Assalamualaikum dan salam sejahtera,
siapa sangka dari minat menjahit di rumah, kini boleh jadi usahawan yang berjaya. Ramai wanita yang mempunyai minat tersebut hanya bermula dari rumah. Sdikit demi sedikit mencari idea dan memasarkan kepada rakan-rakan, kenalan, rakan sekerja secara luar talian yakni dari hebahan mulut ke mulut.
Namun, mengikut trend semasa pada masa kini, seharusnya perkara yang membuahkan hasil itu dikembangkan.
Jannatul Ma’awa binti Jinan Taib yang dikenali dengan nama Puan Janna berumur 34 tahun tidak melepaskan peluang untuk memperluaskan apa yang diusahakan selama ini.
Minat Membuahkan Hasil
Puan Janna mengusahakan jahitan dan sulaman beg atau tas tangan. Gabungan kain serta aksesori memberikan hasil yang cukup kreatif dan menarik bagi dijual kepada awam.
Beliau menyertai eUsahawan pada bulan puasa yang lalu di mana latihan berlangsung di Kolej TAJ Antarabangsa. Di situ Puan Janna diajar pelbagai perkara daripada jurulatih yang berpengalaman.
“Banyak perkara yang diajar seperti story tellingm copywriting, unique selling point dan Facebook Ads,” – Puan Janna
Pernah Capai Jualan Hampir Lima Angka Sebulan.
Selepas menyertai kelas eUsahawan secara percuma ini, idea datang semakin mencurah-curah. Puan Janna melebarkan perniagaannya dengan membuat kek biskut, nasi Arab dan juga beberapa jualan cenderamata lain. Permintaan semakin meningkat dari hari ke hari membuatkan Puan Janna mempunyai kumpulan bantuan menjahit seramai 7 orang.
Ini melibatkan kerja-kerja sulaman dan jahitan beg yang memerlukan ketelitian dan Puan Janna mampu mengupah mereka yang lain. Selain itu, beliau mengadakan kelas menjahit dan menjual bahan-bahan jahitan. Dengan usaha yang gigih itu, Puan Janna pernah mencapai jualan hampir lima angka sebulan dengan mempraktikkan apa yang dipelajari di kelas eUsahawan.
Seharusnya peluang ini tidak dilepaskan begitu saja kepada semua individu yang mahu meningkatkan taraf hidup dan berjaya dengan perniagaan yang diusahakan.
Apa yang menarik selepas perogram eUsahawan ini adalah tindakan lanjut selepas menyertainya di mana konsultasi diberikan daripada juruatih-jurulatih yang giat memberikan ilmu kepada peserta.
Ternyata program eUsahawan yang dibawa oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) ini amat banyak kebaikannya kerana beratus testimoni kejayaan telah dilahirkan. Ini selaras dengan keadaan global di mana kita perlu lebih kreatif untuk menjana pendapatan secara digital ini.
Bagi mereka yang ingin sertai program ini, boleh terus ke Facebook eUsahawanMY atau hubungi di talian berikut :
Hotline (Malaysia) : 1 800 88 8338
Hotline (International) : +6 03 8315 3000
Email : clic@mdec.com.my
from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2epom5a
via Denaihati.com