Keinginan wanita untuk menjadi cantik mendorong mereka untuk mencuba pelbagai jenis produk kecantikan yang diragui keselamatannya. Jika dilihat di media sosial sekarang ini, rata-rata produk kecantikan tempatan menjanjikan kulit muka yang bersih dan putih dalam masa yang sangat singkat.
Doktor ini kongsi pengalaman salah seorang pesakitnya yang terkopek kulit semasa nak tanggalkan plaster yang menutup mata dan bibirnya. Jelas sekali kulit pesakit ini menipis akibat penggunaan produk tempatan. Ish sakit pulak dengar!
Kulit di sekitar kelopak mata, mulut & dagu terkopek
TIPIS“Doktor Hana, tengok ni. Terkopeklah!” panggil misi saya.Pesakit yang baru habis dibedah sedang kami bangunkan dari bius. Plaster yang menutup matanya (bagi mengelakkan kornea terdedah) dan plaster dibibir (untuk mengikat tiub pernafasan), perlahan-lahan kami tanggalkan.Rupanya bukan sahaja kulit disekitar kelopak mata pesakit tertanggal apabila misi membuka plaster matanya. Malah kulit disekitar mulut dan dagu pesakit pun turut terkopek tatkala kami cuba menanggalkan plaster di mulut.Tipis sungguh kulit pesakit ni!! Bayangkan plaster sama kami gunakan untuk bayi, tak pernah pula terkopek kulit bayi. Bermakna kulit pesakit tadi lebih nipis dari kulit bayi!“Kenapa boleh jadi macam ni doktor?”; tanya misi saya.Jelas kelihatan kulit muka pesakit wanita ini tak sekata rona warnanya. Mukanya jauh lebih cerah dari tubuhnya. Itulah rupa kulit yang terhakis akibat penggunaan produk muka yang mengandungi merkuri dan hydroquinon.
Mukanya jauh lebih cerah dari tubuh
Bagaimana nak tahu produk kecantikan anda mengandungi bahan terlarang itu atau tidak? Penanda kasarnya ialah:Produk ini tak terdapat di farmasi. Hanya terdapat di kedai atau kiosk jalanan. Ini kerana farmasi menyaring produk yang boleh dijual olehnya.
Produk ini takkan diiklankan di suratkhabar atau majalah yang terkemuka. Tetapi sering diiklankan di suratkhabar dan majalah berbentuk tabloid (Kosmo, Metro dan lain-lain).
Harganya jauh lebih murah dari harga produk yang dijual di farmasi. Ini kerana merkuri adalah murah.
Produk seperti ini sering diimport secara pukal dari China, India, Mexico dan dipek semula menggunakan berbagai jenis jenama. Umumnya ia akan dipekkan kepada set standard yang mengandungi pencuci muka, krim siang dan krim malam. Kesemuanya dipek bersaiz kecil.
Krim siang atau malamnya berbau wangi kuat untuk menutup bau logam merkuri.
Jeragat tak boleh dihilangkan kecuali dengan laser. Ia hanya boleh dicegah dan dikurangkan saja. Namun krim bermerkuri atau berhydroquinon boleh menghilangkan jeragat seawal 2 minggu.
Kesan pemutihan dan kelicinan kulit boleh didapati seawal 2 minggu. Semakin lama digunakan, semakin putih kulit dan berubah ke merah jambu. Ini menunjukkan kulit semakin menipis. Kulit berasa pedih walau ditiup angin.
Jerawat langsung takkan tumbuh sepanjang menggunakan produk ini kerana lapisan kulit yang menipis akan turut merosakkan liang sebum.
Jika anda berhenti menggunakan produk tersebut, jeragat akan tumbuh lebih banyak dan warna muka menjadi tak sekata. Pendek kata, kulit menjadi berganda teruk dari yang asal sebaik saja berhenti menggunakannya.Apa yang saya nyatakan diatas cumalah penanda kasar. Untuk kepastian, produk perlulah dihantar ke makmal untuk ujikaji sepenuhnya.
Merkuri daripada produk boleh merosakkan saraf & organ dalaman
Pesakit saya tadi apabila ditanyakan, rupanya dia menggunakan set kecantikan tempatan. Jadi saya nasihatkannya supaya berhenti menggunakannya.Kulit sepatutnya menjadi perisai pertama tubuh terhadap serangan pathogen. Jika kulit sudah rosak dan menipis, bagaimana ia boleh menjalankan fungsi pertahanan badan?Tambahan lagi, penggunaan produk seperti ini tak terhad merosakkan kulit, malah akan diserap ke tisu badan. Merkuri boleh merosakkan saraf, organ dalaman badan seperti otak, buah pinggang dan hati, serta mencacatkan kandungan jika pengguna mengandung.Dapatkan nasihat pakar dermatologi atau pakar aestetik jika berasa risau dengan masalah kulit kusam dan berjeragat. Produk yang mereka cadangkan mungkin lebih mahal dan hasilnya lebih lambat. Namun keselamatan jangka panjang lebih terjamin. Tak guna berkulit licin merah jambu namun jatuh sakit kemudian hari akibat kesan sampingan produk kecantikan.Kisah ini berlaku beberapa tahun lepas. Produk tersebut sudahpun disenaraihitamkan oleh KKM. Namun pengeluar produk-produk seperti ini sikit pun tak terjejas. Mereka menggunakan jenama lain pula untuk produk mereka. Sempatlah nak kaut untung dalam 4-5 tahun lagi sebelum produk mereka dikesan dan disenaraihitamkan semula oleh KKM.Hati-hati semua.Hana Hadzrami
Bersihkan kulit itu mudah. Bersihkan hati itu lebih susah.
sumber : Hana Hadzrami via OHBULAN!
from :) http://ift.tt/2jet2KR
via Mudahnya Memasak Di Dapur
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2iIbdYm
via MerahHatiCintaku.blogspot.com