Tuesday, 11 October 2016

Pemasaran blog memberi kesan terbaik kepada perniagaan

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

ramai yang merasakan blog sudah tidak relevan pada masa kini, namun ramai juga tidak sedar bagaimana mereka melalui kehidupan seharian.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pihak Google, 92% rakyat Malaysia membuat carian menggunakan Google. Ini adalah peratusan yang sangat tinggi. Daripada perangkaan Google juga, sebanyak 25 Juta penduduk Malaysia yang mempunyai akses online.

Pemasaran menggunakan blog

Blog sebagai alat penghubung

Apabila pengguna membuat carian di Google, ada dua kemungkinan yang akan berlaku, mereka akan dapat hasil carian biasa atau hasil carian berbayar (iklan menerusi Google Adwords). Strategi terbaik adalah apabila kita boleh mendominasi kedua-dua hasil carian ini.

Namun begitu, sekiranya kita belum mempunyai bajet untuk kempen pemasaran yang luas, permulaan menggunakan SEO adalah langkah paling jimat kita boleh lakukan.

Walaupun secara langsung, SEO ini tidak melibatkan kos wang ringgit yang banyak, namun ianya masih memerlukan kos masa, tenaga, kemahiran dan lain-lain yang berkaitan. Sekiranya kita belum ada domain, kos domain juga perlu diambil kira.

Blog merupakan alat penghubung antara pembaca dan maklumat yang dicari. Sekiranya maklumat yang dicari adalah berkaitan masalah yang boleh diselesaikan dengan produk atau perkhidmatan yang kita pasarkan, ini peluang kita untuk mendapat pelanggan yang mengenai sasaran.

Penulisan menggunakan teknik SEO

Pemasaran blog strategi jangka masa panjang

Pemasaran blog adalah strategi pemasaran jangka masa panjang, ianya tidak berkesan sekiranya kita mahukan hasil yang cepat. Blog perlu dibina terlebih dahulu, sebelum kita boleh menggunakan blog untuk tujuan pemasaran.

Sekiranya anda inginkan hasil yang cepat menggunakan pemasaran blog, boleh Hubungi Denaihati Network untuk kempen pemasaran melalui blog.

Apabila kita memulakan blog, kita ibarat menyemai benih pohon durian. Ianya memerlukan masa sebelum kita boleh menikmati durian berkualiti tinggi yang enak dan lemak berkrim.

Begitu juga dengan blog, kita perlu terlebih dahulu menyemai benih-benih melalui penulisan yang kita garab dan terbitkan di blog pilihan kita.

Pentingnya membina perhubungan

Membina kredibiliti dan memberi impak positif

Melalui penulisan blog, kita boleh membina perhubungan dan kredibiliti dalam bidang yang kita ceburi. Bakal-bakal pelanggan yang menemui blog kita melalui Google akan membaca dan menilai penulisan serta isi kandungan yang disediakan untuk mereka.

Ini adalah proses penjenamaan yang mengambil masa, tetapi sangat berkesan. Apabila mereka mula mengenali jenama perniagaan kita, proses jual beli akan berlaku selepas itu.

92% pengguna Google ini merupakan pasaran yang sangat luas, dan mereka mencari penyelesaian menggunakan Google juga. Seandainya kita meletakkan laman atau artikel kita pada halaman pertama carian, itu adalah perkara yang sangat bagus.

Mengusahakan blog untuk pemasaran jangka masa panjang

Pelajari bagaimana membina blog yang berkesan

Pengalaman menggunakan pemasaran blog sejak 2004 adalah sesuatu yang perlu dikongsikan kepada semua. Akademi Denaihati akan mengadakan kelas WordPress For Business pada 22&23 Oktober 2016. Ini merupakan kelas praktikal selama 2 hari yang memberikan pendedahan bagaimana membina blog yang baik.

Anda akan mempelajari selok belok membina blog, memasang WordPress, penulisan SEO yang berkesan tetapi tidak memerlukan pemahaman teknikal yang tinggi, teknik perancangan artikel, strategi pembinaan blog dan banyak lagi.

WordPress for business Ogos

WordPress For Business sesi pertama Ogos

WordPress For Business September

WordPress For Business sesi ke-2 september

Ini merupakan sesi ketiga tahun ini, dan mungkin sesi terakhir untuk kelas umum daripada Akademi Denaihati untuk memberikan tumpuan kepada peserta sedia ada.

Kelas seterusnya mungkin akan diadakan pada tahun hadapan.

Sekiranya anda ingin membina kempen pemasaran jangka masa panjang yang berkesan dan tidak memerlukan modal wang ringgit yang besar, rebut peluang ini sekarang sebelum tempat penuh. Sila klik pada gambar di bawah untuk ke halaman pendaftaran.

WordPress for Business



from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2dWiZKI
via Denaihati.com