Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar sahabat-sahabat ku yangg hebat?
Baru ini Abang baca berita di sebuah portal katanya lebih 6 ribu pekerja GLC & MKD ditamatkan tugas. Abang dulu pernah juga berhenti secara sukarela dengan pampasan apabila big bos nak kroni dia ganti tempat Abang. Masa untuk kerja di syarikat besar jadi besar juga politik pejabatnya. Di jangka lebih ramai pekerja swasta akan kehilangan pekerjaan akibat tekanan ekonomi dunia yang semakin mengasak.
Ada yang tak percaya kata ini hanya gimik kerana semua statistik ekonomi Malaysia tunjuk angka yang positif. Di Malaysia memang sentiasa nampak meriah terutama di channel TV yang sentiasa meriah dengan rancangan gelak ketawa dan hiburan sehingga rakyat terlalai apa sebenarnya yang sedang berlaku di dunia luar. Kita hidup dalam gua kegembiraan sedang oarng diluar sudah nampak tsunami besar semakin menghampiri.
Kepada yang sudah diberhentikan dan akan diberhentikan bukan mudah untuk mendapat kerja baru terutama kepada yang sudah berusia melebihi 40 tahun. Jadi apa next plan. Apa nak buat dengan duit pampasan dan simpanan yang ada?
Biasa nya majoriti akan fikir nak buat bisnis. Samalah macam Abang dulu.
Guru Abang ajar kumpulkan semua duit yang ada dan bahagikan ikut peratusan. Sebagai CONTOH
1. Sara hidup keluarga minima 6 bulan – 40%
2. Pelaburan jangka masa panjang seperti Tabung Haji yang juga boleh digunaka apabila ada kecewasan – 10%
3. Pelaburan jangka sederhana seperti pelaburan saham BSKL boleh menjana pendapatan sampingan – 10%
4. Modal bisnis – 30%
5. Bajet utk magnet rezeki – 10%
Jangan gunakan semua duit yang ada untuk perniagaan kerana bukan semua bisnis terus berjaya. Jangan sampai kehidupan keluarga terganggu kerana melaburkan semua duit dalam bisnis. Tetapkan jumlah modal bisnis samada dari dana sendiri atau pinjaman. Buat bisnis yang sesuai dengan jumlah dana yang ada jangan berlebih-lebih. Kalau modal kecil mulakan dengan bisnis yang kecik, jangan terpengaruh dengan nasihat atau proposal yang terkeluar dari perancangan kewangan kita. Bila kita ada duit memang banyak proposal bisnis yang datang sekali duit sudah keluar belum tentu dapat balik.
Pilih bisnis bukan sebab minat tapi bisnis yang ada daya saing ketika ekonomi merudum. Jangan buat bisnis ikut kawan sebab tengok dia berjaya. Tanyalah mereka yang pakar untuk dapat nasihat pilihan bisnis yang sesuai. Nasihat daripada pakar tetapi keputusan biar kita yang buat dengan bantuan solat istikharah. Sebelum mula bisnis ambil masa untuk belajar ilmu terkini terutama ilmu bisnis digital yang semakin berkembang pesat.
Jangan pernah kecewa kerana diberhentikan kerja kerana itu mungkin asbab kepada kejayaan yang lebih besar. Yang penting teruskan kehidupan dengan pengurusan kewangan yang baik dan disiplin kerja bagus. Jangan pernah berhenti berusaha selagi belum berjaya walaupun perlu mengambil masa bertahun-tahun seperti nasihat pakat dalam nukilan “Apabila duit bekerja itulah kebebasan“.
NEVER GIVE UP
Abang Denaihati
Rakan Usahawan Digital anda
Seminarduitdigital.com (mari belajar jadi usahawan digital)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2eMyEwW
via Denaihati.com