Assalamualaikum dan salam sejahtera,
masih ramai lagi usahawan yang mencari rentak untuk mengembangkan sayap perniagaan. Masih ramai lagi peniaga-peniaga kecil yang ingin mencari ruang dan peluang untuk mengembangkan bisnis mereka. Tidak kira peniaga nasi lemak, pembuat biskut, ataupun penjahit tudung dan pakaian.
Contoh yang berlaku kepada Puan Suzana yang berumur 42 tahun, mempunyai 4 orang anak dan beliau seorang ibu tunggal. Bekerja disebelah pagi dan petang sebagai guru tadika untuk menyara keluarga.
Mencari pendapatan tambahan dengan berniaga coklat, roti dan cookies. Terpaksa mencari masa pada hujung minggu untuk membuat produk beliau berikutan jadual beliau yang begitu sibuk . Mengeluarkan wang sendiri untuk mengadiri kelas supaya beliau lebih mahir dalam pembuatan roti.
Puan Suzana mengambil inisiatif untuk menghadiri kelas eUsahawan bagi mempelajari cara-cara untuk memasarkan produk beliau secara online. Selepas menghadiri kursus eUsahawan beliau mula menjalankan perniagaan beliau secara online dan hasil jualan beliau semakin meningkat sehingga 66%.
Ini menaikkan semangat beliau dan rakan-rakan usahawan yang bersama di dalam kelas eUsahawan.
Apa itu Program eUsahawan?
Program eUsahawan merupakan salah satu inisiatif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa.
Objektif jangka panjang program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital negara.
Syarat untuk Menyertai Program eUsahawan
- Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
- Sudah mempunyai produk atau servis untuk dipasarkan.
- Mempunyai keinginan dan minat untuk mempelajari teknik pemasaran digital yang berkesan untuk produk atau servis
- Memiliki gajet dengan sambungan Internet seperti telefon pintar, tablet ataupun komputer riba.
- Boleh bertutur dan memahami Bahasa Malaysia kerana program eUsahawan akan dijalankan terutamanya dalam Bahasa Malaysia
Selepas tamat pembelajaran, para peserta akan dipantau selama 6 hingga ke 12 bulan untuk mengukur keberkesanan pembelajaran dan penyampaian program. Peserta yang menunjukkan prestasi yang tinggi akan disalurkan ke peringkat Program eUsahawan yang lebih tinggi untuk memastikan perkembangan bisnes yang berterusan.
Bagi yang berminat, boleh terus mendaftar di https://www.bit.ly/eUsahawanweb
from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2djySeQ
via Denaihati.com