Wednesday, 12 October 2016

Madain Saleh kisah manusia yang ingkar

Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah daripada tapak sejahtera Khaybar kami bergerak kira-kira 500 km ke bandar Al Ula sebuah bandar dalam negeri Madinah. Ada banyak hotel di al Ula, ad yang murah dan juga yang mahal dan kami menginap di Hotel Al Ula Arac. Bandar Al Ula memang cantik dikelilingi bukit dengan bentuk yang sangat unik.

Tempat pertama yang kami singgah adalah Jabal Fil iaitu sebuah bukit yang berbentuk Gajah yang berlaku akibat perubahan alam dan aliran angin. Terletak lebih kurang 4 km daripada Bandar Al Ula arah yang berbeza yang boleh dicari menggunakan waze atau Google maps.

Selepas melihat kecantikan Jabal Fil kami bergerak ke Madain Saleh. Kompleks Madain Saleh terletak lebih kurang 5 km daripada Bandar Al Ula menuju ke Madinah. Untuk masuk kami perlu mendaftar di pintu gerbang yang dikawal ketat. Madain Saleh adalah salah satu station keretapi yg dibina oleh Kerajaan Ottoman antara jalur jalan keretapi Turki ke Madinah. Zaman itu mereka dah nampak potensi pelancungan tapi Kerajaan sekarang baru nak nampak.

Kompleks sejarah Madain Saleh Madinah

Stesen Keretapi Madain Saleh

Terpana melihat teknologi lebih 3 ribu tahun dahulu. Yang tinggal hanya sisa utk iktibar manusia. Bagaimana agaknya dahulu Madain Saleh sebelum ALLAH turunkan malapetaka kerana keingkaran mereka kepada perintah ALLAH melalui Nabi Saleh.

Penjelasan kompleks Madain Saleh kesan kezaliman kaum tsamud oleh ustaz Noehas.

Melawat tempat yang pernah diazab ALLAH tak bolehlah dengan suasana bergembira tetapi mesti banyak berzikir dengan mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku seperti ayat 58 surah Al Qasas.

“Dan berapa banyak Kami binasakan negeri-negeri yang penduduknya telah berlaku sombong dan tidak bersyukur dalam kehidupannya (yang serba mewah dan senang lenang). Maka itulah dia tempat-tempat tinggal mereka terbiar tidak didiami orang sesudah mereka (dibinasakan), kecuali sedikit sahaja dan sesungguhnya Kamilah yang mewarisi mereka.”


Maksud ayat 73 surah Al Araf utk kita jadikan iktibar jangan ingkar perintah ALLAH.

“Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: “Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata (mukjizat) dari Tuhan kamu; ini adalah seekor unta betina (dari) Allah sebagai keterangan bagi kamu (membuktikan kebenaranku). Oleh itu, biarkanlah unta itu mencari makan di bumi Allah, dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (kalau kamu menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Maksud ayat 11 – 15 surah Ash Shams kisah kaum Thamud yang ingkar pada perintah ALLAH.

“(Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas; Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat), Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: ” (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!” (Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya). Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).

Memang dalam perigi di Madain Saleh ni sehingga perlu dipangar untuk keselamatan. Apabila Unta Nabi Saleh minum akan habiskan semua air ini. Itu yang menjadikan kaum Thamud marah dan ingkar perintah ALLAH dengan membunuh Unta tersebut walaupun sudah dihalang oleh Nabi Saleh.

Kisah Nabi Saleh dan kaum Thamud yg dimusnahkan juga terdapat pada ayat 67 – 68 surah Hud

“Dan orang-orang yang zalim itu, dibinasakan oleh satu letusan suara yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing. (Mereka punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di situ. Ketahuilah! Sesungguhnya kaum Thamud itu kufurkan Tuhan mereka. Ketahuilah! Sesungguhnya kebinasaanlah akhirnya bagi kaum Thamud.

Maksud ayat 59 surah Al Qasas untuk dijadikan pengajaran bahawa ALLAH hanya akan menhancurkan sesebuah negara apabila mereka zalim dan ingkar kepada ALLAH.

“Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Ia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan Kami; dan tidaklah menjadi kebiasaan Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim.

Semuga kita mengambil pengajaran daripafa kisah kemusnahan kaum Tsamud kerana keingkaran walaupun sudah berjaya membina sebuah tamadun yang sangat besar.

Abang Denaihati
Denaihati.com

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2dZ76nx
via Denaihati.com