usia bekerja yang sama. Majoriti ibu bapa yakin dengan keadaan di Malaysia taraf sosio-ekonomi anak mereka lebih baik berbanding diri mereka sendiri.

pendapat-keluarga-malaysia

Akhir sekali, kajian Khazanah Research Institute mendapati bahawa beberapa bentuk “kesempitan kelas pertengahan” telah berlaku. Oleh itu, lebih banyak penekanan perlu diberi kepada kumpulan berpendapatan pertengahan tanpa mengabaikan mereka yang berpendapatan rendah dan masalah kemiskinan terpencil yang masih wujud. Dasar-dasar pembangunan termasuk seperti yang digariskan dalam strategi Rancangan Malaysia Kesebelas merupakan langkah yang tepat.

Secara keseluruhan, mobiliti sosial adalah mengenai penyebaran peluan dan insentif. Setiap anak di Malaysia tanpa mengira kaum, agama, keturunan, tempat lahir, dan jantina perlu diberi peluang yang sama rata dalam kehidupan. Peningkatan mobiliti adalah penting bukan sahaja kerana ia menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan ketidaksamaanm tetapi lebih penting ianya dapat memastikan kestabilan dan perpaduan untuk generasi akan datang.



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2f2hrvH
via Denaihati.com

Thursday, 27 October 2016

Tips untuk mereka yang diberhentikan kerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar sahabat-sahabat ku yangg hebat?

Baru ini Abang baca berita di sebuah portal katanya lebih 6 ribu pekerja GLC & MKD ditamatkan tugas. Abang dulu pernah juga berhenti secara sukarela dengan pampasan apabila big bos nak kroni dia ganti tempat Abang. Masa untuk kerja di syarikat besar jadi besar juga politik pejabatnya. Di jangka lebih ramai  pekerja swasta akan kehilangan pekerjaan akibat tekanan ekonomi dunia yang semakin mengasak.

Ada yang tak percaya kata ini hanya gimik kerana semua statistik  ekonomi Malaysia tunjuk angka yang positif. Di Malaysia memang sentiasa nampak meriah terutama di channel TV yang sentiasa meriah dengan rancangan gelak ketawa dan hiburan sehingga rakyat terlalai apa sebenarnya yang sedang berlaku di dunia luar. Kita hidup dalam gua kegembiraan sedang oarng diluar sudah nampak tsunami besar semakin menghampiri.

jana pendapatan tambahan dengan kerja sedia ada

Kepada yang sudah diberhentikan dan akan diberhentikan bukan mudah untuk mendapat kerja baru terutama kepada yang sudah berusia melebihi 40 tahun. Jadi apa next plan. Apa nak buat dengan duit pampasan dan simpanan yang ada?

Biasa nya majoriti akan fikir nak buat bisnis. Samalah macam Abang dulu.

Guru Abang ajar kumpulkan semua duit yang ada dan bahagikan ikut peratusan. Sebagai CONTOH

1. Sara hidup keluarga minima 6 bulan – 40%
2. Pelaburan jangka masa panjang seperti Tabung Haji yang juga boleh digunaka apabila ada kecewasan – 10%
3. Pelaburan jangka sederhana seperti pelaburan saham BSKL boleh menjana pendapatan sampingan – 10%
4. Modal bisnis – 30%
5. Bajet utk magnet rezeki – 10%

Jangan gunakan semua duit yang ada untuk perniagaan kerana bukan semua bisnis terus berjaya. Jangan sampai kehidupan keluarga terganggu kerana melaburkan semua duit dalam bisnis. Tetapkan jumlah modal bisnis samada dari dana sendiri atau pinjaman. Buat bisnis yang sesuai dengan jumlah dana yang ada jangan berlebih-lebih. Kalau modal kecil mulakan dengan bisnis yang kecik, jangan terpengaruh dengan nasihat atau proposal yang terkeluar dari perancangan kewangan kita. Bila kita ada duit memang banyak proposal bisnis yang datang sekali duit sudah keluar belum tentu dapat balik.

2Kerja

Pilih bisnis bukan sebab minat tapi bisnis yang ada daya saing ketika ekonomi merudum. Jangan buat bisnis ikut kawan sebab tengok dia berjaya. Tanyalah mereka yang pakar untuk dapat nasihat pilihan bisnis yang sesuai. Nasihat daripada pakar tetapi keputusan biar kita yang buat dengan bantuan solat istikharah. Sebelum mula bisnis ambil masa untuk belajar ilmu terkini terutama ilmu bisnis digital yang semakin berkembang pesat.

Jangan pernah kecewa kerana diberhentikan kerja kerana itu mungkin asbab kepada kejayaan yang lebih besar. Yang penting teruskan kehidupan dengan pengurusan kewangan yang baik dan disiplin kerja bagus. Jangan pernah berhenti berusaha selagi belum berjaya walaupun perlu mengambil masa bertahun-tahun seperti nasihat pakat dalam nukilan “Apabila duit bekerja itulah kebebasan“.

NEVER GIVE UP

Abang Denaihati
Rakan Usahawan Digital anda
Seminarduitdigital.com (mari belajar jadi usahawan digital)

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2eMyEwW
via Denaihati.com

Wednesday, 26 October 2016

Apabila duit bekerja untuk kita itulah kebebasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar sahabat-sahabat ku yang hebat.

Abang memang suka membaca status-status facebook yang dicatatkan oleh anak-anak muda yang sudah berjaya. Kali ini Abang sangat tertarik dengan satu tulisan sifu Aqif Azizan yang mengisahkan prinsip kewangan beliau.

Prinsip hidup aku terhadap kewangan setakat ini pretty straight forward.

  1. Mula-mula kau berusaha gila-gila buat banyak duit. Ya, buat banyak duit.
  2. Kemudian dengan duit yang banyak itu, kau selesaikan semua masalah duit yang patut kau selesaikan.
  3. Baki itu, kau beranakkan duit itu dengan kategori pelaburan yang kau faham (Bukan ikut orang lain tanpa faham permainan yang jelas. Itu bodoh namanya)
  4. Kemudian kau hidup bebas tanpa ada masalah duit. Atau masalah duit yang sangat minimum.
    (Dan bukan masalah duit yang bagus seperti terlalu banyak duit)
  5. Dan akhirnya, kau sedar serta jelas bahawa duit adalah alat terbaik untuk membebaskan diri daripada masalah dan nafsu dunia yang sementara

sbb2015 aqif azizan

Kami bukan dari Guru yang sama tetapi mempunyai prinsip kewangan yang sama seperti di atas. Bezanya Abang perlu berusaha gila-gila lebih daripada sepuluh tahun untuk mendapat kebebasan duit dan kebebasan masa tak macam anak-anak muda sekarang yang umur dua puluhan ramai yg sudah berjaya. Ini kelebihan zaman teknologi dan internet, kepada yang pandai mengambil kesempatan akan mendapat manafaat. Kita dapat leverage kan teknologi dan compounding kan duit dengan lebih mudah dan cepat. Apabila duit bekerja untuk kita itulah kebebasan.

Seronoknya apabila sudah ada kebebasan duit, fokus hidup kita pasti berbeza. Matlamat nak membantu kawan-kawan menjadi lebih pandai bukan lagi bermotivasikan duit. Tak perlu nak kenakan yuran yang mahal-mahal apabila buat kelas untuk mengajar ilmu menjadi usahawan berjaya. Dengan kebebasan kewangan dan kebebasan masa kita boleh peruntukan banyak masa untuk bisnis sosial membantu ummah bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia. Apa yang perlu bersusah-susah dengan cara yang betul dan jemaah yang betul dalam tempoh beberapa tahun untuk mencapai misi kebebasan kewangan dan kebebasan masa. Seperti tulisan Abang sebelum ini berkawan dengan penjual minyak wangi pasti tercalit juga bau wangi di badan kita.

kelas wordpress denaihati

Ramai rakan-rakan yang datang berkongsi kegagalan mereka dalam bisnis. Abang tanya berapa lama dah buat. Ada yang kata enam bulan, ada yang kata satu tahun, ada yang kata dua tahun dan ada yang kata tiga tahun. Abang jawab itu bukan kegagalan tetapi PUTUS ASA kerana ramai mereka yang berjaya perlu bekerja kuat dan gila-gila lebih daripada lima tahun. Tak percaya bacalah buku biografi usahawan dan jutawan terkenal pasti kawan-kawan akan dapat jawapannya. Mereka yang rapat dengan Abang tahulah bagaimana gilanya Abang bekerja suatu masa dahulu.

Paling sedih ada juga sahabat yang sudah kerja gila-gila, dapat duit yang banyak akhirnya perlu ulang kerja lebih gila lagi kerana tersalah langkah menguruskan kewangan dan tersalah mendapat nasihat kewangan. Bila kita ada banyak duit berbagai proposal akan sampai untuk mengabiskan duit kita jadi berhati-hati dan perlu ilmu untuk menilai semua peluang bisnis yang sampai.

Semua itu ujian susah, senang dan kegagalan tiada yang akan terlepas.

Abang Denahati
Rakan Usahawan Digital  anda
Amir Denaihati (folow FB Abang untuk catatan ringkas kehidupan)



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2f9cciD
via Denaihati.com

Bajet 2017 persediaan untuk kemerosotan ekonomi dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Apakhabar sahabat-sahabat ku yang hebat?

Biasalah paska bajet 2017, Abang akan baca penerangan lebih detail dengan lukisan grafik bajet 2017 di media arus perdana untuk faham lebih jelas. Bos DS Najib Razak biasa bentangkan fakta-fakta penting sahaja ketika pembetangan bajet 2017. Kita kena tengok manafaat apa yang kita boleh ambil secara maksima.

Kali ini satu muka surat info grafik pemberian Kerajaan kepada rakyat. Begitu pun ramai yang tidak berpuashati dengan meluahkan hati di sosial media sehingga menggunakan perkataan yg tidak sepatutnya. Beberapa tahun lepas Abang pernah menulis di blogkeburukan subsidi menjadikan rakyat seorang penerima antara tajuk”subsidi menghancurkan bangsa“. Rakyat yang menerima subsidi tidak pernah berpuashati dengan setiap pemberian walaupun sebanyak mana. Setakat yang Abang belajar belum ada guru-guru yang kata PENERIMA lebih baik daripada PEMBERI tetapi kita berlumba-lumba nak menjadi penerima.

Rayyan Haries si comel

Kerajaan tidak akan dapat memberi sehingga setiap rakyat akan menjadi kaya raya tetapi kepada yang pandai memanafaatkan peluang yang diberi pasti boleh mengubah kehidupan. Kepada yang layak menerima berbagai bantuan secara terus dari Kerajaan boleh menggunakan sebahagian duit tersebut untuk membuka pintu-pintu rezeki yang lain. Bagaimana? Infaqkan sedikit duit tersebut kepada yang lebih memerlukan.

“Alaaa duit yg ada pun tak cukup macam manalah nak bagi pada orang lain.” Kalau menggunakan formula akal memang tak akan selesai masalah ekonomi keluarga tapi kalau ikut formula Al Quran memberi membuka banyak pintu rezeki yang berganda-ganda, pasti selesai masalahnya. Kepada yang dapat BR1M dan bonus RM500 berilah sedikit kepada yang lebih memerlukan insyaa Allah manafaatnya sangat besar. Menjadi pemberi sekarang adalah rahsia ketenangan ketika ekonomi merosot nanti.

Malaysia negara tercinta

Abang tertarik dgn bajet utk eRezeki, eUsahawan, mobileprenuer, digital ekonomi dan start up. Semua ni persiapan untuk kemerosoton ekonomi dunia. Nampaknya Abang nak kena lebih aktif jadi blogger untuk mendapat semua manafaat di atas. Hanya blogger yg profesional sahaja faham apa yang tersirat dan tersurat dalam bajet 2017. Banyak sangat peluang yang ada di sini kepada yang melihat dengan mata hati.

Zalinda Zainon MDeC

Dari maklumbalas yg Abang baca ramai yg tak layak dapat apa-apa manafaat secara lansung dari bajet 2017 bukan sekadar mengeloh malahan komplen.

Jadi kepada yg dapat berbagai kelebihan bajet 2017 mesti manafaat sebaiknya. Janganlah jual baja subsidi, janganlah buat report polis lembu subsidi hilang tapi sebenarnya dah kena jual, janganlah pakat dengan penjual laptop untuk dapat cash dan terbaru jangan ganti smartphone dengan duit tunai.

Duit yang diperolehi dari manupulasi subsidi kejap sahaja abis tapi kalau digunakan sebaiknya boleh dapat hasil duit yg lebih banyak. Contohnya smartphone subsidi kalau diguna untuk jadi mobileprenuer pasti boleh menjana pendapatan kedua yang berganda. Ada macam-macam biz yang boleh dibuat menggunakan smartphone. Ilmu boleh belajar dari sifu-sifu yg terkenal.

Kepada yg tak dapat kelebihan bajet secara lansung jangan risau sebab ada banyak manafaat secara tidak lansung yg kita dapat. Buka mata hati pasti nampak dan maksimakan peluang secara kreatif untuk persediaan zaman susah apabila ekonomi dunia merudum.

Apa peluang yg kekawan nampak dalam bajet 2017?

Abang Denaihati
Rakan Usahawan Digital anda

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2eu0ehT
via Denaihati.com

Monday, 24 October 2016

Jannatul Ma’awa Sukses dengan Jualan Beg Jahit dan Sulam

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

siapa sangka dari minat menjahit di rumah, kini boleh jadi usahawan yang berjaya. Ramai wanita yang mempunyai minat tersebut hanya bermula dari rumah. Sdikit demi sedikit mencari idea dan memasarkan kepada rakan-rakan, kenalan, rakan sekerja secara luar talian yakni dari hebahan mulut ke mulut.

Namun, mengikut trend semasa pada masa kini, seharusnya perkara yang membuahkan hasil itu dikembangkan.

Jannatul Ma’awa binti Jinan Taib yang dikenali dengan nama Puan Janna berumur 34 tahun tidak melepaskan peluang untuk memperluaskan apa yang diusahakan selama ini.

beg-jahit-eusahawan

Minat Membuahkan Hasil

Puan Janna mengusahakan jahitan dan sulaman beg atau tas tangan. Gabungan kain serta aksesori memberikan hasil yang cukup kreatif dan menarik bagi dijual kepada awam.

Beliau menyertai eUsahawan pada bulan puasa yang lalu di mana latihan berlangsung di Kolej TAJ Antarabangsa. Di situ Puan Janna diajar pelbagai perkara daripada jurulatih yang berpengalaman.

“Banyak perkara yang diajar seperti story tellingm copywriting, unique selling point dan Facebook Ads,” – Puan Janna

brooch-keeper

key-fob-eusahawan
Pernah Capai Jualan Hampir Lima Angka Sebulan.

Selepas menyertai kelas eUsahawan secara percuma ini, idea datang semakin mencurah-curah. Puan Janna melebarkan perniagaannya dengan membuat kek biskut, nasi Arab dan juga beberapa jualan cenderamata lain. Permintaan semakin meningkat dari hari ke hari membuatkan Puan Janna mempunyai kumpulan bantuan menjahit seramai 7 orang.

Ini melibatkan kerja-kerja sulaman dan jahitan beg yang memerlukan ketelitian dan Puan Janna mampu mengupah mereka yang lain. Selain itu, beliau mengadakan kelas menjahit dan menjual bahan-bahan jahitan. Dengan usaha yang gigih itu, Puan Janna pernah mencapai jualan hampir lima angka sebulan dengan mempraktikkan apa yang dipelajari di kelas eUsahawan.

eusahawan-jannatul-maawa

Seharusnya peluang ini tidak dilepaskan begitu saja kepada semua individu yang mahu meningkatkan taraf hidup dan berjaya dengan perniagaan yang diusahakan.

Apa yang menarik selepas perogram eUsahawan ini adalah tindakan lanjut selepas menyertainya di mana konsultasi diberikan daripada juruatih-jurulatih yang giat memberikan ilmu kepada peserta.

eusahawan-ipoh

Ternyata program eUsahawan yang dibawa oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) ini amat banyak kebaikannya kerana beratus testimoni kejayaan telah dilahirkan. Ini selaras dengan keadaan global di mana kita perlu lebih kreatif untuk menjana pendapatan secara digital ini.

Bagi mereka yang ingin sertai program ini, boleh terus ke Facebook eUsahawanMY atau hubungi di talian berikut :

Hotline (Malaysia) : 1 800 88 8338
Hotline (International) : +6 03 8315 3000
Email :



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2epom5a
via Denaihati.com

Saturday, 22 October 2016

#YouCanDuit Perak di RTC Gopeng Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

setelah berlangsung di beberapa buah negeri di Malaysia, kini karnival #YouCanDuit berada di penutupnya bagi tahun 2016. Bertempat di RTC Gopeng, #YouCanDuit Perak berada di Karnival Halal Malaysia 2016. Cukup ramai yang datang dengan ruang parkir yang luas.

Masuk adalah percuma.

Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dan banyak kiosk yang dapat pengunjung singgah. Artis-astis seperti Ezlynn, Amir AF dan juga penyokong utama #YouCanDuit iaitu Dato’ Rosyam Noor.

youcanduitperak

Kehadiran pengunjung yang cukup ramai seawal 9 pagi lagi menunjukkan bahawa pendedahan kempen #eUsahawan dan #eRezeki ini semakin menarik minat pelbagai golongan. Ada yang datang dari Batu Gajah, Kuala Kangsar, Gopeng selain dari Bandaraya Ipoh sendiri.

Antara Karnival #YouCanDuit yang telah berlangsung pada tahun 2016 adalah:

#YouCanDuit Sarawak
#YouCanDuit Terengganu
#YouCanDuit Johor
#YouCanDuit Pahang
#YouCanDuit Sabah

daftar-youcanduit

upin-ipin-mdec

Kehadiran maskot Upin Ipin, Didi & Friends dan Boboiboy juga memberikan impak kepada kehadiran keluarga yang membawa anak-anak ke karnival ini. Ramai yang membuat pendaftaran di kaunter eRezeki dan eUsahawan kerana hebahan yang berterusan sejak di Sarawak, Terengganu, Johor, Pahang, Sabah dan kali ini di Perak.

youcanduit-perak

Karnival #YouCanDuit Perak dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Hj Samsudin Abu Hassan pada 22 Oktober 2016.

Kelihatan penduduk di sekitar yang hadir amat bersemangat dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang #YouCanDuit ini. Testimoni dan kejayaan demi kejayaan telah dihasilkan dari program ini dan seharusnya ia diteruskan di era digital ini. Radio FM dan Asyik FM juga turut memberikan sokongan dengan membuat lintas langsung dan temuramah peserta yang telah berjaya di dalam program ini.

ycd-perak
perasmian-karnival-youcanduit-ipoh

Kepada yang berkelapangan, boleh hadir ke RTC Gopeng untuk bersama-sama di karnival #YouCanDuit ini bermula dari jam 9 pagi hingga jam 6 petang.

Sudah tiba masanya untuk kita berubah menjadi rakyat yang celik IT dan berupaya menjana duit secara digital. Tahun 2017 dan seterusnya bakal menyaksikan keadaan ekonomi dunia semakin meruncing. Kita harus bertindak dan pilihan di tangan anda.

Jumpa di #YouCanDuit RTC Perak.



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2ehMuJp
via Denaihati.com

Thursday, 20 October 2016

Persahabatan yang ikhlas magnet kepada kebaikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, baru-baru ini semasa di Madinah jumpa sahabat lama. Lama tak jumpa jadi banyak ceritanya sampai lah kisah jemaah haji pakej. Katanya ada geng jemaah beliau yang banyak komplen, semuanya nak komplen. Dari pengalaman Abang setiap kali musim haji pasti ada jemaah yang kaki komplen mungkin ALLAH hantar sebagai ujian untuk semua. Haji ini gambaran hidup sebenar.

gambar di padang arafah

Sekeliling kita di Malaysia pun ramai manusia yang kaki komplen. Tak percaya baca kat sosial media, ada macam-macam jenis komplen dan ada jenis semuanya nak dikomplen. Lebih syahdu tanpa kita sedar ada kawan-kawan kita depan puji kita melangit tetapi di belakang banyak komplennya. Tapi ok lah sebab kita tidak tahu kisah belakang jadi kita terus berkawan dengan ikhlas. Kawan macam ini perlahan-lahan ALLAH akan asingkan dari kita dengan alasan yang mereka sendiri cipta.

Rakan blogger Denaihati di event Blogrrr

Apa yang ALLAH beri semua ada hikmahnya. Jangan pernah berhenti berdoa semuga ALLAH beri kebaikan kepada kita sebagaimana ALLAH beri kebaikan kepada orang-orang soleh. Jadi kawan-kawan yang membawa aura tidak baik akan melayang jauh sendiri tanpa dipaksa. Manakalah kawan-kawan yang ikhlas akan menjadi magnet kepada kebaikan.

Teringat kata pujangga dalam persahabatan …

Orang yang mengelak pertelingkahan bukanlah bermaksud ia ‘kalah’. Namun kerana syurga telah memenangi hatinya.

Manakala hadis yang diriwayatkan  oleh Abu Daud yang bermaksud

Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.”

Semuga ALLAH pelihara sahabat-sahabat kita semua.

Abang Denaihati
Denaihati.com

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2eUSpmo
via Denaihati.com

Wednesday, 19 October 2016

Nikmat tinggalkan isteri sekali sekala

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Abang nak ucapkan jutaan terima kasih pada madam yang sentiasa tidak menyekat apabila Abang nak mengembara kemana sahaja terutama apabila bersama sahabat-sahabat kembara yang biasa. Bukan selalu pun ditinggalkan.

Denaihati.com #KembaraPalestine

Teringat kisah kawan Abang yg isterinya duduk dalam bilik, lansung tak keluar masa dia nak pergi mengembara ke Eropah. Isterinya protes sebab ditinggalkan suami. Sekembali dari trip itu isteri dia bagi tahu itulah trip terakhir sahabat Abang itu boleh pergi tanpa isteri. Selepas daripada itu kawan Abang dah tak pernah mengembara kemana-mana tanpa keluarga. Tapi semua itu tak juga membahagiakan keluarga mereka.

gambar keluarga Denaihati

Kebahagian perlu dibina buka datang bergolek

Abang tahu memang ramai para isteri yang tidak sanggup ditinggalkan. Ramai yg sangka kenapa suami nak pergi berjalan tanpa isteri, seperti nak seronok-seronok tanpa isteri.

Pepatah orang tua ada berkata sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Berapa banyak suami isteri yg tidak bahagia walaupun sentiasa bersama setiap hari sejak berbelas malahan puluh tahun. Pendapat Abang bagus suami isteri berpisah dalam tempoh paling sikit dua minggu sekurang-kurang sekali dalam setahun untuk refresh perhubungan, kalau dapat 40 hari lagi bagus. Suami pergi mengembara akan mendapat pengalaman hidup baru untuk dibawa dalam rumahtangga manakala isteri yang ditinggalkan akan menguruskan rumahtangga tanpa suami. Semua itu ada manafaat kehidupan menambah pergantungan hidup kepada ALLAH bukan manusia.

keindahan Amsterdam

Isteri kena lepaskan suami dengan ikhlas dan suami mesti ambil tanggungjawap dengan jujur jangan penyimpang untuk pekara yang menyebabkan hilang kepercayaan isteri. Selang setahun atau dua mesti ada jadual pergi mengembara bersama isteri dan keluarga, barulah isteri pun sejuk hati. Jangan kata tak ada bajet sebab semua itu boleh dicari dengan kerja kuat, kalau goyang kaki memang apa pun tak dapat.

Video di hujung benua dunia

Kepada suami isteri yg belum pernah berpisah sekali sekala, buatlah pasti ada kelainan hubungan kerana akhirnya kita akan berpisah nyawa juga. Abang entah sudah berpuluh kali tinggalkan isteri dan keluarga pernah bertahun-tahun.

Abang Denaihati
Denaihati.com

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2e7xOMY
via Denaihati.com

Monday, 17 October 2016

Jualan Biskut Puan Suzana meningkat 66% dengan eUsahawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

masih ramai lagi usahawan yang mencari rentak untuk mengembangkan sayap perniagaan. Masih ramai lagi peniaga-peniaga kecil yang ingin mencari ruang dan peluang untuk mengembangkan bisnis mereka. Tidak kira peniaga nasi lemak, pembuat biskut, ataupun penjahit tudung dan pakaian.

Contoh yang berlaku kepada Puan Suzana yang berumur 42 tahun, mempunyai 4 orang anak dan beliau seorang ibu tunggal. Bekerja disebelah pagi dan petang sebagai guru tadika untuk menyara keluarga.

lolichoc-kuantan

Mencari pendapatan tambahan dengan berniaga coklat, roti dan cookies. Terpaksa mencari masa pada hujung minggu untuk membuat produk beliau berikutan jadual beliau yang begitu sibuk . Mengeluarkan wang sendiri untuk mengadiri kelas supaya beliau lebih mahir dalam pembuatan roti.

zana-cookies

Puan Suzana mengambil inisiatif untuk menghadiri kelas eUsahawan bagi mempelajari cara-cara untuk memasarkan produk beliau secara online. Selepas menghadiri kursus eUsahawan beliau mula menjalankan perniagaan beliau secara online dan hasil jualan beliau semakin meningkat sehingga 66%. 

Ini menaikkan semangat beliau dan rakan-rakan usahawan yang bersama di dalam kelas eUsahawan.

puan-suzana-eusahawan-pahan

Apa itu Program eUsahawan?

Program eUsahawan merupakan salah satu inisiatif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa.

Objektif jangka panjang program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital negara.

pelajaran-eusahawan

Syarat untuk Menyertai Program eUsahawan

  • Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
  • Sudah mempunyai produk atau servis untuk dipasarkan.
  • Mempunyai keinginan dan minat untuk mempelajari teknik pemasaran digital yang berkesan untuk produk atau servis
  • Memiliki gajet dengan sambungan Internet seperti telefon pintar, tablet ataupun komputer riba.
  • Boleh bertutur dan memahami Bahasa Malaysia kerana program eUsahawan akan dijalankan terutamanya dalam Bahasa Malaysia

Selepas tamat pembelajaran, para peserta akan dipantau selama 6 hingga ke 12 bulan untuk mengukur keberkesanan pembelajaran dan penyampaian program. Peserta yang menunjukkan prestasi yang tinggi akan disalurkan ke peringkat Program eUsahawan yang lebih tinggi untuk memastikan perkembangan bisnes yang berterusan.

Bagi yang berminat, boleh terus mendaftar di https://www.bit.ly/eUsahawanweb



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2djySeQ
via Denaihati.com

Sunday, 16 October 2016

Zaman emas Arab Saudi sudah berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera, baru-baru ini ketika Abang berada di Riyadh Saudi, King Salman membuat pengumuman Kerajaan Arab Saudi akan memotong gaji kaki tangan kerajaan berkuatkuasa pada 1/10/2016.

Pemotongam gaji bermula 20% daripada menteri dan berkurangan peratusan mengikut jawatan sehingga keperingkat rendah kecuali pasukan keselamatan negara. Kebanyakan elaun yang selama ini dinikmati juga dikurangkan. Pengambilan pekerja asing dalam apa juga bidang diberhentikan dan yang sudah tamat kontrak tidak akan disambung bermula 1/10/2016.

Al Diriyah Saudi Arabia

Sebelum musim haji Kerajaan Saudi juga telah mengumumkan peningkatan kadar pemohonan visa umrah, haji dan lawatan sehingga SAR8 ribu. Kadar visa Umrah dan Haji kali kedua dikenakan yuran sebanyak SAR2180 manakala kali pertama percuma. Saman kesalahan jalanraya juga telah di gandakan daripada minima SAR500 kepada minima SAR1000 dan lebih mengikut jenis kesalahan. Khabarnya banyak lagi perubahan polisi kewangan akan diperkenalkan berperingkat bagi mengimbangi kemerosotan ekonomi Arab Saudi. Ada pemberita yang menulis artikel mengulas isu ini dengan bertajuk Zaman emas Arab Saudi sudah berlalu.

Mengikut para analisa ekonomi yang Abang terbaca memfokuskan ekonomi 2017 akan lebih mencabar diseluruh dunia. Baru-baru ini dalam berita BBC dikhabarkan hutang negara China mencecah USD250 trillion dan bakal mengelonsorkan ekonomi dunia.

Riyadh Saudi

Kata pakar ekonomi mulai tahun lepas kita kena berbelanja penuh hemah. Simpanan mesti ada untuk sekurang-kurang 24 bulan akan datang. Jangan boros berbelanja perkara yang tidak perlu. Tidak perlu bermewah kalau tidak perlu.

Bersedialah kita jangan ambil ringan dan jangan menyalahkan orang lain kalau selama ini kita lebih rehat daripada bersedia untuk suasana ekonomi yg lebih teruk. Carilah jalan untuk menambah pendapatan dari sekarang jangan tunggu sudah parah baru nak bergerak masa itu pasti susah.

Abang memberitakan sahaja

Abang Denaihati
Denaihati.com

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2dloaj2
via Denaihati.com

Wednesday, 12 October 2016

Madain Saleh kisah manusia yang ingkar

Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah daripada tapak sejahtera Khaybar kami bergerak kira-kira 500 km ke bandar Al Ula sebuah bandar dalam negeri Madinah. Ada banyak hotel di al Ula, ad yang murah dan juga yang mahal dan kami menginap di Hotel Al Ula Arac. Bandar Al Ula memang cantik dikelilingi bukit dengan bentuk yang sangat unik.

Tempat pertama yang kami singgah adalah Jabal Fil iaitu sebuah bukit yang berbentuk Gajah yang berlaku akibat perubahan alam dan aliran angin. Terletak lebih kurang 4 km daripada Bandar Al Ula arah yang berbeza yang boleh dicari menggunakan waze atau Google maps.

Selepas melihat kecantikan Jabal Fil kami bergerak ke Madain Saleh. Kompleks Madain Saleh terletak lebih kurang 5 km daripada Bandar Al Ula menuju ke Madinah. Untuk masuk kami perlu mendaftar di pintu gerbang yang dikawal ketat. Madain Saleh adalah salah satu station keretapi yg dibina oleh Kerajaan Ottoman antara jalur jalan keretapi Turki ke Madinah. Zaman itu mereka dah nampak potensi pelancungan tapi Kerajaan sekarang baru nak nampak.

Kompleks sejarah Madain Saleh Madinah

Stesen Keretapi Madain Saleh

Terpana melihat teknologi lebih 3 ribu tahun dahulu. Yang tinggal hanya sisa utk iktibar manusia. Bagaimana agaknya dahulu Madain Saleh sebelum ALLAH turunkan malapetaka kerana keingkaran mereka kepada perintah ALLAH melalui Nabi Saleh.

Penjelasan kompleks Madain Saleh kesan kezaliman kaum tsamud oleh ustaz Noehas.

Melawat tempat yang pernah diazab ALLAH tak bolehlah dengan suasana bergembira tetapi mesti banyak berzikir dengan mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku seperti ayat 58 surah Al Qasas.

“Dan berapa banyak Kami binasakan negeri-negeri yang penduduknya telah berlaku sombong dan tidak bersyukur dalam kehidupannya (yang serba mewah dan senang lenang). Maka itulah dia tempat-tempat tinggal mereka terbiar tidak didiami orang sesudah mereka (dibinasakan), kecuali sedikit sahaja dan sesungguhnya Kamilah yang mewarisi mereka.”


Maksud ayat 73 surah Al Araf utk kita jadikan iktibar jangan ingkar perintah ALLAH.

“Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: “Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata (mukjizat) dari Tuhan kamu; ini adalah seekor unta betina (dari) Allah sebagai keterangan bagi kamu (membuktikan kebenaranku). Oleh itu, biarkanlah unta itu mencari makan di bumi Allah, dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (kalau kamu menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Maksud ayat 11 – 15 surah Ash Shams kisah kaum Thamud yang ingkar pada perintah ALLAH.

“(Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas; Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat), Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: ” (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!” (Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya). Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).

Memang dalam perigi di Madain Saleh ni sehingga perlu dipangar untuk keselamatan. Apabila Unta Nabi Saleh minum akan habiskan semua air ini. Itu yang menjadikan kaum Thamud marah dan ingkar perintah ALLAH dengan membunuh Unta tersebut walaupun sudah dihalang oleh Nabi Saleh.

Kisah Nabi Saleh dan kaum Thamud yg dimusnahkan juga terdapat pada ayat 67 – 68 surah Hud

“Dan orang-orang yang zalim itu, dibinasakan oleh satu letusan suara yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing. (Mereka punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di situ. Ketahuilah! Sesungguhnya kaum Thamud itu kufurkan Tuhan mereka. Ketahuilah! Sesungguhnya kebinasaanlah akhirnya bagi kaum Thamud.

Maksud ayat 59 surah Al Qasas untuk dijadikan pengajaran bahawa ALLAH hanya akan menhancurkan sesebuah negara apabila mereka zalim dan ingkar kepada ALLAH.

“Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Ia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan Kami; dan tidaklah menjadi kebiasaan Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim.

Semuga kita mengambil pengajaran daripafa kisah kemusnahan kaum Tsamud kerana keingkaran walaupun sudah berjaya membina sebuah tamadun yang sangat besar.

Abang Denaihati
Denaihati.com

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2dZ76nx
via Denaihati.com