Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat-sahabat yang hebat. Suasana tahun baru masih terasa lagi, adakah sahabat semua sudah merancang apa yang bakal dilakukan untuk 2017. Bijak pandai kata kalau gagal merancang bermakna kita merancang untuk gagal.
Pada 1/1/2017 Abang dan isteri menghantar anak bongsu kami ke asrama untuk menyambung pelajaran ke tingkatan satu. Anak bongsu Abang ini bersemangat sungguh hendak mengikuti jejaki abang-abang dan kakak belajar di asrama. Abang cuba juga pujuk banyak kali supaya bersekolah dekat dengan rumah jadi bolehlah menenami ibu, tapi dia menolak dengan alasan takut tak dapat mengawal diri daripada pengaruh gajet dan internet.
Dalam era ekonomi digital dan dunia tanpa sempadan memang sukar untuk mengawal diri daripada pengaruh gajet dan internet melainkan kita mempunyai disiplin yang tinggi. Yang dewasa pun ramai ketagihan gajet dan internet tanpa menghasilkan apa-apa pulangan selain membazir masa dan duit bersosial, apatah lagi anak-anak remaja yang memang suka menyelongkar perkara-perkara baru. Syukurlah anak bongsu Abang nampak akan bahaya ini kerana dia tahu di rumah memang sukar untuk mendisiplinkan diri. Sebenarnya gajet dan internet boleh menjadi cara untuk menambah penambatan kepada mereka yang tahu menggunakan, tetapi tidak ramai yang memanafaatkannya.
Anak bongsu Abang menyambung pelajaran di Maahad Ihya Al Ahmadi di Sg Kelambu Banting, tempat yang sama kakaknya belajar tingkatan empat dan lima. Abang suka sekolah ini kerana cara didikan bukan sahaja fokus kepada keputusan cemerlang malahan mendidik bagaimana untuk hidup dengan cemerlang. Pada akhir zaman ini, anak-anak kita bukan sekadar cukup dengan keputusan cemerlang tetapi mesti mahir untuk hidup dalam dunia yang penuh dengan fitnah. Mahir untuk menghormati guru-guru, mahir untuk berkawan dengan cara yang betul, mahir untuk menguruskan tekanan hidup sebagai pelajar, mahir untuk berkomunikasi, mahir untuk menguruskan diri tanpa ibu bapa dan paling penting mahir menjaga amal harian.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Amir Denaihati (page baru Abang follow ya!)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
from Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi http://ift.tt/2iXWojz
via Denaihati.com