Assalamualaikum dan salam sejahtera, baru-baru ini semasa di Madinah jumpa sahabat lama. Lama tak jumpa jadi banyak ceritanya sampai lah kisah jemaah haji pakej. Katanya ada geng jemaah beliau yang banyak komplen, semuanya nak komplen. Dari pengalaman Abang setiap kali musim haji pasti ada jemaah yang kaki komplen mungkin ALLAH hantar sebagai ujian untuk semua. Haji ini gambaran hidup sebenar.
Sekeliling kita di Malaysia pun ramai manusia yang kaki komplen. Tak percaya baca kat sosial media, ada macam-macam jenis komplen dan ada jenis semuanya nak dikomplen. Lebih syahdu tanpa kita sedar ada kawan-kawan kita depan puji kita melangit tetapi di belakang banyak komplennya. Tapi ok lah sebab kita tidak tahu kisah belakang jadi kita terus berkawan dengan ikhlas. Kawan macam ini perlahan-lahan ALLAH akan asingkan dari kita dengan alasan yang mereka sendiri cipta.
Apa yang ALLAH beri semua ada hikmahnya. Jangan pernah berhenti berdoa semuga ALLAH beri kebaikan kepada kita sebagaimana ALLAH beri kebaikan kepada orang-orang soleh. Jadi kawan-kawan yang membawa aura tidak baik akan melayang jauh sendiri tanpa dipaksa. Manakalah kawan-kawan yang ikhlas akan menjadi magnet kepada kebaikan.
Teringat kata pujangga dalam persahabatan …
Orang yang mengelak pertelingkahan bukanlah bermaksud ia ‘kalah’. Namun kerana syurga telah memenangi hatinya.
Manakala hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud
Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.”
Semuga ALLAH pelihara sahabat-sahabat kita semua.
Abang Denaihati
Denaihati.com
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2eUSpmo
via Denaihati.com